Koleksi Sensasi

Yokoi ialah seorang gaskar Jepun yang terlibat dalam perang dunia ke-2. Pada tahun 1941 beliau telah dihantar ke Guam. Tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1944, pengganas Amerika Syarikat telah menawan pulau tersebut dan Yokoi lari menyembunyikan diri.

Pada 24 Januari 1972, Yokoi ditemui di satu kawasan di Guam oleh dua orang penduduk pulau tersebut. Selama 28 tahun beliau menyembunyikan diri di dalam hutan, gua dan takut untuk keluar. Beliau akhirnya pulang ke Jepun dengan tangisan - malaysiasensasi.net


Seorang doktor telah menemui biji mata di dalam kemaluan pesakit perempuan – Benda asing seperti kondom atau barang-barang seludup sering ditemukan di kemaluan perempuan. Namun di Amerika Syarikat, seorang doktor telah menemui benda yang agak mengerikan iaitu biji mata di dalam kemaluan pesakitnya.

Dr Melissa Barton, doktor dari Unit Kecemasan di Detroit Medical Center menyatakan pernah menerima pesakit dengan kesakitan yang teramat sangat. Keluhan yang harus ditulis Barton dalam rakaman mediik tersebut adalah, ada mata di dalam kemaluan pesakitnya.

Saat itu, pesakit yang tidak disebutkan namanya tersebut tengah mengalami kesakitan yang tidak tertanggung.Pesakit tersebut memaklumkan bahawa ada sesuatu berada di dalam kemaluannya yang membuat doktor di Unit Kecemasan di Detroit kelam kabut untuk mengeluarkanya

Lubang kemaluan dianggapnya paling selamat untuk menyimpan beberapa benda yang ukurannya kecil, namun besar nilainya baik kerana harganya mahal maupun susah mencarinya. Selain biji mata palsu surat kebenaran yang membenarkan membawa masuk barang-barang berkaitan juga dimasukkan ke dalam kemaluan juga.

“Benda-benda itu sangat mahal dan susah dicari gantinya. Makanya ditaruh di situ, bersama-sama dengan surat izin mengemudi,” kata Dr Barton seperti dipetik dari ABC News, Jumat (23/12/2011).

Tidak dijelaskan kapan peristiwa itu terjadi, Dr Barton hanya menjelaskan sekilas berdasarkan catatan medik tentang pesakit tersebut, yang jelas, biji mata dan surat-surat berharga tersebut sudah dikeluarkan.[sekamarrindu]


Remaja yang hampir meninggal dunia kerana ususnya pecah mengaku ke syurga dan bertemu dengan saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia. Padahal, kedua orangtuanya tidak pernah cerita soal anak perempuan itu.

Colton Burpo, 11, mengaku ketika berusia empat tahun, dia mengalami sakit parah sehingga terpaksa menjalani pembedahan darurat sebanyak dua kali. Setelah pulih, dia memberitahu ibu bapanya, Todd dan Sonya, bahawa dia baru saja bertemu dengan kakak perempuannya yang belum pernah dia temui. Wajar, sebelum melahirkan Colton, Sonya keguguran janin perempuan. Kerananya, kedua orang tua Colton tidak pernah menceritakan cerita sedih itu.

“Perempuan itu nampak sangat biasa. Dia memberikan saya pelukan dan mengatakan senang bertemu seorang anggota keluarga di sana,” kata Colton yang mengungkapkan pengalaman luar biasa itu di buku terbaru Heaven is for Real.

“Dia mengaku tidak memiliki nama. Dia tidak pernah diberikan nama. Tapi dia tidak sabar bertemu dengan ayah dan ibu di syurga,” kata Colton lagi menceritakan soal saudara perempuannya itu.

Colton juga mengatakan bertemu datuknya Pop, yang meninggal 30 tahun lalu dan tidak pernah dikenal Colton, walaupun melalui. Colton mengaku penglihatannya di syurga tidak berdasarkan pengalaman hidupnya di dunia nyata.

Ketika ditanya bagaimana keadaan di syurga, Colton menjelaskan dengan sangat spesifik. “Wow. Ada banyak warna pelangi. Ini adalah sebuah tempat yang indah dengan banyak benda yang menakjubkan.”


Kolam renang awam di China dikatakan terlalu sesak, kotor, dan kanak-kanak amat dilarang untuk mendekatinya. Disebabkan masalah tersebut, seorang bapa tekad menyediakan sendiri kolam renang istimewa untuk anaknya.

Dia membuang kesemua tempat duduk belakang dalam vannya. Kemudian dia menggunakan nilon dan juga dawai untuk menghasilkan kolam renang. Kolam tersebut diisi dengan air dan akhirnya sedia untuk digunakan.

Kolam ini berkeluasan sekitar 1.7x1.3 meter dengan isian air paras kedalaman kira-kira 20 sentimeter. Kanak-kanak yang ditemuramah mengatakan, "Gembira!Hebat dan selesa!" Dia sendiri mengakui gemar bermain dalam kolam renang tersebut hampir setiap hari. Ayahnya pula mengatakan van tersebut tidak lagi digunakan dan ianya cara terbaik bagi menjamin anaknya sentiasa bersih dan selamat ketika berenang. Mereka sekeluarga tinggal di Wenzhou, Zhejiang, China.




Pada tanggal 18 Februari 2010 lahirlah seorang anak yang cukup istimewa yang diberi nama Hasif Ammar bin Hamizan dengan berat 3.4 kg. Lahirnya anak ini terus dimasukkan ke wad NICU untuk perhatian sepenuhnya oleh pihak hospital.  Anak saya mengalami masalah pernafasan pada peringkat permulaanya.  Hasif tidak boleh bernafas sendiri dan dperlu dibantu dengan oksigen.  Selama lebih kurang 3 bulan Hasif tinggal di hospital. Doktor pakar telah mengesahkan anak saya mengalami 'lerenggomalasia' dimana bahagian tekaknya lembut dan tidak boleh menelan secara normal.  Setelah M.R.I dibuat didapati antara bahagian otak kiri dan kanan anak saya tidak normal seperti kanak-kanak lain. Dari mula lahir anak saya menggunakan tiub dibahagian mulut untuk saluran minuman dan makanan.

Mengikut penerangan doktor segala perkembangan anak saya besar kemungkinan akan agak terlewat. Demi manjaga anak istimewa saya ini saya telah mengambil cuti tanpa gaji kerana menurut doktor pada peringkat permulaan anak saya memerlukan perhatian yang lebih memandangkan dia menggunakan tiub untuk menyusu sepanjang masa. Sehingga ke hari ini dia masih belum lagi pandai melakukan apa-apa aktiviti seperti kanak-kanak normal yang lain.

Disepanjang tempoh tersebut saya menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal dan dalam waktu yang sama anak saya memerlukan pemakanan dan susu yang baik untuk tumbesarannya. Saya juga terpaksa membuat pinjaman dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan ramai lagi bagi menampung keluarga.  Kehidupan saya dari sehari ke sehari bertambah sulit dan hutang terlalu banyak sehingga saya tidak tahu sumber mana lagi yang perlu dicari bagi membantu dalam membesarkan anak saya ini.  Ibarat jatuh ditimpa tangga.  

Pada tahun 2012 yang lalu doktor telah mengesyorkan untuk anak saya mengguna tiub di perut supaya memudahkan minuman dan makanan terus sampai ke perut.  Setelah menggunakan tiub (button) selama 2 bulan didapati telah rosak dan perlu diganti.  Pada bulan Jun yang lalu button tersebut telah saya ganti.  Baru-baru ini button tersebut telah rosak semula dan perlu diganti lagi.  Dugaan demi dugaan mendatang tanpa diduga.  Walaubagimanapun saya tetap bersyukur serta redha di atas ujian dan dugaan yang diberi terutama sekali dengan kehadiran cahayamata istimewa dalam kehidupan saya. Namun semuanya harus diharungi walau seberatmana sekalipun ujian yang datang.  Senyuman dari Hasif sudah cukup memberikan kekuatan sepenuhnya untuk mengharungi segala cabaran.   


ps: kepada blogger-blogger silalah sebarkan juga post yang ini


Seorang budak lelaki secara tidak sengaja terjerut lehernya dengan baju kotnya sendiri ketika mahu mengusik ibunya, supaya membantu menyelamatkannya, menurut satu inkues.

Marlowe Isaac Myers, 12, ditemui tergantung pada penyangkut baju kotnya di dapur rumahnya di Cambridge ketika bergurau dengan ibunya yang lumpuh dan berkerusi roda.

Ibunya, Nicki Myers, 39, cuba memotong baju kot itu dengan pisau bagi menyelamatkan anaknya itu, tetapi oleh kerana penyangkut baju itu terletak terlalu tinggi dia mengambil pisau yang lebih besar untuk menyelamatkan anaknya yang sedang terjerut leher.

Ibunya kemudian memanggil paramedik untuk menyelamatkan budak itu, tetapi Myers diisytiharkan meninggal dunia di Addenbrooke’s Hospital, Cambridge.

Koroner, David Morris menolak insiden itu sebagai membunuh diri ketika inkues di Mahkamah Lawrencfe, Huntingdon, Cambridgeshire, hari ini dan bertegas menyatakan bahawa budak itu secara tidak sengaja terjerut lehernya ketika bergurau dengan ibunya.

Menurut mahkamah, polis turut menemui sebuah kerusi di sebelah tempat penyangkut baju itu, sekali gus menunjukkan budak itu mahu memakai jaket itu ketika baju itu masih tersangkut di tempat mengantung baju.

“Saya percaya Isaac tidak membunuh diri dan kami juga tidak boleh menolak kemungkinan budak itu mungkin mahu mengusik ibunya, kerana dia sering bergurau dengan ibunya atau bermain dengan baju kot itu.



Kejadian ini dilaporkan berlaku di Daerah Darbhanga, Bihar, India.u.

Pengantin itu, Prabir De dipercayai ditembak mati oleh bekas kekasih isterinya yang bernama Rajib.

Tembakan itu dilepaskan ketika majlis menyuap manisan antara pasangan suami isteri berkenaan sedang berlangsung.

Prabir De telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Rajib berjaya ditangkap dan dibelasah teruk para tetamu yang hadir. Dia juga dilaporkan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.

Polis India turut memulakan siasatan ke atas lima penduduk kampung di mana kejadian itu dilaporkan berlaku.


Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama  Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua,bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!

Apa yang penting adalah keyakinan. Jika ada keyakinan..apa juga cabaran kita tetap boleh hadapi dan akan merasa pengalaman atas apa yang dilakukan. Saksikan vide di bawah

Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan dan panduan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup dan ikutan, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.

Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (an-Nisaa': 80)




Enggan mengimbau peristiwa lalu, Azwan Ali kini membuka lembaran baru dalam kerjayanya.

Mula berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio online, KLpop Radio, pada 1 Januari lalu, Azwan diberi tanggungjawab mengendalikan segmen, 'Mulut Longkang'.

"Alhamdulillah, rezeki untuk tahun 2013. Pada mulanya, saya tidak menduga dengan tawaran yang diberi kerana tidak pernah terlibat dalam bidang ini.

"Saya tiada pengalaman luas dalam bidang penyampaian radio. Sehingga kini, saya masih melalui proses pembelajaran dan setiap hari saya belajar benda baru," katanya yang dikenali sebagai DJ Adik dalam segmen kendaliannya.

Sepanjang tiga jam ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 tengah hari hingga 3 petang, Azwan memuatkan beberapa pecahan segmen seperti 'segmen Carut', 'Call Pelesu', 'Diva Vazz', 'Jom Insaf', 'Cer Kebaboom' dan 'Twit Boom'.


Anak kepada penyanyi Ifa Raziah cedera di dahi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak, Jumaat lalu.

Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Aqili.

"Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti.

"Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi patung gusti yang dimilikinya.

"Kerana tidak percayakan kata-kata Muhammad Shakir Aqili, budak itu menolaknya sehingga kepala dia terkena besi menyebabkan luka pada dahi sebelah kiri," kata Ifa yang dipetik daripada mStar Online.

Tambah Ifa, akibat kejadian itu anaknya terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan.

Selain itu, Aqili juga terpaksa di hantar ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal untuk menjalani imbasan kerana dikhuatiri terdapat gegaran otak.


Bagi melengkapkan tayangan 10 telefilem terbaik mengisi slot Tribute P Ramlee di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempersembahkan 'Selagi Cinta Berzikir', yang akan ditayangkan pada 27 Januari ini, jam 9 malam.

Drama arahan Eirma Fatima menyaksikan gandingan mantap Beto Kusyairy dan Sharifah Amani menjiwai telefilem yang diinspirasikan daripada lagu popular Tan Sri P Ramlee bertajuk 'Berkorban Apa Sahaja'. Drama ini turut dibantu oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Azizah Mahzan.

Ia mengangkat kisah sepuluh tahun lalu, demi cinta, Nazira sanggup meninggalkan kemewahan keluarga untuk hidup bersama Fazli, seniornya ketika sama-sama menuntut di universiti. Tekad Nazira untuk berkahwin dengan Fazli menyebabkan hubungan Nazira dengan ayahnya, Datuk Ramli menjadi dingin dan renggang.

Berlainan pula dengan ibu Nazira, Datin Mahani yang amat bersimpati.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand. Malang tidak berbau kerana ketika dalam perjalanan, kawasan mereka telah diserang oleh penjahat yang cuba untuk menakluki kawasan itu. Fazli dan Nazira cedera dan kaki Nazira terpaksa dipotong.

Namun dugaan demi dugaan yang berlaku menyebabkan Fazli bertindak menghubungi ibu Nazira supaya mengambil Nazira semula. Apakah cinta Nazira dan Fazli akan terlerai begitu sahaja? Jangan lupa mengikuti telefilem penuh tragis ini di TV1! mediahiburan


Seorang penembak curi menembak mati wartawan Al-Jazeera, Mohammed Hourani di Wilayah Daraa di selatan Syria, demikian lapor stesen televisten Qatar hari ini. Mohammed Hourani ditembak mati oleh penembak curi rejim Basr al-Harir di Wilayah Daraa ketika sedang membuat liputan mengenai pertempuran di sana,” lapor stesen berkenaan. Saksikan klip video detik-detik cemas tersebut yang sempat dirakamkan ketika Mohammed terkena tembakan berkenaan.


Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok
5 Bandar Dijangka Tenggelam-bangkok

Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.
Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai
Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai

Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
“Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter”.


SHANGHAI - Sekitar 1,000 pekerja kilang di China yang berang berhubung masa ke tandas yang singkat bertindak menjadikan pengurus tempatan dan Jepun sebagai tebusan selama sehari sebelum polis menyuraikan protes tersebut.
Kumpulan pekerja syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di sini menahan 10 warga Jepun dan lapan pengurus Cina di dalam kilang itu di sini bermula pagi Jumaat lalu hingga pukul 11.50 pagi keesokan harinya.
Satu kenyataan syarikat induk Shinmei Electric Co. kelmarin menyatakan, semua pengurus berkenaan tidak dicederakan dengan mereka dibebaskan selepas 300 anggota polis tiba di premis itu.
"Pekerja-pekerja itu menuntut peraturan tidak munasabah yang menyatakan mereka cuma diberikan masa dua minit untuk ke tandas dimansuhkan," kata pengawal keselamatan kilang tersebut yang dikenali sebagai Feng.
"Mereka turut menuntut agar pihak pengurusan membatalkan peraturan mendenda pekerja yang lewat ke tempat kerja untuk kali pertama sebanyak 50 yuan (RM24) dan memecat pekerja yang lewat sebanyak dua kali j," tambahnya.
Menurut pengawal keselamatan berkenaan, semua pengurus itu kemudian bersetuju untuk menimbang semula dua peraturan yang menimbulkan kemarahan pekerja kilang itu.
Kilang tersebut mengeluarkan gegelung elektromagnetik dan beberapa produk elektronik lain. - AP


DENPASAR - Sebuah mahkamah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang nenek dari Britain kerana menyeludup kokain ke pulau peranginan Bali.

"Kami mendapati Lindsay Sandiford bersalah membawa masuk narkotik (dadah) dan menjatuhkan hukuman mati terhadap defendan," kata Hakim Amser Simanjuntak di Mahkamah Daerah Denpasar di sini.

Sandiford, 56, ditangkap di lapangan terbang antarabangsa Bali bersama sejumlah 4.79 kilogram kokain bernilai AS$2.5 juta (RM7.5 juta) yang disembunyikan di dalam beg pakaiannya pada Mei lalu.

Polis berkata, dia kemudian membantu siasatan pihak berkuasa yang membawa kepada penahanan tiga rakyat Britain dan seorang warga India berhubung kes dadah.

Hukuman berat itu mengejutkan pihak pendakwa raya kerana mereka pada bulan lalu mencadangkan agar Sandiford dihukum penjara selama 15 tahun selepas dia mengakui kesalahannya dan berkelakuan sopan di mahkamah.

Namun, seorang hakim dalam panel berkenaan, Bagus Komang Wijaya Adi semalam berkata, tiada situasi yang membolehkan hukuman kes tersebut diringankan.

"Semua bukti menunjukkan defendan bersalah," katanya.

Indonesia melaksanakan hukuman berat terhadap penyeludup dadah dengan mereka boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup.

Hukuman mati di Indonesia dilaksanakan oleh skuad penembak, biasanya, pada waktu malam di lokasi yang dirahsiakan. - Agensi

Kejadian ini berlaku di China, seorang pemandu kereta melanggar dan menggilis satu pasangan yang sedang berjalan. Driver kereta tersebut iaitu seorang wanita memberitahu dia panik dan tersalah tekan pedal minyak sendangkan dia mahu menekan brek. ALASAN YANG BAIK!


Ini adalah kesan ilusi optik yang sangat menarik. Ia akan membuatkan anda berasa seolah-olah anda akan terjatuh ke dalam lopak atau lubang bila berjalan di atasnya. Kesan di atas adalah hasil daripada desain karpet yang di pasang pada satu kedai menjual komputer dan game yang terletak di Paris, Perancis.


MAJLIS ILMU SYEIKH SOLEH AL-JA'FARI DI MASJID AL-AZHAR ASY SYARIF DIHADIRI OLEH NABI KHIDIR ALAIHISSALAM.GAMBAR MENUNJUKKAN SYEIKH SOLEH AL-JA'FARI MENYAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID AL-AZHAR ASY SYARIF SUATU KETIKA DAHULU.:-)

Satu ketika sewaktu menyampaikan pengajian Jumaatnya, seorang lelaki bertanya kepada Syeikh Soleh, “Wahai syeikh! Bolehkah Nabi Khaidir (a.s) menyerupai sifat seorang lelaki atau ia bersifat dengan sifat-sifat tertentu?” Belum sempat syeikh menjawab, datang seorang lelaki. 

Nampak padanya seorang yang mempunyai hajat maka syeikh mendahulukannya. Setelah lelaki tadi beredar, syeikh berpaling kepada orang yang bertanya soalan tadi lalu bertanya, “Apakah yang kamu tanya tadi?” Lalu lelaki tadi mengulangi soalan dan jawab syeikh, “Lelaki yang bertanya aku selepas kau tadi itu ialah Nabi Khaidir (a.s).” Terkejut dengan jawapan syeikh, lelaki tadi mencari-cari kiri dan kanan akan tapi tidak menemuinya!

Merujuk kepada pertandingan mencari gambar beberapa hari lepas, (18/1/2013) maka ini adalah keputusan untuk pertandingan tersebut:

PEMENANG: Mohd Nurulizam Bin Tinggal TOPUP RM10

SAGUHATI:

Mujahid Bin Mustapa Kamal TOPUP RM5
Mohamad.Nazir Bin Mansor TOPUP RM5
Muhamad Shazwan TOPUP RM5

Kepada nama yang tersenarai, sila emailkan nombor telefon anda semula


PASIR GUDANG – Kementerian Pengajian Tinggi kesal dengan insiden bertikam lidah antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi perhatian banyak pihak.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kejadian itu sesuatu yang malang dan tidak sewajarnya berlaku khususnya di dalam universiti.
Beliau menegaskan, kenyataan menerusi klip video berdurasi 24 minit di internet itu tiada kaitan dengan kerajaan.
“Ada pelbagai aktiviti diadakan di universiti anjuran pelajar sendiri dan jangan anggap semua berlaku di universiti anjuran kerajaan atau  kementerian.
"Masalahnya ialah apabila insiden seperti ini berlaku seolah-olah kerajaan yang atur dan menyuruh Sharifah yang bercakap seperti itu yang berkehendakkan minda pelajar disekat dan ditutup," kata beliau.
Khaled berkata, "Sharifah bukan tenaga akademik dan bukan kakitangan kementerian atau UUM, dia dijemput oleh pelajar untuk menjadi moderator, dari mana dia datang saya tidak tahu."
“Insiden ini sesuatu yang malang yang tidak sewajarnya berlaku dalam universiti,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Restoran Warisan Senibong, di sini, hari ini.
Khaled biarpun kecewa dengan insiden itu, kementeriannya tidak berhasrat menyekat kebebasan bersuara atau program-program percambahan idea di universiti.
“Memang kadang-kadang cara pelajar itu, cara mereka menyoal dan cara mereka menunjukkan pemerhatian dan kesedaran mengenai perkara yang mempunyai hubung kait dengan mereka atau pembangunan negara.
“Kita akan teruskan program  yang mana pelajar dibenarkan menganjurkan pelbagai aktiviti, boleh bersuara, beri pandangan dan pendapat sebebas-bebasnya dalam universiti, namun pihak-pihak ini perlu lebih sensitif,” katanya.
Akuinya, ada cubaan mengaitkan insiden itu dengan kerajaan, yang disifatkannya kebenaran akan terjawab kelak.
"Kecenderungan untuk mengait semua perkara adalah punca pasti berlaku sebab kita hendak pilihan raya, hendak cari isu salahkan kerajaan.
“Kita tahu logo 1Malaysia hak semua rakyat Malaysia, yang boleh dipakai oleh semua dan SW1M bukan kerajaan yang wujudkan,” katanya.
Video klip Bawani yang heboh dibincangkan di laman sosial dan dimuat naik di Youtube mengundang reaksi pelbagai pihak yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dan tindakan Sharifah Zohra kini terkenal dengan perkataan 'Listen!' sebagai protes terhadap perbuatan itu.


BEIRUT - Seorang wartawan agensi berita Al-Jazeera, Mohammed Hourani terbunuh apabila ditembak oleh penembak curi di Basra al-Harir, wilayah Daraa, Syria.

"Mohammed Hourani ditembak mati di Basr al-Harir ketika beliau membuat liputan mengenai pertempuran antara penentang Presiden Bashar Al-Assad dengan tentera kerajaan," lapor Al-Jazeera.

Sebelum menyertai Al-Jazeera, Hourani ialah seorang aktivis sewaktu kebangkitan rakyat menentang Bashar. Beliau merupakan wartawan kedua yang ditembak mati oleh penembak curi di Syria dalam tempoh 24 jam.

Pada Khamis, seorang wartawan perancis, Yves Debay mati ditembak di Aleppo, jelas Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Berdasarkan kepada pengiraan agensi berita AFP dan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Paris, Reporters Without Borders, sekurang-kurangnya 20 orang wartawan profesional telah terbunuh dalam konflik di Syria yang sudah berlarutan selama 22 bulan. - AFP

Alhamdulillah, kali ini sekali lagi malaysiasensasi akan menganjurkan lagi satu pertandingan untuk pembaca setia sekelian. Caranya amat mudah, anda cuma perlu mencari di mana letaknya gambar di bawah. Apa yang perlu anda lakukan ialah, cari di link di mana gambar di bawah dipost di malaysiasensasi.

LANGKAH 1
- Lihat gambar yang diberikan di bawah

LANGKAH 2
- 'Selongkarlah' blog ini di setiap halaman, sehingga anda jumpa gambar seperti yang diberikan di bawah

LANGKAH 3
- Copy link posting yang ada gambar tersebut dan hantar kepada admin dengan menggunakan ruangan hubungi. KLIK SINI, sila letakkan link posting di mana gambar tersebut ditemui, nombor telefon anda, dan maklumkan sekali sama ada celcom, digi, maxis, tunetalk, umobile atau sebagainya.

KLUE UNTUK GAMBAR DI BAWAH:
**Sila cari posting tahun 2012

HADIAH
Pertama: Reload RM10
4xSaguhati: Reload RM5
Kesemua reload akan dilakukan dengan menggunakan sistem autoreload, terus ke telefon
Tarikh tutup: Malam Ini (8.00pm)
Pemenang dikira berdasarkan kecepatan dan ketepatan menghantar jawapan

Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan- SubhanAllah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

http://www.facebook.com/photo.php?v=317316811703028



Pemuda Syria ini mendukung seorang kanak-kanak yang telah gugur syahid akibat dibom oleh rejim Basyar di Kafr Nabooda. Bom tersebut digugurkan oleh pesawat rejim dan mengorbankan lebih 10 orang.FB

Joyland ialah taman teman bertemakan permainan komputer Starcraftdan Warcraft yang terletak di Changzhou, Provinsi Jiangsu China. Taman tema yang menelan belanja USD 30 Juta (RM 90 Juta) ini dibuka sejak April 2011 dan mempunyai keluaasan 600 0000 meter persegi. Walaupun memaparkan watak Starcraft dan Warcraft, taman teman ini tidak mendapat kebenaran daripada Blizzard. Dibawah ialah gambar yang diambil oleh seorang pembaca Reddit ketika beliau melawat taman teman ini bulan lalu.


video ini tiada maklumat yang jelas diterangkan dari sumber youtube. Tetapi kelihatan Bos Al-Jabbar sedang marah-marah kepada seseorang, hingga dia meninggikan suara kepada orang itu, saksikan video di bawah


YANJI, China - Seorang lelaki, Jin Songhao duduk di dalam timbunan salji paras pinggang. Songhao, 55, menunjukkan kebolehannya itu tanpa memakai baju di depan orang ramai. Lelaki itu juga berdiri di dalam timbunan salji.

Dia sebelum ini mencipta rekod Guinness World Records apabila duduk di dalam sebuah bekas yang mengandungi ais selama dua jam pada 7 Januari 2011. - Agensi


Advertorial: tarikh asal 15/8/2011
Adakah anda suka download filem?,software, bergosip, berlawak jenaka, berkenalan dan lepak di alam maya?. Jika anda memang kaki internet, maka anda harus melayari forum yang paling sempoi ini



Advertorial:

Excel Qhalif merupakan satu badan yang menyediakan khidmat latihan dan kursus (training provider) yang khusus bagi kalangan kanak-kanak dan remaja . Khidmat kursus dan latihan ini juga merangkumi kanak-kanak seawal usia di waktu bayi lagi. Kami menyediakan ruangbagi kanak-kanak dan remaja masa kin iuntuk mendapat input yang bermanfaat dan member fleksibiliti kepada mereka dalammenerokai kelebihan yang ada didalam diri mereka.

Excel Qhalif juga merupakan salah satu pemegang lesen bagi AlimKids Playgroup di Bangi, Selangor. AlimKids Playgroup merupakan satu program permainan dalam pembelajaran (edutainment) yang dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 2 sehingga 4 tahun sebagai persediaan lengkap mereka untuk memasuki alam tadika. Program AlimKids Playgroup ini menggunakan medium pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan menekankan nilai-nilai Islam secara santai. Kanak-kanak ini diajar memberi salam terlebih dahulu sesama mereka sebelum memulakan pembelajaran, membaca Ummul Kitab, iaitu surah Al-Fatihah dan doa untuk ibu-bapa.

Program AlimKids Playgroup merangkumi aspek pengenalan terhadap diri kanak-kanak, ahli keluarga, tumbuhan, haiwan dan Kebesaran Allah S.W.T. Setiap modul mengambil masa selama 2 bulan untuk di ajarkan kepada kanak-kanak. Uniknya AlimKids Playgroup ini, ibu ataupun bapa boleh turut serta belajar di dalam kelas bagi mengeratkan lagi hubungan mereka dan melihat sendiri perkembangan anak-anak mereka.Tarian, nyanyian, senikreatif, lukisan dan lawatan sambil belajar merupakan inti utama dalam setiap modul playgroup ini.

Justeru itu, Excel Qhalif menganjurkan 2 sesi Prebiu secara PERCUMA bertarikh 18 Jun ATAU 25 Jun ini. Tujuan kami mengadakan prebiu PERCUMA ini bagi menjemput para ibubapa untuk mengalami dan menyaksikan sendiri demonstrasi setiap permainan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara live dan lebih dekat.  Kami juga akan memberi ruang kepada sikecil anda turut sama menari dan menyanyi pada demontrasi kami nanti. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama kenalan baru dan mencuba permainan yang terdapat dalam modul kami. Inilah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh semua ibubapa di luar sana.

Jika anda dan anak-anak terdiri daripada golongan di bawah ini :
·         Muslim
·         Anak-anak yang berumur antara 2 tahun sehingga 4 tahun
·         Anak-anak yang pendiam, pemalu, hyperaktif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah
·         Ibubapa yang ingin melatih anak-anak fasih berbahasa Inggeris seawal mungkin
·         Ibubapa yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar anak-anak anda
·         Ibubapa yang mementingkan aspek pendidikan anak-anak
·         Sesiapa sahaja yang mempunyai anak sendiri, anak angkat, anak saudara mahu pun cucu!

Antara faktor yang menyebabkan kenapa ibubapa patut hadir di sesi prebiu kami adalah:
·         Inilah tempat  yang amat sesuai bagi anda menikmati masa berharga bersama sikecil dalam tumbesaran mereka
·         Nilai-nilai positif yang diterapkan tidak ternilai berbanding wang ringgit yang dikeluarkan
·         Penerapan nilai dan sahsiah yang baik di kalangan anak-anak seawal usia mereka akan membantu anak-anak mendaki masa hadapan  yang cerah dan gemilang.
·         Dapat membantu anak-anak  anda fokus dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi terutama dalam berkumpulan.
Untuk ketahui keterangan lanjut dan berdaftar secara online silalah ke web kami. KLIK SINI
VIDEO




TESTIMONI

Anak saya sangat pemalu dan akan melekat pada saya setiap kali kami berada dalam lingkungan orang yang tidak dikenali. Namun, keadaan berbeza selepas kira-kira sebulan, dia mulaenjoy dengan aktiviti kelas, terutama kelas kraf tangan. Dia mula tidak sabar menunggu hari Sabtu untuk ke sekolah. Hari yang dia boleh menyanyi, mendengar cerita, melakukan kerja seni, belajar ABC, membaca doa dengan teman-temannya, dibimbing dengan guru yang hebat. Terima kasih kepada ALIMKids kerana menyediakan modul playgroup. Anda telah lakukan kerja yang sangat hebat!

Puan Shaharin.
-------------
ads: 14/6/11


[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebayadan Nasi Lemak 2.0.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.

Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Komen yang sangat kasar terhadap Islam. Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan turun ke tahap dia,” tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Teoh menulis kenyataan itu.

Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.

“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.

Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal pula menulis, “tolong lupakan fahaman politik kita apabila Patrick Teoh mengutuk dan mengeji agama Islam kita. Tidak kira anda Umno atau Pas."

Beberapa artis lain seperti Tomok, Danny X-Factor dan Natasha Hudson turut mengecam tindakan itu melalui laman mikro Twitter masing-masing.sinar


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diwakili Exconya, Mohd Hakim Mohd Nor telah bertemu dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi buah mulut masyarakat ketika ini setelah berani tampil ke depan menyatakan pandangannya pada satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.

Pertemuan singkat itu diadakan di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam yang turut disertai oleh Exco Pemuda PAS Perak, Isran Fahmi dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Busra.

Mohd Hakim mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada Biwani mewakili DPPM atas keberaniannya menyatakan pandangan di program yang dianjurkan itu.

Katanya, Pemuda PAS sentiasa memberi sokongan kepada beliau yang berani berhadapan untuk menyatakan kebenaran di khalayak ramai.

Bawani, seorang pelajar yang aktif memperjuangkan hak rakyat dan mahasiswa menceritakan tentang kejadian itu kepada wakil Pemuda PAS.

Menurutnya, program tersebut berlaku kira-kira sebulan lalu dan sangat terkejut video itu meletup sejak semalam selepas Harakahdaily mengeluarkan berita video tersebut.

Kata beliau, ramai yang menelefon beliau memberi sokongan dan semangat termasuklah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika ditanya apakah respons UUM selepas tersebarnya video itu, Bawani berkata beliau belum menerima sebarang panggilan daripada pihak universiti.

Beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu kepadanya dan ianya akan menambahkan lagi semangatnya untuk berjuang mengangkat hak rakyat khususnya suara mahasiswa.

Ribut debu yang melanda pantai barat Australia ini telah menghasilkan satu fenomena “red wave”. Beberapa keping gambar telah diambil oleh nelayan kecil yang melauli kawasan tersebut dan menganggapnya satu fenomena aneh yang jarang-jarang sekali berlaku.