Koleksi Sensasi


"Ia realistik, besar, unik dan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan," kata seorang pengukir muda yang mencintai ukiran kayu hanyut sejak zaman persekolahan.

Jeffro Uitto berasal dari Tokeland, Amerika Syarikat (AS), melebarkan sayap kreatifnya menerusi kayu-kayu dan akar yang dikutip di pinggir laut Washington kemudian mengukirnya mengikut imaginasinya.

Menurut Uitto, beliau hanya mengukir objek bersaiz melebihi manusia yang mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan.

"Paling cepat pun saya hanya mampu menyiapkan satu ukiran dalam tempoh sebulan," katanya dipetik MailOnline


Disebabkan terlalu mencintai dunia ukiran, Uitto berjaya membuka sebuah kedai menjual hasil kreativitinya itu di Tokeland.

Hasil kerja tangannya kini, amat popular di kalangan penduduk tempatan dan sering mendapat tempahan eksklusif.

"Saya sangat sukar bekerja dengan kayu kerana ia indah, bentuk semula jadi dan memberi nafas baru kepada saya.

"Saya sering menggabungkan ukiran dengan pelbagai jenis kayu," katanya yang sering keluar mencari kayu hanyut ketika musim sejuk. 


Ramai peminat dunia hiburan Malaysia semalam terkejut dengan berita penahanan Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim untuk kali kedua berkaitan salah guna dadah.

Benjy telah di’bawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan ketika berjalan berhadapan sekumpulan jurugambar, pelakon ini telah bertindak agresif.

Anak dramatis veteran Azean Irdawaty itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar dari merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum bertukar agresif.

Laporan Utusan Malaysia menyebut yang Benjy telah bertindak menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

Benjy telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.


RIAU - Polis Indonesia, mengesahkan telah menahan lagi empat suspek melakukan pembakaran hutan dan semak secara haram di wilayah Riau sekaligus menjadi punca jerebu yang melanda negara itu termasuk Singapura dan Malaysia, semalam.

"Setakat ini, seramai 18 orang ditahan termasuk empat suspek baru," kata jurucakap polis Riau, Hermansyah.

Katanya, dua daripada 18 suspek dikenali sebagai S dan H, ditangkap kerana dipercayai membakar lebih 100 hektar tanah gambut di kawasan Bengkalis.

Sementara itu, seramai 11 suspek telah ditahan kerana turut terlibat membakar kawasan hutan dan semak di daerah Rokan Hilir.

"Tangkapan terakhir berlaku di bandar Dumai membabitkan dua suspek dalam dua kes berlainan," kata Hermansyah. - JakartaPost

DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh mengkritik keputusan oleh Amerika Syarikat (AS), yang mahu mengurangkan perdagangan ke negara itu susulan runtuhan kilang yang mengorbankan lebih 1,100 nyawa, baru-baru ini.

“Perkara ini amat mengejutkan walaupun kerajaan telah mengambil langkah drastik bagi menjamin keselamatan pekerja dan meningkatkan tahap keselamatan kilang bagi melindungi hak pekerja,” kata Menteri Luar, semalam.

Sebelum ini, AS mengumumkan mengeluarkan Bangladesh dari senarai perdagangan bebas yang sebelum ini diletakkan di bawah program  Generalized System of Preferences (GSP) kerana bimbang keadaan bahaya dan tidak selamat akibat runtuhan kilang pada April lalu.

Menurut laporan Al-Jazera, GSP adalah program negara AS yang menghapuskan duti import daripada 127 negara bagi membantu perkembangan ekonomi mereka.

Jika perkara ini dilaksanakan, Bangladesh terpaksa membayar duti bagi membawa masuk produknya ke pasaran AS.

Sejurus insiden runtuhan bangunan, kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan tahap keselamatan bagi pekerja selepas bencana terjadi. 

PRETORIA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berlepas dari Sinegal menuju ke Afrika Selatan pada Jumaat untuk melawat ikon antiaparteid Afrika Selatan, Nelson Mandela yang kini nazak.

Obama menghabiskan masa selama tiga hari di Dakar untuk bercakap mengenai demokrasi di Afrika dan melawat Pulau Goree yang menjadi simbol kepada perdagangan hamba.

Ini merupakan pusingan pertama lawatan Obama ke rantau Afrika yang turut melibatkan Tanzania.

"Saya menyifatkan beliau sebagai hero untuk dunia. Sekiranya beliau sudah tiada nanti, satu perkara yang saya fikir semua orang tahu ialah warisan yang ditinggalkannya," kata Obama.

Obama mengakui bahawa Mandela merupakan inspirasi buatnya untuk terlibat dalam dunia politik. Kedua-dua tokoh itu pernah berjumpa pada tahun 2005 di Washington.

Mandela yang akan menyambut ulang tahun ke-95 pada bulan depan kini dirawat di sebuah hospital di sini kerana mengalami jangkitan paru-paru.

Dalam perkembangan berkaitan, satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh penduduk tempatan kerana membantah kehadiran Obama ke negara tersebut. - Agensi

Mengapa dikatakan peperangan yang pelik? Apa tidaknya, kerana ada punca peperangan hanya disebabkan menembak seekor babi. Ada pula negara berperang disebabkan sukan bolasepak.
Ada peperangan hanya berlaku selama 40 minit sahaja, dan ada pula peperangan berlanjutan hingga ratusan tahun, tetapi tiada seorang pun yang terkorban. Baca lebih lanjut tentang sejarah 7 peperangan ini.
1: The Anglo-Zanzibar War: Perang Paling Singkat Dalam Sejarah, Hanya 40 Minit
The Anglo-Zanzibar War merupakan peperangan aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.
The Anglo-Zanzibar War – Foto Wikipedia
Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.
Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.
2: The Pig War: Terjadi Kerana Menembak Seekor Babi
Pig War atau Perang Babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.
Pig War
Watak-watak utama dalam Pig War
Perang Babi, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor babi, juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. Babi adalah satu-satunya ‘mangsa’ perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.
3: 335 Years War: Berlanjutan Selama 335 Tahun Tanpa Ada Korban 
Peperangan 335 Tahun - Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom).
Gambaran Peperangan 335 Tahun
Gambaran Peperangan 335 Tahun
Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah.

Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.

4: Moldovan-Transdniestrian War - dimana pegawai-pegawai tentera kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari
Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.
Moldovan-Transdniestrian War
Moldovan-Transdniestrian War
Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama.
Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.

5: Emu War: Memalukan – Australia Kalah Perang Menentang Burung Emu
Emu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia.

Karikatur Emu War - Peperangan Yang Memalukan Australia
Karikatur Emu War – Peperangan Yang Memalukan Australia
Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang, panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air. Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru.
Sarjan S. McMurray & J. O'Halloran bersenjata Lewis Machine Gun menembak burung Emu
Sarjan S. McMurray & J. O’Halloran bersenjata Lewis Machine Gun
menembak burung Emu, tetapi tidak seekor pun yang mengena.
Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan.

Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith – komander Australia dalam ‘Emu war’ – hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu ‘Emu War’ berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.

6: The Football War: Puncanya Bolasepak
Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fútbol – dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras.

The Football War
The Football War
Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.

7: War of 1812: Disebabkan Oleh Kerosakan Komunikasi Telegraf
War of 1812Juga dikenali sebagai Mr Madison’s War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.

War of 1812
War of 1812
Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.
Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.
Sumber: Oddee.com | Wikipedia

Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.

Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama “ganas” Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.

Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum.

Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk “TRAITOR” yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry.

Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;

“I had all the freedom in the world,But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.

Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.

Butchart Gardens adalah nama sebuah taman bunga yang berada Brentwood Bay, British Columbia, Canada dekat pulau Victoria dan Vancouver. Taman bunga disebut-sebut oleh banyak orang sebagai kebun bunga terindah di dunia.  kerana ternyatanya Butchart Gardens memang mempunyai pemandangan yang sangat Indah.

Kebun yang diberi nama sesuai nama tokoh pelopor pembangunanya (Robert Pim Butchart dan isterinya Jennie Butchart) ini mempunyai banyak koleksi bunga yang beraneka jenis serta penuh warna warni. Bunga-bunga penuh warna inilah yang menjadi pusat keindahan taman ini. Selain itu, masih ada lagi air terjun The Ross Fountain yang  menambahkan keindahan taman bunga ini.

SYDNEY - Empat rakyat China yang menjalankan perniagaan di Papua New Guinea ditikam hingga mati di negara Pasifik Selatan itu.

Jurucakap polis, Dominic Kakas berkata, mangsa-mangsa itu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dibunuh pada malam Isnin lalu di kedai mereka di Pelabuhan Moresby.

Beberapa pembunuh memasuki kedai berkenaan melalui pintu belakang, mengancam mangsa dan menikam mereka dengan pisau.

Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill semalam menyifatkan serangan tersebut sebagai kejam dan pengecut.

"Saya mahu memberi jaminan kepada pemerintah China dan ahli keluarga mangsa bahawa polis akan memburu serta membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.

Polis sudah menyoal beberapa orang termasuk para pekerja di kedai itu. Namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pemerintah Papua New Guinea baru-baru ini mencadangkan beberapa langkah baharu sebagai tindak balas kepada peningkatan jenayah ganas berprofil tinggi.

Pada Februari lalu, seorang wanita diseksa dan dibakar hidup-hidup di hadapan beratus-ratus orang kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam. - AP


PRETORIA - Anggota keluarga Nelson Mandela berkumpul di sebuah hospital di sini untuk mendengar bacaan doa mengharapkan ikon anti apartheid itu pergi dengan tenang.

Paderi Besar Cape Town, Thabo Makgoba melawat Hospital Jantung Mediclinic di sini bersama isterinya kelmarin untuk mendoakan Mandela yang sedang nazak.

Pernah dipenjara selama 27 tahun kerana menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Afrika Selatan, Mandela dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lalu kerana jangkitan paru-parunya berulang.

Beliau juga merupakan Presiden kulit hitam Afrika Selatan yang pertama.

Semasa 19 hari terlantar di hospital, keluarganya dan masyarakat dunia hanya mampu melihat keadaan kesihatan pemimpin berusia 94 tahun itu semakin merosot.

Dalam pada itu, lebih ramai anggota polis dilihat berkawal di kawasan kejiranan Mandela semalam berbanding hari sebelumnya.

Di luar hospital, orang ramai tidak berhenti menghantar kalungan bunga dan mesej ucap selamat dengan sebahagian mereka menyanyikan lagu pujian kepada Mandela.

"Saya berada di sini kerana Tata (bapa) Mandela," kata penduduk berusia 38 tahun, Tolly Mogane.

"Berkat perjuangan Mandela, hari ini saya bebas, tiada siapa yang akan menghalau saya dari sini," tambahnya.

Selepas dibebaskan dari penjara pada 1990, Mandela melakukan rundingan yang menamatkan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan.

Beliau kemudian memenangi pilihan raya pertama di negara itu yang diadakan melalui proses demokrasi sepenuhnya.

Mandela memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan selama satu penggal, sebelum mengambil peranan baru sebagai seorang negarawan dan aktivis kempen memerangi AIDS.

Mandela membuat keputusan untuk menjalani kehidupan lebih tenang bersama keluarganya pada 2004.- AFP

KUALA LUMPUR - Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti.

"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.

"Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Utusan Online melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu pada Khamis di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," kata sumber polis.

Tulang sulbi

atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bagian terbawah dari tulang belakang.

Tulang sulbi ini adalah tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bagian tubuh manusia akan rusak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

fakta, bahwa hadits ini benar.

Seorang dokter yang berama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 menit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi mereha kemudian menghitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.

Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke labolatorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman. Nama labolatorium itu adalah (Al Olaki Labolatory) 

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.

Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui.

1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?

silverheritage


 HYDERABAD - Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews.

Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini.

Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam.

Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup.

Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun.

Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit.

"Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy.

Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu.

Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi

Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan dan guru-guru sekolah turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu’ ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya.
اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
Tuntulah ilmu walau ke negara China
Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajin belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar.
Hadith ini dinilai maudhu’ kerana ‘illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu.
Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):
“Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab” (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba’dhi Ahadith Maudhu’ah wa Saqimah)

Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..
Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga

Latarbelakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus:

Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Buaya muncul dari air di taman ekologi di Nanjing, China, pada 8 September dipercayai ada kaitan dengan gempa bumi /tsunami .
ikan pari merah telah dilihat berenang di hulu sungai Isumi di Chiba, Jepun beberapa kali sejak Selasa di percayai membawa amaran gempabumi/tsunami akan berlaku.

Macamnilah kehidupan manusia yang tiada otak. Pandai buat tapi tak pandai nak jaga. Budak ni ke syurga kamu yang membuang bayi ini ke mana akhirnya tempat kamu nanti - posted@malaysiasensasi.net


Warga dari sebuah kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemui seorang lelaki yang menggunakan dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir. Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu.

Setelah mengetahui bahawa ayahnya memakan anak, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, dimana dia telah ditahan. Polis mengatakan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang yang parah.

Ketua Polis Tabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk disoal siasat. “Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri,” kata Sersan Tapea. “Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam,” katanya.

Sersan Tapea mengatakan suspek utama telah dikenal pasti . “Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upacara untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti,” katanya.

Tape juga mengatakan suspek memiliki rekod sejarah tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal itu terjadi padanya. “Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah,” katanya.

Pada 2009, lebih 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan dengan sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup.

Sejumlah paderi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengarahkan supaya mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi.
pg:gambar hiasan


Putera Salim merupakan anak dari seorang kaisar Akbar (kaisar dari The Great Mughal) dan isterinya Mariam-uz-Zamani. Putera Salim dikenal sangat sukar dikawal dan tidak sopan yang jatuh cinta pada seorang pelayan istana bernama Anarkali. Mereka berdua saling jatuh cinta, namun perkara itu tidak direstui oleh ayahnya yang menganggap Anarkali sebagai wanita penggoda.

Ayahnya kemudian mencari segala jalan untuk memisahkan anaknya dari Anarkali. Si ayah kemudian mengirim Putera Salim untuk satu tugas, dan ketika itu juga Anarkali dikuburkan hidup-hidup di tembok batu. 

Hanna' Yusuf merupakan seorang doktor yang bertungkus lumus siang dan malam merawat mangsa-mangsa kezaliman rejim Basyar dan pakatannya di Hospital Qusair.

Tanpa gaji dan peralatan perubatan yang cukup, beliau mewaqafkan dirinya merawat semampu mungkin mangsa kekejaman rejim Basyar.

Setelah beberapa lama selesai sudah tugas beliau. Asy-Syahidah Hanna' telah gugur syahid akibat terkena bom yang digugurkan oleh tentera rejim di Qusiar.

Semoga Allah merahmati beliau.


Lagi bukti jenayah kejam Diktator kuku besi Syiah Assad. Kononnya Syiah menggunakan nama Palestin sebagai tiket untuk membunuh Sunni, tetapi kini kata-kata mereka telah memakan diri mereka sendiri. Pelarian Palestin di Kem Palestin turut menjadi target bom-bom mereka.

Khan El Sheeh kem pelarian Palestin, wilayah Damsyik, 19-06-2013: Tentera Rejim Syiah telah menjalankan satu lagi pembunuhan beramai-ramai yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak di Khan El Sheeh iaitu sebuah kem pelarian Palestin, sebahagian besar mereka yang syahid adalah pelarian Palestin yang sebelum ini dipindahkan daripada Kem Yarmouk iaitu sebuah Kem pelarian di bandar Damsyik.

Mereka yang telah Syahid berlindung di sekolah UNRWA di dalam kem itu, dimana rejim telah mengsasarkan bom apabila mengetahui bahawa sekolah itu telah digunakan sebagai tempat perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak pelarian.


Beginilah nasib ribuan wanita Syria sehari-harian. Kebanyakan mereka akan ditangkap oleh rejim Basyar dan pakatannya. Ketika ditangkap, mereka akan dirogol dan diseksa secara kejam. Selepas itu mereka akan dibunuh dan ditinggalkan di jalanan Syria.

PETALING JAYA: Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubatan Redzwani Puteri, 25, dilaporkan berakhir sejak 10 hari lalu.

Akhbar Berita Harian melaporkan perkara tersebut telah disahkan oleh saudara pihak perempuan bahawa keluarga Redzwani telah memutuskan hubungan tersebut pada 10 Jun lalu.

"Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu nemanya dikaitkan lagi dengan Shah.

"Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir pada hujung minggu lalu," ujar wanita itu.

Perbincangan tersebut hanya melibatkan ibu bapa kedua-dua belah pihak sahaja tanpa disertai Sharizal dan Redzwani.

Pihak perempuan difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu.

Sementara itu, wanita itu turut menolak dakwaan wanita yang merupakan pasangan khalwat Shahrizal mendakwa pertunangan tersebut diaturkan oleh keluarga.

"Perkara ini agak sensitif, kami tidak rasa pertunangan ini berlaku atas paksaan, sebaliknya mereka suka sama suka.

"Jika secara paksaan sudah tentu majlis tidak dilakukan secara besar-besaran," jelasnya.

Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

Pelik..pelik…memang pelik masyarakat sekarang. Kalau anda bukan seorang yang jenis beramal soleh, tak perlulah perlekeh aksi yang sepatutnya orang beriman lakukan, memalukan dan hanya mengundang dosa sahaja.

Sekeping gambar yang kami perolehi ketika melayari Facebook amat memalukan.

Gambar ini menyaksikan seorang wanita, yang masih bertelekung, sambil memegang payudaranya untuk bergambar. Walaupun asetnya itu tidak diperlihatkan secara terang-terangan, namun amat jelas apa yang sedang dipegangnya!

Kemudian gambar tersebut dimuat naik ke akaun facebook beliau. Entah apa tujuan dilakukan perkara sedemikian.
Melihatkan akaun FBnya yang tidak aktif, wanita ini ada memuat naik beberapa keping gambar lain yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang, mungkin suaminya, tapi, rasanya tak perlulah dibuat secara terbuka perihal ‘dalam kelambu’ anda, simpan aja…royoplus

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan bahawa beliau tidak bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia sebagaimana dilapor sebuah portal berita baru-baru ini.

Katanya, tidak ada keperluan baginya untuk bertemu Perdana Menteri secara rahsia, sebaliknya kunjungannya ke negara jiran itu adalah atas jemputan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

"Saya bertemu Presiden Susilo selama hampir satu setengah jam. Sudah tentu saya gembira bertemu dengan beliau dan berterima kasih kepadanya atas pengiktirafan (jemputan) itu," katanya, semalam.

Anwar berkata, beliau boleh bertemu Najib secara terbuka di Parlimen dan tidak ada keperluan bagi mereka untuk bertemu secara rahsia sama ada di Jakarta atau di London.

"Kami juga boleh bertemu di pejabat Perdana Menteri," katanya mengulas laporan portal itu yang antara lain menyebut, pertemuan mereka mungkin berlaku untuk bantu Najib mengelak usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat selepas BN mencatatkan keputusan kurang meyakinkan pada PRU13. Ini juga dikaitkan kemungkinan Presiden Umno itu dicabar pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Indonesia, menafikan laporan mengenai pertemuan itu. Najib ke Jakarta pada masa Anwar pula di Bali.

Ditanya mengenai kecaman sesetengah pihak terhadap tindakannya mengadu kepada Susilo mengenai keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang dan didakwanya sebagai berunsur penipuan, Anwar berkata, bukanlah satu jenayah baginya untuk bertemu pemimpin dari negara lain.

"Beliau (Susilo) pula wakili negara demokratik," katanya.

Pada sidang media sama, Anwar mengecam polisi ekonomi negara dengan menyelar penubuhan Jawatan Kuasa Dasar Fiskal yang diumum Najib kelmarin, sebagai usaha untuk menekan rakyat. ~sinar harian

Mungkin ada sesetengah kita merasa bangga apabila rambut ditumbuhi uban kerana ia mencerminkan kematangan.  Namun tidak kurang juga yang mencabut uban kerana malu dianggap semakin tua.

Bagi kita orang Islam, uban mempunyai keistimewaannya seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban).iislamku

Video kat bawah, seorang lelaki telah dirasuk oleh hantu ketika mahu mengambil minuman dari dalam peti sejuk di sebuah pasaraya..Kalau diteliti betul-betul video yang gua letak kat bawah ni, terdapat penampakan hantu tersebut di dalam cermin peti sejuk terbabit..
Perhatikan masa lelaki tu buka pintu dan tengok betul-betul di cermin.., terdapat satu bayangan seolah-olah seorang wanita berpakaian putih disitu..
Dan semasa lelaki malang tersebut jatuh pengsan, perhatikan dengan teliti di cermin pintu peti sejuk tersebut sekali lagi..
Anda akan nampak bayangan putih keluar dari badan lelaki tu dan secara tiba-tiba tisu-tisu diatas rak terjatuh dengan sendiri…
sumber

Kisah ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.



Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.

Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong.

Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…”

Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…