Koleksi Sensasi

Perompak Kereta Api Terkenal Meninggal Dunia


Seorang lelaki yang terkenal sebagai perompak kereta api, Ronnie Biggs telah meninggal dunia ketika usianya 84 tahun.

Biggs telah diserang satu siri strok sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan orang tua di utara London.

Dia menjadi popular kerana menjadi anggota rompakan sebuah kereta api penghantar surat dan bungkusan yang sedang dalam perjalanan dari Glasgow ke London pada 8 Ogos 1963.

Biggs merompak 125 karung guni mengandungi wang tunai sebanyak £2.6 juta (RM13.81 juta) yang merupakan rekod rompakan pada masa itu.

Nilai wang itu kini bersamaan dengan £46 juta (RM245.70).

Biggs kemudian ditangkap selepas rompakan itu dan dihukum penjara 30 tahun.

Namun, dia berjaya melarikan diri selepas 15 bulan dipenjarakan. Dia kemudian pergi ke Brazil. Biggs mempunyai anak dengan seorang wanita Brazil menyebabkan dia memperolehi imuniti daripada dihantar pulang ke Britain.

Biggs kemudian memutuskan untuk menyerah diri ketika berusia 71 tahun.

Dia kemudian kembali ke Britain pada tahun 2001.

Selepas pulang ke Britain, Briggs dipenjarakan tetapi dibebaskan pada tahun 2009 kerana diserang satu siri serangan strok.

Perompak itu kemudian terpaksa menggunakan kerusi roda. Namun, dia berasa bangga kerana menjadi perompak kereta api. Dia hanya mampu berkomunikasi menerusi papan huruf.

Pada sambutan ulang tahun rompakan itu, Biggs berkata: "Jika anda mahu saya bertanya jika saya berasa kesal kerana menjadi salah seorang perompak, jawapan saya ialah tidak.

"Saya bangga kerana menjadi salah seorang daripada mereka (anggota-anggota perompak)," katanya ketika dia masih hidup. - Agensi