Koleksi Sensasi

Lelaki Berusia 137 Tahun Hanya Bangun Untuk Solat


Seorang lelaki yang didakwa berusia 132 tahun (ada yg mengatakan 137 tahun) di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat, lapor sebuah akhbar tempatan.

Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.

Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube. 

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.

Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab 'azan' dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis. 

"Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua," kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut.