Koleksi Sensasi

KDN Gantung Akhbar Mingguan The Heat


Kementerian Dalam Negeri menggantung mingguan The Heat, dipercayai ekoran penyiaran artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam edisi November lalu.

Sumber-sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa arahan itu dibuat kementerian terbabit. 

Bagaimanapun masih belum jelas perkataan yang digunakan untuk penggantungan itu.

Minggu lalu, akhbar itu menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian, yang tidak menamakan secara khusus artikel yang dianggap bermasalah.

Bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan tulisan berjudul "All eyes on big spending PM Najib", yang mempersoalkan perbelanjaan perdana menteri dan isterinya.