Koleksi Sensasi

Ikhwanul Muslimin Terus Jadi Sasaran

Kebangkitan dan kemarahan rakyat Mesir tidak dapat dibendung selepas keganasan meningkat sejak kerajaan sementara mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pengganas.

Usaha kerajaan sementara untuk melenyapkan pergerakan IM itu dibuat tanpa jemu sungguhpun mendapat protes dari rakyat.

Kelmarin, satu lagi kejadian letupan berhampiran sebuah bas menggegarkan Kaherah dan turut menyebabkan lima cedera.

Beberapa pihak dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menuduh IM sebagai dalang insiden itu walaupun tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, seramai 23 penyokong IM diberkas sehari selepas kerajaan sementara menyenaraihitamkan pergerakan Islam tersebut.

Kesemua mereka didakwa mengedarkan risalah yang kononnya menghasut keganasan dan mengandungi ideologi IM.

Difahamkan, mana-mana individu yang disabit bersalah kerana menjadi anggota kanan IM atau membiayai atau memberikan maklumat kepada pergerakan itu bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup.   

Rabu lalu, kerajaan sementara mencari helah untuk menahan Naglaa Ali Mahmoud isteri Mursi dengan menabur fitnah bagi membolehkan wanita berjiwa cekal itu ditahan. - Al-Jazeera