Koleksi Sensasi

Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam. Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.


Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggu.


Betapa bahagianya adik kecil kita ini saat pertama kali mendapatkan boneka barunya.

Senyuman manis kembali mengembang di wajahnya setelah berbulan-bulan ia hanya dapat menangis kesakitan dan selalu dalam keadaan ketakutan.

Anak ini berasal dari Jisr Syagur, barat laut Idlib. Dia terkena ledakan bom dan mengalami luka parah. Kedua orang tua gadis kecil ini tidak memiliki wang untuk pengubatannya kerana seluruh harta yang mereka punya telah hancur, ditambah lagi mereka berada di daerah yang dikepung pasukan-pasukan Syiah.

Berbulan-bulan lamanya anak ini harus bersabar menahan rasa sakit yang tak terperi.. Ibu anak ini hanya dapat menangis dan berdoa tanpa tahu dapat berbuat apa, kota mereka di kepung dan diserang sepanjang hari.. tanpa ada elektrik dan sulitnya mendapatkan air.. Tak ada orang yang dapat masuk ke kota untuk menolong mangsa yang cedera dan membawa bantuan makanan.. Tidak ada seorang pun yang dibiarkan keluar untuk berubat, Keluar bererti sama saja menjemput kematian...

Beginilah keadaan saudara-saudara kita di Syria..Dan inilah yang harus mereka hadapi setiap harinya..Anak-anak di Syria harus mengenal kesabaran sekeras baja sejak kecil, sabar menghadapi sakit akibat terkena serangan peluru dan bom... sabar harus kelaparan... sabar tanpa tempat tinggal dan hanya berselimutkan dinginnya udara dan lembabnya tanah.. Mereka harus bersabar meski sepanjang hari selalu dalam keadaan ketakutan...

Ya Allah... Dibulan yang Engkau berkahi ini, kami mohon berikanlah Pertolongan dan Kemenangan bagi saudara-saudara kami di Syria.. Karuniakan kepada mereka rizki yang cukup ya Allah...Dan lindungilah saudara-saudara kami ini ya Allah.. Engkaulah sebaik-sebaik Penolong...

KUALA LUMPUR: "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.

Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.

"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya.

Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.

Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.

"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.

"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.


Gambar fail Norsiah (kiri) bersama Farid dan Diana pada majlis pernikahan pasangan itu pada tahun lalu.

Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.

Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.

"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.

"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.

Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.

"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.

"Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya."

Soalan; assalamualaikum..ustaz saya nak tanya satu soalan.Apa hukum seseorang yang sudah baligh mandi dalam keadaan telanjang?
Jawapan;
Mandi telanjang jika di khalayak ramai hukumnya haram. Adapun di tempat tersembunyi atau tertutup, diharuskan.
[1] Menurut Qadhi ‘Iyadh; hukum harus ini adalah pandangan jumhur (majority) ulamak. Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya).
Maka mereka (yakni Bani Isreal) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Isreal.
Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).
Jika mandi bertelanjang di tempat tertutup itu haram hukumnya, sudah tentu Nabi s.a.w. akan menjelaskannya dalam hadis di atas. Maka tanpa penjelasan dari baginda, menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah harus. Menurut ulamak; berhujjah dengan hadis tersebut adalah satu cabang dari berhujjah dengan syariat sebelum Islam.
Walaupun harus, namun yang terbaik ialah mandi dengan menutup aurat dengan kain basahan atau sebagainya. Ini kerana terdapat hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”.
Jawab baginda; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?”. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).
Imam Abu Laila menyanggahi pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau tersembunyi kerana air juga mempunyai penghuninya.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, Kitab al-Haidh, Bab Jawaz Ightisal Uryanan Fi al-Khalwah.
Nota kaki;
[1] Secara amnya, harus bertelanjang ketika bersendirian jika ada keperluan seperti ketika mandi, ketika buang air, ketika bergaul dengan isteri dan sebagainya. Jika tiada keperluan, para ulamak berbeza pandangan. Menurut mazhab Syafi’ie (berdasarkan pandangan yang rajah); haram bertelanjang tanpa ada keperluan, yakni; hukum menutup aurat ketika bersendirian adalah wajib kecuali ketika perlu membukanya seperti dalam beberapa keadaan di atas.
Anda mungkin juga meminati:

Han-Hoo-Lie1
SAYA lahir dari keluarga Katolik yang taat, 45 tahun yang lalu di Surabaya, Jawa Timur. Nama asli saya Han Hoo Lie, tapi biasa dipanggil Ireni. Sejak kecil saya sudah mendalami agama. Ketika SD saya ikut privat agama di biara, dan itu berlangsung hingga saya SMP kelas dua. Mungkin, lantaran sering bergaul dengan para suster di biara itu, dalam diri saya timbul keinginan untuk menjadi seorang suster (biarawati).
Dalam pandangan saya, alangkah mulia dan sucinya seorang biarawati itu, karena dia telah mengabdikan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Dengan kesederhanaan hati dan penuh kasih sayang mereka membimbing orang -orang ke arah iman Yesus Kristus. Sungguh, saya ingin sekali seperti mereka. Keluarga saya mendukung sepenuhnya cita-cita saya itu.
Maka, untuk mewujudkan cita-cita itu, sejak kecil saya sudah aktif dalam kegiatan gereja. Karena aktivitas saya itulah, sejak kelas satu SMA saya sudah terpilih sebagai Ketua Presidium Yunior Ligio Maria. Organisasi ini bergerak dalam bidang karya, kerasulan, dan doa. Begitu tamat SMA, saya langsung masuk ke sekolah susteran (biarawati) di Bandung.
Selama menempuh pendidikan di sekolah biarawati itu, selain mengikuti kuhah di biara seperti umumnya para calon suster maupun suster muda, saya bersama salah seorang teman diberi tugas khusus untuk kuliah di Institut Filsafat dan Teologia Bandung. Saya tidak tahu mengapa saya yang diberi tugas itu. Memang saya akui, bahwa di antara teman-teman di biara itu sayalah yang paling kritis. Kalau ada sesuatu yang nnenurut logika saya tidak nalar, selalu saya tanyakan. Itulah sifat saya sejak kecil.
Salah satu yang pernah saya tanyakan adalah konsep trinitas (Tuhan Bapak, Tuhan Anak, dan Roh Kudus). Juga status Yesus sebagai Tuhan-kalau memang Yesus itu Tuhan-mengapa tatkala disalib is memanggil-manggil, “Eloy… Eloy…, lama sabakhtani?” (Allah… Allah…, mengapa Engkau tinggalkan aku? (Markus 15 ayat 33)).
Dari jawaban jawaban yang diberikan, semuanya tidak memuaskan hati saya. Jika saya ingin bertanya lagi, mereka selalu memotong, “Jangan dipertanyakan lagi, yang penting kamu imam dan yakini dalam hati. Itu sudah cukup.” Akhirnya saya diam, meskipun belum puas. Karena Institut Filsafat dan Teologia ada mata kuliah studi-perbandingan agama, maka saya pun mempelajari agama-agama yang ada, termasuk Islam. Sejak saat itulah saya mulai membanding-bandingkan, misalnya antara Islam dan agama saya.
Tidak terhitung jumlahnya buku-buku Islam yang saya baca. Cuma, semua buku itu karangan orang-orang di luar Islam. Entah mengapa, ada larangan buku-buku Islam yang ditulis orang Islam masuk ke perpustakaan kami. Untungnya, sejak berangkat dari Surabaya dulu saya sudah membawa Al-Qur’an dan terjemahannya dari rumah. Saya juga heran, kok dulu sempat membawa AI-Qur’an. Mungkin sudah takdir Allah.
Mempelajari Al Qur’an
Terjemahan Al-Qur’an itulah yang kemudian saga pelajari secara sembunyi-sembunyi di biara. Entah mengapa, saya begitu tertarik dengan Al-Qur’an itu. Mungkin karena besarnya keinginan saya untuk membandingkannya dengan Injil. Belum banyak yang saya pelajari, tiba-tiba saya menemukan surat al-Ikhlas.
“Katakanlah (hai Muhammad) Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak, dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia “
Secara tidak sadar, setelah membaca surat al-Ikhlas itu hati saya mengakui, inilah kosep ketuhanan yang sempurna: sederhana tapi gamblang.
Meskipun demikian, bukan berarti kemudian saya bergegas masuk Islam. Pengakuan akan kesempurnaan konsep ketuhanan Islam itu hanya mengendap dalam pikiran. Saya pun terus mempelajari Al-Qur’an hingga ketemu surat Al-Hujurat ayat 13.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Apa yang tertangkap dalam pikiran saya pada waktu itu? Ah, Al-Qur’an ini mengada-ada. Mana mungkin orang seluruh dunia disuruh saling berkenalan? Tetapi anehnya, pikirani saya justru terangsang dengan ayat tersebut. Saya ingin tahu apa maksud Al-Qur’an mengatakan seperti itu. Sava berdialog dengan diri sendiri untuk mencari jawabannya. Saya renung-renungkan, bukankah avat itu menunjukan bahwa Islam itu universal. berlaku untuk semua bangsa dan suku?
Ialu berbagai pertanyaan timbul dalam benak saya, siapakah pengarang Al-Qur’an itu, dan sudah berapa kali mengalami penyempurnaan? Pertanyaan itu timbul karena kitab-kitab suci yang lain sudah mengalami penyempumaan demi penyempurnaan dari masa ke masa. Lalu, mengapa kitab suci ini diberi nama Al-Qur’an?
Betapa terkejutnya saga setelah tahu dari membaca buku bahwa Al-Qur’an itu tidak pernah mengalami penyempurnaan. Demikian pula namanya bukan hasil pemberian seseorang sebagaimana Injil yang nama-namanya diambil dari penulisnya. Al-Qur’an temyata wahyu langsung dari Allah, dan Allah pula yang memberi nama kitab itu Al-Qur’an.
Saya mulai yakin akan kebenaran Islam. bagi saya Islam bukan agama buatan manusia yang bernama Muhammad sebagai mana ditanamkan kepada saya sejak kecil. Islam adalah agama ciptaan Allah.
Masuk Islam
Namun sampai sejauh itu, saya masih belum mau berikrar untuk menjadi seorang muslim. Masih ada perasaan gengsi dalam diri saya. Sebab, image yang tumbuh di lingkungan saya adalah bahwa umat Islam itu bodoh, miskin, kumuh, dan suka amuk. Anggapan seperti itu tergurat kuat dalam benak saya.
Namun, agaknya Tuhan punya ketentuan lain. Dalam suatu perjalanan ke Bandung saya mengalami musibah kecelakaan. Karena kecelakaan itu, mau tidak mau saya mengambil cuti dari biara, pulang ke Surabaya. Setelah sembuh saya sempat kuliah di Jakarta mengambil jurusan sosial kemasvarakatan. Mungkin karena banyak bergaul dengan mahasiswa-mahasiswa Islam, penilaian saya terhadap Islam menjadi lebih objektif. Dan, sejak itulah saya sudah tidak berniat lagi untuk kembali ke biara. Saya merasa biara bukan tempat yang cocok buat saya. Maka, pada saat pulang ke Surabaya saya segera memutuskan tidak akan kembali ke biara.
Secara kebetulan, saat itu sava bermimpi yang sama beberapa kali. Dalam mimpi saya itu, seolah-olah teman-teman di biara berbaris ke suatu arah, sedangkan saya sendiri berbaris ke arah yang berlawanan. Mimpi seperti itu berlangsung sampai beberapa hari. Ditambah lagi, di dalam mimpi itu ada suara yang seakan-akan membisikan bahwa umur saya tinggal 40 hari lagi.
Pada malam berikutnya suara itu membisikan umur saya tinggal 39 hari. Setiap hari selalu berkurang satu hari. Begitu seterusnya. Saya bertanya-tanya, apakah ini suatu kebetulan atau firasat tertentu? Orang tua saya bingung ketika saya ceritakan mimpi saya itu. Berbagai jalan mereka tempuh untuk mengusir mimpi “aneh” itu. sampai-sampai orang tua saya menyelenggarakan slametan bubur sengkolo. Maksudnya untuk menolak bala.
Akan tetapi, walaupun sudah dislametin, toh malamnya tetap saja datang hal yang sama seperti kemarin. Demikian pula hari-hari berikutnya , sampai waktu 40 hari itu habis. Akhirnya saya berpikir praktis saja, “Apalah artinya sebuah mimpi. Toh, saya masih hidup meski ‘umur’ saya telah berakhir menurut numipi itu.”
Namun, satu hal yang tidak bisa saya ingkari adalah suara hati saya sendiri. Suara hati itu selalu membisikkan, “Kalau memang kamu mengakui kebenaran Islam, mengapa kamu tidak berahi dan tidak mampu memeluk agama Islam? Apakah selamanya kamu akan mendustai nuranimu sendiri? Apakah kamu akan terus berada di persimpangan jalan?” Itulah bisikan-bisikan suara hati saya.
Masjid Al-Falah, Surabaya
Lama-lama saya tak kuat lagi membohongi nurani saya sendiri. Akhirnya, sehari menjelang puasa Ramadhan, tepatnya 11 tahun yang lalu saya pun berikrar menjadi seorang muslim di Masjid al-Falah, Surabaya. Kini, sampai mati pun saya ingin tetap sebagai muslim, meski rintangan menghadang jalan hidup saya. (Bambang S / Albaz – dari Buku “Saya memilih Islam” Penyusun Abdul Baqir Zein, Penerbit Gema Insani Press website : http://www.gemainsani.co.id/)
Sumber: http://mualaf.com


Penjara ini lebih dikenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island" di bangun pada tahun 1920-an segala ketidakselesaan ada di penjara ini, terletaknya yang berada di tengah pulau membuat banduan terputus hubungan antara keluarga bukan hanya itu sahaja juga perlu mendapatkan tekanan mental kejamnya dari warden dan ketua warden membuat peraturan yang sunguh tidak berperikemanusian anataranya mereka dilarang saling bercakap cakap antara sendiri jika ketahui mereka akan di pukul oleh Banduan yang gila di dalam penjara akibat tekanan mental ini semua hak asasi manusia telah di langar di penjara ini dan pada tahun 1963 penjara ini ditutup untuk selamanya.

Tulang hidung adalah lembut dan senang untuk
dibentuk. Tanpa melalui proses pembedahan.

Material: Steel and ABS resin
-Comfortable and convenient to use
-Easy tool to sharpen and achieve a high nose
bridge
-Obvious nose lifting effect, no harm to the skin
-Two sizes soft gel pad - you can adjust pressure
to suit your nose
-No pain and clip it on your nose only 10-15
minutes per day, you will get a beautiful and
straight nose
Color: blue

RM15/seunit sekali pos


KLIK UNTUK MEMBELI


BIG SCREEN 2.7Inch

NORMAL CAR DVR ONLY 1.5INCH

Product Description

Features:

HD 1080P video recording.
140 degree ultra-wide-angle camera
Seamless looping video. Do not drain second
auto ignition boot, turn off shut down
Support Motion detection

Specification:
-LCD screen size: 2.7 LTPS
-Camera: 140 A + grade high-resolution ultra-wide-angle
-Language: Russia, Japan, France, Italy, Germany, Western, English, Simplified Chinese, Traditional Chinese, Korean
-File format: AVI
-Video resolution: Maximum 1080P
-Video format: M-JPEG, audio: AAC
-Color effects: Standard
-Continuous loop video: Seamless looping video. Do not drain second
-Truck switch machine: Support auto ignition boot, turn off shut down
-Support Motion detection machine, date of hours, microphone, built-in stere, infrared night vision
-Carrier media: Built-in memory (total 64MB)
-Camera mode: 5 million
-Photo format: JPEG
-Memory card: TF up to 32 GB
-Video output: HDMI
-Video format: PAL / NTSC
-Current frequency: 50HZ / 60HZ
-USB function: USB-disk, PC-camera
-Power interface: 5V 800mA
-Battery: Built-in 600mAh

Package Contents:

1 x F6000 Vehicle Blackbox DVR
1 x Car Charger
1 x USB Cable
1 x Video Line
1 x Holder
1 x English / Korean And Chinese Manual

RM300 termasuk pos



Mencari bilik seminar atau training room dengan harga yang PALING murah, berpatutan dan selesa di Lembah Klang?.

Lokasi kami berhampiran Wangsa Maju, Keramat AU, Taman Melawati Wangsa Melawati.

Dan paling menarik, lokasi kami sangat senang dicari, berpandukan landmark ZOO NEGARA dan MRR2. Semua orang pernah lalu di MRR2 bukan?. Jadi ianya sangat mudah untuk peserta anda mencari lokasi.

Berdekatan stesen LRT WANGSA MAJU, Hanya 10 minit ke lokasi kami. Atau boleh menaiki teksi, dan boleh juga menggunakan perkhidmatan bas rapidKL U21 dari stesen LRT Wangsa Maju.

Kelebihan lokasi kami:
- Parking Percuma
- Banyak kedai makan
- Berdekatan surau
- Senang dicari, landmark mudah di Lembah Klang; Zoo Negara, MRR2, Giat Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat
WAKTU
Kami beroperasi setiap hari (Isnin-Ahad)
Kerusi: 60 kerusi tanpa meja
- Whiteboard dan Marker
- Surau
- Tandas
- Aircond 2hp x 2 unit
- Bilik moderator/urusetia
- Ruang solat/rehat

Berminat sila layari: http://www.bilikseminar.com


Seorang lelaki terkejut selepas mendapati akaun Paypal miliknya mempunyai nilai wang sebanyak 17 angka iaitu melebihi daripada kepunyaan orang terkaya di dunia ketika ini iaitu Carlos Slim Helu.
Lelaki bernama Chris Reynold, 56, berasal dari Delaware, US itu menyatakan bahawa dia sangat terkejut selepas membaca penyata bulanan yang dihantar oleh Paypal melalui email beberapa hari lalu kepadanya yang menunjukkan bahawa terdapat baki wang yang ‘sangat-sangat’ banyak dalam akaunnya..

Raynold turut menyatakan bahawa dia sememangnya telah menggunakan perkhidmatan Paypal sejak dari 10 tahun lalu dengan membeli dan menjual bahagian barangan kereta vintage melalui Ebay dan menyatakan bahawa dia biasanya membelanjakan tidak lebih dari $100 dalam sebulan..
Nilai wang yang dilaporkan oleh media adalah sebanyak 17 angka @ USD 92.233.720.368.547.800 Quadrillion iaitu sejuta kali ganda lebih kaya daripada manusia terkaya di dunia kini, Carlos Slim yang juga merupakan pemilik syarikat telekomunikasi Maestro Mexico

Raynold turut menyatakan keinginannya untuk membeli kelab liga besbol Philadelphia Phillies dan membayar segala hutang selepas terkejut melihat nilai wang dalam Paypal miliknya itu..

Bagaimanapun kekayaan sebagai “orang terkaya di dunia” Chris Reynold hanyalah sementara sahaja apabila selepas dia memeriksa baki akaun miliknya secara online, baki dalam akaunnya hanyalah menunjukkan jumlah sifar kerana telah diperbaiki oleh Paypal yang berjaya mengesan kesilapan tersebut lebih awal..

Paypal mengakui tersilap mengkreditkan jumlah tersebut kepada akaun seorang lelaki (Raynold) sebelum mereka bertindak memberikan sejumlah wang sebagai ‘gantirugi’ atas kesilapan tersebut kepada Raynold, tetapi tidak diketahui jumlahnya lapor CNN.

 Mungkin ada di antara kita pernah melihat atau menonton video demo memasukkan gula-gula mentos ke dalam botol berisi air Coca-cola. Tetapi pernahkah anda melihat kesan apabila seseorang itu meminum air coke sambil menelan gula-gula mentos? 


“Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali Melhem.

Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.

Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas. Melhem memang tetap berpuasa. Namun dia mengatakan, puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat. Terutama bagi isteri dan anak-anaknya. ”Saya dan istri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq,” kata Melhem.

Perbincangan itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang terdekat.

ramadan kiruna sweden

Petunjuk itu memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian selatan Kiruna mencapai 23 jam!

Dari sembilan juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam. Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.

Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi.

Jika disebut tentang Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya’ ini. Sekarang, sila buang jauh-jauh gambaran tak elok tersebut…apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ini.amekaw




SWissMiniGun ini sangat kecil , ukurannya lebih kurang macam anak kunci, tapi bioleh melepaskan peluru dengan kecepatan 270 mph, yang boleh membunuh dari jarak dekat. Pistol ini diakui secara rasmi sebagai revolver terkecil di dunia, dan dipasarkan sebagai barang koleksi. Ukuran panjangnya hanya 5,5 cm. Bahan pembuatnya adalah baja anti karat - MalaysiaSensasi


SUATU hari Rasulullah SAW pulang dari medan jihad fisabilillah. Rasulullah pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah kelihatan Aisyah ra sudah menunggu dengan penuh rindu. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa.

Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah ra dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.

Tiba Rasulullah SAW di rumah dan berehat melepas lelah. Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta. Lalu minuman itu disajikan kepada Rasulullah SAW.

Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut ,tiba-tiba Aisyah berkata, "Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"

Rasulullah SAW diam dan hendak meneruskan meminum habis air digelas itu. Aisyah bertanya lagi, Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu? "

Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang tinggal di gelas itu .Aisyah ra meminum air itu dan dia terkejut dan terus memuntahkan air itu.

Ternyata air itu terasa masin bukan manis. Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang dia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah ra meminta maaf kepada Rasulullah.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab


Mungkin ini merupakan salah satu tradisi paling ekstrim yang pernah saya tahu, tradisi potong jari ini dilakukan oleh suku dani di papua, tradisi potong jari ini dilakukan sebagai perwujudan kesedihan masyarakat suku dani pada acara pengebumian, selain memotong jari, mereka juga melumuri wajah mereka dengan abu dan tanah liat, sebagai ungkapan kesedihan.

Perlu diketahui tradisi ekstrim potong jari pada suku dani ini lebih banyak dilakukan oleh kaum wanita nya sebagai perwujudan rasa sedih dan penyesalan mereka .. Menurut Keyakinan suku dani. Jika orang yang meninggal dianggap kuat, diyakini bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kekuatan sama juga. Dalam rangka untuk menenangkan dan mengusir roh-roh, beberapa amalan mengejutkan diikuti. Gadis yang berkaitan dengan si mayat mempunyai bahagian atas jari-jari mereka dipotong. Sebelum dipotong, jari-jari akan terikat dengan rentetan untuk lebih dari 30 minit. Setelah amputasi, hujung jari dibenarkan untuk kering, sebelum ianya dibakar dan abunya dikuburkan dalam sebuah kawasan khas.

Penjelasan lain yang ditawarkan untuk ritual pemotongan jari adalah bahawa rasa sakit fizikal melambangkan penderitaan dan rasa sakit kerana kehilangan orang yang dicintai. Dalam kes-kes seperti itu, jari akan dipotong oleh ahli-ahli keluarga terdekat, seperti ibu, ayah atau saudara. Dalam ritual aneh yang sama, hujung jari kelingking bayi juga digigit oleh ibu mereka. Ini mungkin berasal dari masa apabila bayi baru lahir kebanyakan meninggal, dari beberapa penyebab. Harapannya adalah bahawa dengan menggigit hujung jari, bayi akan berbeza dari yang lain, dan mungkin akan, hidup lebih lama.

Amalan ini telah dilarang dalam beberapa tahun terakhir. Namun, wanita tua dari suku dani papua ini banyak yang terlihat mempunyai jari yang telah terpotong kerana tradisi ekstrim ini.



Seorang perompak bank kulit putih dikatakan telah menipu polis AS dengan memakai topeng kesan khas seperti dalam lakonan film Hollywood dan sarung tangan, beliau menyamar  sebagai seorang lalaki kulit hitam.

Menurut laporan polis, Conrad Zdzierak, 30, dikatakan telah menggunakan topeng silikon yang di beli dengan harga £ 450  dalam rentetan enam rompakan berani bank di Ohio.

Lima daripada rompakan berlaku pada hari yang sama, 9 April 2010.

Polis di Springdale, Ohio mengeluarkan rakaman CCTV dari bank-bank, merayu bantuan orang ramai untuk mencari apa yang mereka percaya adalah seorang lelaki Afrika-Amerika.

Tetapi selepas tertangkapnya perompak tersebut, pegawai polis mendapati Zdzierak yang tinggal di sebuah hotel berdekatan.

Leftenan Michael Mathis daripada Jabatan Polis Springdale mengakui polis telah terpedaya dengan penyamarannya dan berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu. 




Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Muhammad Shafee berkata pada Isnin beliau menganggap pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding rayuan itu sebagai khidmat awam dan akan menjalankan tugasnya dengan baik.

Beliau berkata ia adalah kali pertama seorang peguam dilantik oleh Peguam Negara untuk terlibat dalam pasukan pendakwaan bagi kes jenayah berprofil tinggi.

Beliau memberitahu dia dibayar gaji untuk memastikan bahawa pelantikannya secara kontrak adalah sah.

"Ia adalah satu jumlah yang kecil semata-mata untuk memastikan kontrak saya sah," katanya yang enggan mendedahkan jumlah tersebut kepada media.

Beliau berkata tiada sebarang konflik kepentingan terhadap saya untuk bertugas sebagai pendakwa raya.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh Peguam Negara dengan fiat (kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata telah diberi kebenaran oleh Peguam Negara di bawah Seksyen 379 CPC untuk bertugas mewakili kerajaan bagi rayuan jenayah.

"Saya menerima surat bertarikh 2 Julai yang ditandatangani oleh Peguam Negara pada 11 Julai. Beberapa dokumen lain mengenai kontrak saya akan dilengkapkan pada Jumaat," katanya.

Jelasnya, beliau juga boleh mengendalikan kes lain selagi tidak wujud sebarang konflik.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

QuranLowYat02
Kecoh sejak akhir-akhir ini di internet mengenai ada penjual bukan Islam didapati menjual Al-Quran digital di Plaza Low Yat, Bukit Bintang dekat sini.
Beberapa blog juga mengulas isu ini selepas ada pihak berjaya merakamkan foto penjual Cina itu dengan beberapa jenis Al-Quran digital di hadapannya.
Ramai juga  yang melayari internet dan mengkritik perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Seperti yang kita sedia maklum, Al-Quran tidak boleh diletakkan di atas lantai, dan untuk memegangnya pula kita perlu mengambil wudhuk dan berada dalam keadaan suci.
Difahamkan lelaki bukan Islam yang menjual Al-Quran ini meletakkan stok jualan mereka di dalam kotak di bawah kaki mereka.
Imam Nawawi R.A bernah berkata, Haram bagi orang Islam membenarkan orang bukan Islam memegang Al-Quran kerana keadaan mereka yang berhadas serta tidak tahu hukum-hukum berkenaan menghormati kitab suci itu.
Oleh itu, WAJIB bagi orang Islam merampas Al-Quran dari tangan orang bukan Islam itu dan jika tidak dilakukan padahal ia berkuasa, berdosalah ia.
Jika menyentuh dari segi isu agama, sememangnya pada kita ia menyalahi syarak.
Jika pihak seperti ini muncul kembali, pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) khususnya perlu bertindak memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka.
Kepada yang menyaksikan perkara seperti ini, eloklah aduan tersebut segera dimajukan kepada Jawi untuk tindakan.
QuranLowYat01amekaw


Bahana terlibat dengan kumpulan gengster dan dadah, seorang lelaki menemui ajal yang dahsyat apabila ditembak sebanyak sembilan kali di kepala dan badannya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Gula menghala ke Semanggol di sini semalam.


Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang belum diketahui identitinya itu ditemui terbaring di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja pada pukul 2.30 pagi.

Difahamkan, pemeriksaan di tempat kejadian menemui tiga kelongsong peluru bersaiz 9 milimeter jenis Luger.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, semakan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang di Puchong, Selangor baru-baru ini.


"Ketika ditemui, mayat mangsa tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu berada dalam keadaan bersandar pada tempat duduk belakang dengan beberapa kesan tembakan di kepala," katanya.

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/