Koleksi Sensasi

Wanita Ini Tidak Sedar Buluh Tertusuk Di Mukanya


Beijing: Seorang wanita China tidak menyedari terdapat batang buluh sepanjang 13 sentimeter terperangkap dalam mukanya selama lapan bulan.

Doktor yang mendapati ada batang buluh terperangkap di antara pipi dan rahang atas Fu Jinfeng, 61, amat terkejut dengan penemuan itu ketika menjalankan ujian imbasan sinar-X pada kepala warga emas berkenaan. Keluarga wanita terbabit membawanya ke Hospital Xiang Ya di Changsa, Hunan awal Disember lalu kerana dia tidak boleh membuka mulut sepenuhnya untuk makan, selain luka yang dialami sejak lapan bulan lalu belum juga sembuh.

Selepas penemuan mengejutkan itu, doktor mengeluarkan batang buluh itu dari muka Jinfeng. Tidak diketahui bagaimana ia boleh tercucuk menembusi muka wanita tua itu April lalu. - Agensi