Koleksi Sensasi


Empedokles adalah seorang filosophi Yunani yang paling terkenal kerana teori klasik dari empat elemen. Dikatakan bahawa Empedokles melemparkan dirinya ke gunung berapi aktif Etna di Sisilia untuk membodohi para pengikutnya agar percaya bahawa tubuhnya telah menghilang ke langit, dan ia akan dilahirkan kembali sebagai dewa.

Sayangnya, salah satu sandalnya tersangkut dan tidak sama-sama jatuh ke gunung berapi, kemudian ditemui oleh para pengikutnya. Ketika itu para pengikutnya sedar bahawa mereka telah dibohongi oleh orang bodoh.

Makan di restoran dengan pemandangan menakjubkan boleh memberi suasana nyaman. Namun, bagaimana kalau restoran tersebut ada di sisi jurang yang tinggi?

Restoran Fangweng yang tergantung ini terletak di Happy Valley di Xiling Gorge. Restoran ini menawarkan pemandangan alam yang indah disekitarnya bagi para petualang yang berani menjejakkan kaki di dalamnya.

Bangunan bata kusam pada bahagian pintu masuk restoran tidak mencerminkan keadaan yang sebenenarnya. Kejutan itu akan anda dapatkan setelah melewati pintu masuk tersebut, dan kemudian anda akan menemukan sebuah tempat yang unik untuk menikmati masakan Cina sambil mengagumi keindahan alam Xiling Gorge.

Kecuali jika anda takut akan ketinggian, maka jambatan beton sempit sepanjang 30 meter yang tegantung secara vertikal di sisi tebing dan menghadap ke Sungai Yangtze mungkin akan menjadi mimpi buruk Aada. Untungnya ada pagar logam yang boleh dipegang ketika berjalan menuju ke dalam restoran yang sebenarnya.


Jambatan tersebut mengarah pada ruang makan yang diukir di sisi tebing, dimana sebahagian besar meja makan disusun di ruangan ini. Ruangan tersebut terasa hangat diterangi oleh lampu tradisional yang tergantung di langit-langit dan dihiasi pula dengan perabot China.

Suasana di dalam restoran fangweng Gua itu sendiri adalah pemandangan yang menarik untuk dilihat, tetapi daya tarik utama dari Restoran Fangwen adalah dua panggung beton yang memanjang jauh dari tebing dimana anda dapat melihat semua keajaiban Happy Valley atau menonton bungee jumping ketika mereka melompat dari jambatan di dekatnya.

Restoran Fangweng menawarkan berbagai macam makanan khas setempat yang berbahan dasar ikan air tawar, bebek, babi dan bahkan kura-kura, yang dimasak baik disiram sayuran atau dibumbui dengan cabai dan bubuk cabai. Namun, walaupun anda bukan penggemar makanan Cina sekalipun, tergantung di sisi tebing dan menikmati keindahan alam dari lingkunagn sekitar, menjadikan restoran ini patut untuk anda kunjungi.



1. Kucing hitam dalam mitos banyak negara barat dihubungkan dengan kejahatan dan kesialan. Tetapi di Jepun dipercaya pembawa keberuntungan.


2. Otak manusia hanya 2% dari keseluruhan tubuh. Tetapi menggunakan 20% oksigen dan kalori dari total keperluan tubuh.

3. Sebuah kapal tanker yang penuh muatan dan melaju pada kecepatan normal, memerlukan waktu 20 minit baru boleh berhenti. Contoh: seandainya kecepatan tanker tersebut 80 km/jam, maka kira sendiri berapa jauh akan tetap melaju sebelum akhirnya berhenti ketika nakhoda berupaya menghentikannya.

4. Katak jenis "Bullfrogs" tidak pernah tidur sepanjang hidupnya

5. Kilat di seluruh dunia terjadi kira-kira 8 juta kali dalam sehari.

6. Kira-kira hanya 11% bahagian pulau dan benua yang ada di bumi ini digunakan untuk pertanian.

7. Jumlah ayam di bumi ini jauh lebih banyak dibanding populasi manusia.

8. Manusia lahir dengan 300 susunan tulang, namun seraya bertumbuh dewasa jumlahnya akan berkurang hingga tersisa 206 tulang saja. Mengapa? Kerana ada beberapa bahagian yang bersatu.

9. Jumlah kangaru di Australia kadangkala lebih banyak dari populasi manusia di benua tersebut. Rasionya kira-kira 2:1

10. Kupu-kupu mencicipi nektar bunga dengan giginya

11. Kura-kura boleh bernafas dengan bahagian belakang tubuh mereka

12. Baik berlari maupun jalan kaki, kita akan membakar 1000 kalori setiap mil.



Admad Idham (kiri) dan Norman Abdul Halim
PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.
Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.
"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.
"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.
Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.
“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.
Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.
Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.
"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.
"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.
Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.
Pemikiran sempit
Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.
"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.
"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.
"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.
Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.
Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.
Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.


Keluarga ini tinggal di utara India yang hampir dengan negara China. China ada polisi 1 keluarga 1 anak. Si suami , Ziona Chan mempunyai 39 isteri, 94 orang anak dan 33 cucu. Mereka sekeluarga tinggal bersama dalam rumah yang bentuknya tak ubah seperti asrama.



Pelajar perempuan ini nyaris maut kerana hobinya yang suka bergambar berhampiran dengan kereta api yang bergerak laju. Dia sudah melakukan banyak kali perbuatanya dan menerima padah apabila bahunya tergesel dengan kereta api tersebut.



Chandigarh (India): Seorang bayi berusia tiga hari dijual datuknya sendiri pada harga RM44,770 melalui laman sesawang Facebook.

Kejadian itu berlaku selepas lelaki terbabit berbohong kepada anak perempuannya kononnya bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan. Polis Punjab berkata, lelaki itu hanya dikenali sebagai Firoz ditawarkan wang bernilai Rs45,000 (RM2,518) oleh seorang jururawat hospital dan temannya yang terbabit dalam sindiket penjualan bayi.

Selepas Firoz mencuri bayi berkenaan, dia menjualnya kepada jururawat terbabit sebelum ia dijual pula kepada seorang ahli perniagaan New Delhi dengan harga Rs800,000 (RM44,770) melalui perjanjian yang dilakukan melalui Facebook. Media tempatan melaporkan, ibu bayi itu hanya dikenali sebagai Noora bersalin di sebuah hospital di Ludhiana pada 8 April lalu dan dibenarkan pulang sehari kemudian.

Namun, pada 10 April, seorang jururawat bernama Sunita dan rakannya, Gurpreet Singh mengambil semula bayi lelaki itu kononnya kerana tidak sihat. Sehari kemudian, Firoz berbohong kepada anaknya dan mendakwa bayi terbabit meninggal dunia.

Pada 12 April, beberapa orang dilaporkan datang ke rumah Noora dan menyerahkan bayaran Rs45,000 kepada Firoz dan lelaki itu meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, Noora mengesyaki sesuatu apabila Firoz tiba-tiba memiliki wang yang banyak dan dia membuat aduan kepada polis mendakwa anaknya hilang.

Pihak berkuasa kemudian berjaya mengesan Firoz di bandar Saharanpur di Uttar Pradesh.

Jurucakap polis berkata, ketika disoal siasat, Firoz akhirnya mendedahkan rancangan jahat berkenaan.

Katanya, polis kemudian bergegas ke hospital tempat Sunita berkerja dan berjaya menemui bayi terbabit. - Daily Mail


London: Pemilik BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah melalui telefon pintar mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian yang mampu menghebahkan aktiviti itu kepada semua kawan mereka.

Kemudahan baru dikenali sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu direka untuk pengguna yang gemar berkongsi video muzik atau lucu di YouTube. Bagaimanapun, sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton klip video lucah melalui telefon pintar itu akan diaibkan kerana aktiviti itu akan dimaklumkan kepada rakan mereka secara automatik. 

Seorang pengguna yang menggunakan nama Sosof di laman forum Crackberry memuat naik paparan menunjukkan bagaimana seorang rakannya menonton video lucah. Sementara itu, pengeluar BlackBerry berkata, kemudahan berkenaan perlu dihidupkan terlebih dulu sebelum dapat digunakan.

Namun, beberapa pengguna mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry dan terpaksa mematikannya sendiri. - The Sun


Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.

Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai ‘pengemis kaya’ dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dari mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30 – $50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300 – $800 (sekitar RM900 – RM2400).



Pada tahun 1955 sebuah kapal disewa oleh sekumpulan nelayan seramai 25 orang yang digunakan untuk menangkap ikan di perairan Pasifik Selatan. dalam persetujuaan antara pihak penyewa dan pemilik kapal yang harus melapor setiap satu jam sekali namun pada jam ke 7 kapal tersebut tidak melaporkan diri. Demi keselamatan para awak kapal maka dikerahkanlah pasukan SAR untuk mencari kapal tersebut.

Setelah pencarian yang melibatkan semua pasukan SAR yang ada. The Joyita tak ditemui juga, sampai akhirnya 5 minggu kemudian ditemukan terapung-apung sejauh 1000km dari tempatnya menghilang.

Ketika kapal ditemukan tak seorang pun dari 25 awak-awak kapal tersebut di temui, pasukan SAR hanya menemui kerosakan -malaysiasensasi.net- yang didakwa dilakukan oleh lanun yang telah menyerang kapal ini. dari hasil penyeledikan pula ditemukan beberapa titisan darah di dek kapal, dikatakan lanun membunuh semua kru kapal dan melemparnya ke laut.-malaysiasensasi.net


Siapa pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini? Lelaki yang sering berjubah ini dikatakan mempunyai ilmu luar biasa terutama dalam bidang matematik dan fizik. Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.
SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.
Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.
Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.
Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.

Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.

Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.
Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’ percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!
Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane). Jadi saya merumuskan, ‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.
Pada hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.
STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.
NORUL RIDZUAN

Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )
amekaw


Seorang peragut dibelasah teruk oleh orang awam setelah cubaanya untuk meragut seorang lelaki gagal. Video yang dimuat naik di Youtube siang tadi memperlihatkan peragut itu berada dalam keadaan berlumuran darah. 

Menerangkan kejadian yang berlaku oleh pihak yang memuat naik video berkenaan, peragut tersebut dikatakan cuba untuk meragut seorang lelaki India yang baru sahaja keluar dari sebuah bank. 

Tindakannya bukan sekadar meragut, tetapi juga dia telah menetak mangsanya di bahagian muka. Namun dia kemudiannya berjaya ditahan orang awam. Mereka yang marah dengan perbuatannya itu bertindak membelasahnya sehingga dia pula berlumuran darah. Kejadian dipercayai berlaku di Maybank, Seremban 2. 

 Melihat pada video yang dimuat naik, pihak polis telah menahan peragut tersebut dan parang yang digunakan untuk menetak mangsa juga telah dirampas. Melihat kepada klip kejadian seperti itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti bank.


KAMPALA - Presiden Uganda, Yoweri Museveni mendermakan satu guni wang tunai kepada sebuah pertubuhan belia tempatan, Busoga Youth di timur negara itu.

Wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM303,649) itu bertujuan untuk pelbagai aktiviti pembangunan belia.

Karung berisi wang itu diserahkan kepada Menteri Kebajikan Belia dan Kanak-Kanak, Ronald Kibuule sebelum disampaikan kepada wakil pertubuhan belia berkenaan pada satu majlis di ibu kota Uganda di sini.

Penyerahan derma itu pada hujung minggu lalu telah menjadi buah mulut di Uganda sekali gus meningkatkan populariti Museveni.

Bagaimanapun, pihak pembangkang menuduh Presiden itu menggunakan derma tersebut untuk membeli sokongan golongan belia pada pilihan raya akan datang. - Agensi



Seorang lelaki lanjut usia dari Ziyuan, China Selatan, menjadi perbincangan di dunia perubatan. Datuk 84 tahun ini mempunyai sebatang aneh berukuran tiga inci atau tujuh sentimeter. Yuanfan bercerita, tanduk di kepalanya mulai tumbuh sejak dua tahun lalu. Sejak itu tanduknya terus tumbuh. "Saya mencuba memotongnya tetapi terus tumbuh. Saya tak dapat mengubahnya, makin besar," ujarnya

Namun, tanduknya tak boleh tumbuh lebih tujuh sentimeter. "Doktor tak mengetahui apa yang terjadi pada saya. Saya menyembunyikan tanduk dengan mengenakan topi tetapi risau akan terkeluar bila bertambah panjang," kata Yuanfan.


Seorang lelaki Thailand dilaporkan maut di hadapan komputernya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama beberapa malam.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi di biliknya di wilayah Samut Songkhram, barat daya Bangkok, semalam.

Pegawai polis tempatan, Chaichana Boonrod berkata, mangsa dipercayai ketagihan bermain permainan video dan mengalami kesukaran untuk tidur, menyebabkan mangsa bermain dari waktu malam hingga pagi.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - AFP


BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah. 

Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.

Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.
Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.

Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.

Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. - Agensi



Bayangkan kita di tempat mereka!

Sekumpulan pendatang haram Israel mentertawakan wanita ini setelah wanita ini dan keluarganya dihalau keluar dan dirampas rumahnya di Sheikh Jarrah, kawasan timur Jerusalem oleh tentera Zionis.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada wanita ini dan keluarganya!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=190385714441779&set=a.139304602883224.31869.139135149566836&type=1&theater


Ada yang lagi jadi berita kecoh di dunia politik India ni. Seorang menteri di pemerintahan di Madhya Pradesh, Gauri Shankar Bisen, dirakam kamera sedang diikatkan tali kasutnya oleh seorang remaja ketika sedang menghadiri acara di Chhindwara. 

Bisen berkata, "budak itu mengetahui bahawa saya baru saja melakukan pembedahan bypass dan pembedahan hernia. Doktor menyarankan saya untuk tidak membongkok terlalu kerap. 

"Saya mengakui itu adalah kesalahan saya dan saya minta maaf untuk itu. Saya bersumpah mulai sekarang dan seterusnya, saya tidak akan memakai semua kasut yang bertali," tambahnya. "Saya telah membawa dari 6 pasang kasut tanpa tali," ujar anggota dari parti Bhartiya Janta Party (BPJ) ini.


Satu kemalangan mengerikan dan misteri berlaku pada awal ogos lalu di Ukraine. Dalam kemalangan tersebut didapati mangsa lelaki dan perempuan. Kemalangan yang terjadi pada sebuah kereta jip putih ini disamping mengerikan juga agak janggal. Menurut siasatan polis tempatan kereta ini sebenarnya dalam keadaan terparkir, tapi entah bagaimana kereta ini boleh terjun ke sebuah jurang. Kemungkinannya adalah rem tangan brek tidak berfungsi.

Warga tempatan yang menyaksikan insiden tersebut mengatakan, kemungkinan sepasang lelaki dan perempuan ini sedang menikmati seks liar di dalam kereta hingga menyebabkan terganggunya brek tangan dan menyebabkan kereta tersebut meluncur ke jurang.

Dugaan tersebut dikuatkan dengan keadaan mangsa perempuan ditemui dalam keadaan hampir bogel dan di dapati ceceran sperma diatas kenderaan tersebut.

Dari sumber yang diperoleh, gambar ini dikatakan diambil di negara Arab. Kelihatan ular raksasa di atas sebuah lori yang panjang. Tetapi MS percaya yang gambar ini adalah tipu. Perhatikan manusia atas kepala lori tersebut, ia seperti askar mainan 'combat'


MS jumpa gambar ini di carian google. Sangat kasihan melihat kemaluan anak-anak kecil ini berlumuran darah. Bagaimanapun ia kelihatan budak sepertik kes penderaan, mungkin juga mereka sedang disunatkan.

Kanak-kanak berumur 5 tahun meninggal terdampar di atas jalan selama beberapa hari di Halab. Sniper tentera Assad menggunakan tubuhnya sebagai umpan untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghampiri untuk mengambilnya. Nama kanak-kanak ini Rabab.



Lagi Kes Budak Sekolah Bergaduh…Kali Ini PASU TERBANG KE MUKA! | LEPAS satu, satu kes melibatkan pergaduhan di kalangan pelajar sekolah kita yang tersebar dalam internet.

Pelajar lelaki ini bukan saja dikejar beramai-ramai, malah penyerangnya menyerang mangsa dengan pasu bunga!

Lihat video disini :