Koleksi Sensasi


Video ini memaparkan 2 artis yang digelar sebagai Macai. Ini kerana tindakan mereka menghina Pakatan Rakyat. Artis tersebut ialah Nabil dan Salih Yaacob.

SAJAK UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W DARI MAHARAJA CHINA | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sembilan abad yang lampau.

Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.

Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.

Panglima-panglima Muslim

Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah

Chang Yuchun(1330-1369)

Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.

Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)

Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.

Mu Ying(1345-1392)

Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.

Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)

Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.

Maharani Ma

Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.


Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga.

Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.

Sajak Maharaja China yang telah di translate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:

Since the creation of the Universe,

Sejak terciptanya galaksi ini

God had decreed to appoint,

Tuhan telah mengangkat seseorang

This great faith-preaching man,

Satu manusia akhlak beriman

From the West he was born,

Dari barat telah dilahirkan

He received the Holy Scripture,

Baginda menerima wahyu agung

A Book of thirty parts,

Buku yang mengandungi 30 bahagian

To guide all creation,

Untuk membimbing semua makhluk

Master of all Rulers,

Tuan kepada semua raja

Leader of Holy Ones,

Pemimpin 1 yang tersuci

With Support from Above,

dengan bimbingan dari atas

To Protect His Nation,

Untuk melindungi negaranya

With five daily prayers,

Bersama dengan solat 5 waktu

Silently hoping for peace,

Dalam diam mengharap rahmat

His heart towards Allah,

Hatinya lurus kerana Allah

Empowering the poor,

Mengangkat darjat si miskin

Saving them from calamity,

Menyelamatkan mereka dari sengsara

Seeing through the darkness,

Melihat melalui kegelapan

Pulling souls and spirits,

Melalui hadir jiwa & roh

Away from all wrongdoings,

Ma’sum dari salah dan silap

A Mercy to the Worlds,

Rahmat kepada sekalian alam

Traversing the ancient majestic path,

Menyelusuri rahsia yang silam

Vanquishing away all evil,

Memadam segala kejahatan

His Religion Pure and True,

Agamanya Suci dan Benar

Muhammad,

Muhammad

The Noble & Great one.

Yang dihormati lagi terhebat

ps: kesian, kat Malaysia ada ustaz wahbi hina nabi







Assalamualaikum sahabat-sahabat. 
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam. 


Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

13 July 2007 in Bangunan PERKIM jln ipoh
13 Julai 2007, 
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. 
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha. 

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain. 

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?
1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana. 
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi SEPERTI berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :) 

Ketika mengerjakan Umrah, saya solat di hadapan Kaabah 
Alhamdulillah :) beberapa kali masuk waktu solat. Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud. Tapi gagahkan juga untuk sujud. Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit. Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang.

Hadiah dari Allah ketika menjadi tetamuNya.

Alhamdulillah :)

p/s : masih menghormati agama keluarga saya. tidak pernah kata memandang hina pada agama lain. Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.


Beliau berkata demikian kerana pemimpin Syria itu telah melakukan serangan terhadap rakyatnya sendiri dan tidak terhadap Israel yang menduduki beberapa wilayah di Syria secara haram.


Erdogan menghadiri forum komunikasi pemerintah di negara ini.

Beliau bersama para pemimpin rantau Teluk turut memberi sokongan kepada para penentang Bashar.

“Kami tidak akan berdiam diri ketika berdepan diktator yang zalim, syaitan bisu yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyatnya sendiri. Namun, beliau hanya membisu dan sepi terhadap pihak (Israel) yang menduduki wilayahnya sejak berdekad-dekad lalu,” kata Erdogan pada forum tersebut.

Lebih 60,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan askar-askar Bashar sejak Mac 2011.

Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar ekoran kejayaan kebangkitan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia. – Agensi
gambar hiasan



Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". 

JANGAN JAWAB ATAU CALL BALIK NOMBOR-NOMBOR TERSEBUT.

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. 
Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. 

Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. 
SUMBER:fb



Seorang komander mujahidin FSA menyatakan bahawa mujahidin telah mula menyerang kedudukan Hezbolla di Lubnan pada 21 Februari yang lalu, kurang daripada sehari selepas ketua staf mujahidin FSA mengeluarkan kata dua kepada kumpulan militan itu supaya menghentikan serangan di wilayah yang dikuasai mujahidin Syria. 

"Kami telah mengebom wilayah Hezbolla di Lubnan dan Syria. Mujahidin FSA merancang untuk terus membedil kedudukan mereka," kata Kolonel Hisham al-Avvak. 

Beliau turut mengancam untuk mensasarkan kubu kuat Hezbolla di selatan Beirut kecuali Hezbolla menghentikan operasi bersama dengan angkatan tentera rejim Basyar.

PADANG SERA – PERKASA sekali lagi menggemparkan bumi Malaysia apabila satu program konvoi bermotosikal dan kereta berjaya menarik hampir 8,000 orang peserta. Gabungan ahli-ahli PERKASA dari negeri Perlis dan Kedah menunjukkan betapa mereka akan menentang habis-habisan agar kalimah Allah tidak digunakan di dalam kitab Bible.

Program anjuran PERKASA Kota Setar telah diadakan dengan jayanya dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Mukhriz Bin Tun Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun Kedah turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Abu Hassan Sarif, ADUN Kota Siputeh Kedah. Turut hadir bersama ialah Tuan Presiden PERKASA Malaysia Datuk Ibrahim Ali.

Objektif program ialah untuk menunjukkan betapa Pentingnya kalimah Allah kepada umat Islam di Malaysia dan tiada pihak berhak untuk menggunakan sewenang-wenangnya terutama kepada mereka yang buka beragama Islam. Namun begitu, menurut presiden PERKASA Malaysia, Kalimah Allah masih selamat selagi adanya undang-undang untuk mempertahankan kalimah Allah di Malaysia.

Namun begitu, dalam ucapan Dato Ibrahim Ali, perkara mengenai isu kalimah Allah adalah sengaja dibangkitkan oleh Lim Guan Eng kerana ada agendanya tersendiri iaitu memecahbelahkan orang melayu. Apabila terjadi perbalahan antara PAS dan UMNO dalam isu tersebut, maka akan terjadilah perpecahan yang tersangat dahsyat antara orang melayu di Malaysia.

Oleh itu, belia menyeru agar semua rakyat Malaysia memahami natijah sebenar perjuangan PERKASA untuk mempertahankan kalimah Allah dan perlu memahami isu ini dengan lebih mendalam. Beliau juga menasihatkan agar isu ini jangan dipandang remeh kerana agenda sebenar isu ini amat merbahaya kepada agama Islam itu sendiri.

Dalam ucapan YB Dato’ Paduka Mukhriz pula, beliau sangat terharu dengan kebangkitan umat islam apabila ujudnya satu gerakan yang dianjurkan oleh PERKASA demi mempertahankan kalimah suci Allah SWT. Beliau juga menyatakan amat keliru dengan pendirian Nik Aziz apabila pada mulanya membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible kemudian akhirnya tidak membenarkan semula.

Beliau juga turut meluahkan rasa hampa dengan sikap Nik Aziz sebagai mursyidul am yang selalu melaungkan perjuangan islam di malaysia tentang isu kalimah Allah ini. ianya dilihat remeh apabila Nik Aziz tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam mempertahankan kalimah Allah demi kepentingan parti politik.

Namun, beliau amat berharap agar semua umat Islam di Malaysia akan terus mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan di dalam kitab Bible kerana pelbagai kebarangkalian yang negatif boleh berlaku.

sumber gambar: fb 
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/542652_429909933754697_1549544733_n.jpg



Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.


Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.
KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.
Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.


LELAKI CUBA RASA KEADAAN WANITA SAKIT BERSALIN ???

BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu seksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.



ASKAR AS MINUM DARAH ULAR TEDUNG | BANGKOK – Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand.

Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut.

Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung.

Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. – AFP


MINNEAPOLIS - Seorang eksekutif didakwa menampar seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang sedang menangis sambil mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

Satu kenyataan AGC Aerospace & Defense menyebut bahawa Joe Rickey Hundley didakwa menyerang kanak-kanak itu semasa insiden 8 Februari lalu yang ketika itu dalam penerbangan Delta Air Lines.

Hundley dari Hayden, Idaho pada mulanya hanya digantung kerja tetapi syarikat tempat lelaki itu bekerja berkata, dia telah dipecat secara rasmi.

“Laporan mengenai tingkah lakunya semasa dalam pesawat baru-baru ini amat memalukan. “Kami telah menyiasat perkara ini dengan serius dan bermula Ahad lalu dan Hundley tidak lagi bekerja di sini,” kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, peguam Hundley, Marcia Shein berkata, anak guamnya dilayan secara tidak adil dan mendakwa mempunyai unsur-unsur perkauman.

“Saya yakin anak guam saya tidak bersifat sedemikian,” kata Shein.

Dalam pada itu, peguam kanak-kanak malang itu, John Thomson berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan dakwaan atau tidak.

Bagaimanapun, ahli keluarga kanak-kanak itu berkata, Hundley harus dihukum dan dipenjara setahun.

“Kami mahu Hundley dan sesiapa saja sepertinya tidak lagi melakukan perkara itu lagi,” katanya kepada CNN.

Beliau juga mendakwa yang Hundley mabuk dan dipengaruhi alkohol ketika kejadian dan mendakwa menyaksikan sendiri Hundley mengambil minuman keras ketika duduk di pesawat

Ketika pesawat menghampiri Atlanta, anaknya mula menangis kerana perubahan altitud dan segera memujuk anaknya sebelum Hundley yang duduk di sebelah kanak-kanak itu kemudian menyuruhnya diam.

Hundley kemudian berpaling dan menampar kanak-kanak itu menyebabkannya menangis lebih kuat.

Kanak-kanak itu mengalami calar di bahagian bawah mata kanannya.

“Saya seperti tidak percaya yang dia sanggup keluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada kanak-kanak yang masih kecil seperti anak saya dan kemudian memukulnya. Saya amat terkejut ketika kejadian berlaku,” kata Bennet kepada BBC.

Hundley akan dihadapkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara satu tahun kerana menyerang kanak-kanak bawah 16 tahun.

Pada tahun 2007, Hundley mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan menyerang di Virginia.

OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.

Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.

Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.

Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi


HomeStay Erni'G' Banglo Setingkat.(Fully Furnished)

Alamat: Taman Desa Manjung 
Point, Seri Manjung,
Perak DarulRidzuan.

Kemudahan: 
3 Bilik Tidur (Utama dan Kedua - Aircond), 2 Bilik Air (1 Dilengkapi Water Heater}, Ruang Tamu, Ruang Makan, Ruang Solat dan Ruang Dapur.

Peralatan:
Katil Kelamin, Katil 2 Tingkat dan Katil Bujang.
TV (astro), Kipas Siling, Kettle, Elektrik Irons, Dapur Gas, Peti Sejuk, Pinggan Mangkuk, Set Sofa dan Kerusi Meja Makan.

Kadar Sewa: RM350.00 sehari
Bayaran Tambahan untuk Tilam/Toto.
Deposid: Rm100.00

Pertanyaan dan Tempahan Sila Hubungi: 012-5299796 (En Fizal)
Harga RM:350.00

Sejak ribuan tahun yang lalu tradisi ini masih diwarisi..Ghats Varashani adalah nama bagi tempat pembakaran tersebut, terdiri daripada batu dan di ina sepanjang tepi sungai Gangga. Ritual ini sudah ada sejak berabad-abad silam, orang biasa berdoa, meditasi dan mandi di tempat ini.. Diyakini tempat ini digunakan untuk melakukan pembakaran mayat lebih dari 200 mayat tiap harinya.

Ulat dan seranggan memang sangat menggelikan. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada peminat makanan exotik untuk menikmati rasa haiwan-haiwan tersebut. Berikut adalah gambar-gambar pembukan selera peminat mereka


Mungkin video ini agak menakutkan kerana terdapat aksi kejam yang dipaparkan. Pelik tapi benar. Lelaki yang tidak dikenali bertindak selamba mematahkan kaki ayam tersebut secara hidup-hidup. Tidak cukup itu lagi, dia mengambil pisau kecil lalu ditusukkan pada kepala ayam. Lihatlah betapa kejamnya. Kasihan ayam tersebut terpaksa menanggung kesakitan. Namun apa yang peliknya, ayam tersebut boleh pula seperti hidup kembali apabila mampu berjalan semula. Jom tonton video di bawah


Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

Allahyarham Datuk Mazlan Idris (Baju Biru)

Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.

Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!

Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.

Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia.



amekaw


KUALA LUMPUR -  Keadaan di sekitar Lahad Datu adalah terkawal ketika Angkatan Tentera Malaysia dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai pada Selasa dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan.

"Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang.

"Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat sini hari ini.

Hishammuddin juga meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihak berkenaan (penceroboh) adalah penting," katanya.

Semalam pihak berkuasa keselamatan berjaya mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri. - Bernama


SELEPAS lagu ciptaan pertamanya, Patah Seribu menjadi hit tahun lalu, penyanyi popular, Shila Amzah muncul dengan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta, di sebalik isu berkaitan cintanya yang masih hangat diperkatakan.

Menerusi laman mikro Twitternya hari ini, Shila memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya.

Ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, lagu tersebut dikatakan dituju buat kekasihnya itu.

"My new sounds, Masih Aku Cinta... lagu baru saya... lagu yang saya tulis untuk dia)," tulisnya pada 5.30 petang tadi.

Dalam interaksinya dengan peminat di Twitter, Shila seakan mengesahkan lagu tersebut untuk seseorang lelaki yang diduga sebagai Sharnaaz.

Shila menjawab "ya" ketika @zeehedzline menulis, "adakah untuk dia?"

Lirik lagu yang antaranya menyebut tentang cinta yang tidak kesampaian itu seolah-olah menjelaskan kisah cintanya dengan Sharnaaz yang masih tidak diketahui penghujungnya.

Antara bait lirik lagu tersebut, "biarpun kau tak lagi ada denganku, takkan ku bisa melupakan mu, cara mu, memanggil nama ku, terasa seolah kau masih ada."

Dalam berita yang dibawa Sinar Harian Online pagi tadi, Shaznaaz berkata, "saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa hubungan saya dengan Shila Amzah berakhir."

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Media tolong jangan buat spekulasi," tegas Shaznaaz.

Sebelum ini, kemelut cinta Sharnaaz dan Shila memasuki episod baru apabila Sharnaaz dikatakan sudah berundur diri kerana hilang hormat terhadap ayah Shila, ND Lala.

Shila pula dihalang untuk ditemu bual walaupun pada mulanya bersetuju bertemu media sebaik dia selesai persembahan di Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional, baru-baru ini.

Malah, Shila turut dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan yang diarahkan supaya menghalang wartawan mendekati Shila Amzah oleh bapanya, ND Lala.

Berikutan kemelut hubungan cinta dan keluarga, Shila baru-baru telah bertindak menyisihkan diri dan bersendiri tanpa pengawasan keluarga sehingga ND Lala terpaksa membuat laporan polis setelah Shila tidak pulang ke rumah.

Shila juga telah bertindak memuat naik video Ombak Rindu dendangannya pada Jumaat minggu lalu, bagi menggambarkan perasaan dan kemelut yang dihadapinya kini.


JAKARTA - Sekumpulan penyelidik menemui spesies baharu burung hantu di Indonesia, kata seorang saintis, George Sangster.

Burung hantu Rinjani Scops berwarna putih dan perang itu pada mulanya ditemui di Pulau Lombok pada tahun 2003 ketika para penyelidik mencari burung hantu lain.

"Kini terdapat seekor burung hantu yang cantik berasal dari pulau itu.

"Kami berharap lebih ramai pemerhati burung akan melawat Lombok," kata Sangster. - Agensi


MOBILE, Alabama - Penderitaan para penumpang kapal persiaran Carnival Triumph bakal berakhir apabila ia mendarat di sini semalam.

Kapal itu sebelum ini mengalami masalah bekalan air dan elektrik apabila enjinnya terbakar sehingga menyebabkan ia terpaksa ditunda ke sebuah pelabuhan di sini.

Kira-kira 4,000 orang menaiki kapal tersebut semasa ia hanyut sejak berlepas dari Galveston, Texas pada minggu lalu.

Kebakaran itu berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kapal tersebut hanyut dan ditunda dengan menggunakan bot.

Beberapa penumpang mengadu kepada saudara-mara mereka tentang keadaan kotor di atas kapal tersebut selepas berlaku kebakaran itu selain kesukaran untuk mendapatkan makanan.

Para penumpang turut mengadu bau busuk dan najis di atas lantai.

Ramai penumpang yang tidur di dek untuk mendapatkan udara segar.

Seorang penumpang, Jamie Baker bercakap kepada stesen televisyen NBC bahawa tiada bekalan elektrik di atas kapal berkenaan manakala hanya beberapa buah tandas berfungsi.

Wanita tersebut menyatakan dia terpaksa menggunakan beg plastik untuk pergi ke bilik air dan menunggu dalam barisan selama beberapa jam untuk mendapatkan makanan.

Baker berkata, dia melihat seorang wanita memotong barisannya.

Menurutnya, dia dan beberapa rakannya terpaksa memakai jaket keselamatan semasa tidur pada satu malam kerana kapal berkenaan berada dalam keadaan senget.

Syarikat Carnival Cruise Lines meminta maaf berhubung penderitaan para penumpang.

Menurut pihak syarikat itu, ia akan membiayai kos penghantaran penumpang ke beberapa buah bandar di Texas.

Seorang lagi penumpang, Renne Shanar memberitahu saudara kandungnya, Vivian Tilley bahawa kabin tidurnya amat panas dan berbau seperti asap keluar dari enjin. - Agensi


Seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendakwa dia menemui sejenis bakteria pada tahi bintang yang terhempas ke bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis NASA itu, Dr. Richard Hoover berkata, dia telah mengembara mengelilingi dunia seperti di Antartika, Siberia dan Alaska selama 10 tahun untuk mengkaji kewujudan bakteria tersebut.

Menurutnya, bakteria itu dikenali sebagai CI1 carbonaceous chondrites.Saintis itu menyatakan hanya terdapat sembilan jenis sahaja bakteria itu di bumi.Dr. Hoover menyatakan ia kelihatan serupa dengan bakteria yang terdapat di bumi seperti Titanospirillum velox.

Dia telah mengumpulkan setiap batu dari tahi bintang yang terhempas, pecahkan batu-batu tersebut dan membuat imbasan untuk mencari fosil yang masih tertinggal.Saintis itu menyatakan kemungkinan setiap organisma yang berada di alam semesta adalah akibat daripada tahi bintang yang jatuh di bumi.Hasil penemuannya itu diterbitkan dalam Journal of Cosmology edisi Mac.

- Agensi

Ini ada satu kisah pelik. Erica, wanita yang telah jatuh cinta dengan Tembok Berlin semasa dia berumur 7 tahun. Bagaimapaun, pada tahun 1961, Tembok Berlin runtuh membuatkan perempuan ini hampir bunuh diri akibat tertekan. Setelah melakukan terapi psikologi selama setahun Eija telah menemui kekasih barunya iaitu Sebuah dinding taman berhampiran rumahnya - malaysiasensasi.net



Seorang pesara yang buta dan dikatakan tak boleh melihat lagi, mendapatkan keajaiban setelah mencium foto isterinya yang telah meninggal dunia, ketika dia ingin tidur. Demikian dilaporkan Daily Mail.

Pesara bernama George Hudspeth dinyatakan buta selama 10 tahun kerana dikatakan mengidap kelainan yang disebut dry macular degeneration. Dia mengalami buta keseluruhan setahun lalu dan dikatakan menghabiskan waktunya dalam kegelapan.

Namun, minggu lalu, penglihatannya kembali normal ketika dia memegang foto isterinya bernama Sheila yang meninggal November 2009. Lelaki yang berusia 76 tahun itu yang juga bekas sarjan yang bertugas di Squadron Quartermaster sangat gembira dan terjaga hingga pukul lima pagi menonton acara televisyen kesukaannya kerana takut penglihatannya hilang lagi - malaysiasensasi.net

Pada 9 November 2012 lalu, heboh di media sosial apabila imej yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai Virgin Mary muncul di cermin tingkap Pusat Perubatan Sime Darby yang terletak di Subang Jaya. Pusat Perubatan Sime Darby merupakan hospital swasta dan imej tersebut telah muncul pada cermin tingkap tingkat tujuh bangunan tersebut. 

Ianya telah menarik perhatian ribuan penganut Katolik yang datang dari serata tempat untuk berdoa dan melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dihadapan perkara yang dianggap sebagai fenomena keajaiban tersebut. 

Ada saksi yang datang beberapa kali mengatakan imej tersebut semakin jelas dari hari ke hari. Tempat khas pula disediakan untuk mereka menyalakan lilin. Akhirnya cermin tersebut dipindahkan ke sebuah gereja untuk diuji oleh pakar-pakar agama.


Terdapat satu blog pengiklanan yang menarik minat kami. Ianya memang percuma dan paling menarik ia tidak perlu daftar atau login untuk memasukkan iklan. Hanya isikan maklumat iklan, gambar dan post. Iklan akan automatik tersiar. Berminat untuk cuba? : Layari: http://goo.gl/GMvRw


BEIJING - Seorang lelaki membuat persembahan unik bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kuil Ditan.

Lelaki itu memasukkan seekor ular hidup yang kecil ke dalam hidung.

Mulut lelaki itu juga dilihat mengandungi ular semasa dia membuat persembahan tersebut. - Agensi


Selain menyambut ulang tahun perkahwinan pada tarikh 31 Januari, penyanyi Ning Baizura dan suami, Omar Shariff kini mempunyai alasan lain untuk meraikan tarikh keramat ini apabila menyambut kelahiran anak pertama mereka pada tarikh yang sama. 

Ning selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Ryan Sky Dalton pada jam 3.06 pagi Khamis lalu. 

Menurut pengurus Ning, Aylwin Santiago berkata kedua-duanya dalam keadaan sihat dan pasangan ini mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang mendoakan kesejahteraan mereka. 

Dalam pada itu, menerusi akaun Facebook miliknya, Ning Baizura menjawab persoalan beberapa pihak yang mempertikaikan maksud nama anaknya. Menurut Ning, secara ringkas nama anaknya membawa maksud 'Kebijaksanaan', 'Pintu Syurga' atau 'Wangian'. 

Sebelum ini, muncul pelbagai pendapat yang menyatakan nama yang diberikan terlalu kebaratan dan tidak membawa sebarang makna.