Koleksi Sensasi

Salima AF4 Kini Bergelar Isteri Kepada Pendakwah Terkenal


Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan juga pelakon kelahiran Akademi Fantasia musim keempat iaitu Salima yang kini telah pun selamat bergelar seorang isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljofre pada hujung minggu lalu.

Untuk makluman, Salima merupakan isteri kedua kepada Ustaz Syed Abd Kadir yang telah pun mempunyai 3 orang cahayamata bersama isteri pertama. Majlis pernikahan dan persandingan dikhabarkan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Chemor, Perak dan ianya turut dihadiri oleh sanak saudara serta rakan rapat pasangan pengantin.