Koleksi Sensasi

Pantai Ini Berada Di Tengah-Tengah Padang Rumput


Terletak jauh ke dalam pedalaman dan berada betul-betul di tengah-tengah padang rumput, Playa de Gulpiyuri adalah salah satu pantai yang paling menakjubkan di dunia. Terletak berhampiran bandar Llanes di utara Sepanyol, Pantai Gulpiyuri adalah pantai kecil yang menawan berada di tengah-tengah padang rumput hijau. 

Pantai ini dikatakan terhasil akibat terowong bawah tanah yang bersambung dengan lautan. Airnya yang jernih seringkali menarik perhatian pengunjung untuk berenang ditambah pula dengan air lautnya yang sejuk akibat berada di bawah tanah sebelum keluar di Pantai Gulpiyuri.