Koleksi Sensasi

Misteri Kolam Buatan Airnya Boleh Berubah Warna


Cukup dikenali sebagai "Blue Pond", sebuah kolam buatan di bandar Biei di Hokkaido, Jepun kelihatan berubah warna, ianya boleh di lihat belaku di depan mata.

Bergantung pada bagaimana cahaya jatuh atau lebih tepatnya cuaca, kolam yang indah itu boleh menjadi warna biru turquoise atau hijau zamrud menakjubkan. Pada bulan Oktober dan November tahun ini, Shiraishi, seorang jurugambar menangkap gambar kolam hijau ini dengan pohon-pohon ditutupi salji di sekitarnya.

Kolam buatan itu diciptakan sebagai sebahagian daripada sistem kawalan hakisan yang dibina untuk mengelakkan kerosakan Biei dari letusan Gunung Tokachidake berhampirannya. Warna biru kolam, yang diketahui, belum sepenuhnya dapat dijelaskan tetapi dikaitkan dengan kehadiran aluminium hidroksida dalam air yang mencerminkan panjang gelombang cahaya biru lebih pendek, cara yang sama seperti yang terjadi pada atmosfera bumi.