Koleksi Sensasi

KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.

"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.

Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.

Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.

“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.

“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.

Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.

Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.

“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.

Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.

“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.

SEREMBAN – Amat menyentuh perasaan apabila seorang banduan sebak apabila dapat menyentuh dan memeluk anaknya buat pertama kali setelah enam tahun terpisah di sebalik tembok batu. Ketika dijatuhi hukuman penjara, Wan (bukan nama sebenar), 38, terpaksa berpisah dengan isteri yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa melahirkan anak keenamnya itu.

Wan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah mengikut Seksyen 39 A Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dia yang menjalani hukuman penjara enam tahun berasa gembira apabila pertama kali dapat menyentuh dan memeluk anak yang ditinggalkan sejak dari dalam kandungan itu lagi.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya hampir enam tahun baru saya dapat sentuh, peluk dan cium dia. Sebelum ini, ahli keluarga ada datang membawa anak-anak, namun sekadar melihat dan mendengar suara,” katanya ketika ditemui pada program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni Penjara Seremban, di sini, semalam.
Katanya, dia kini insaf dan menyesal atas perbuatannya.

“Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Sudah enam tahun saya tidak dapat beraya bersama-sama isteri dan anak-anak hanya kerana kesalahan diri sendiri.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi dan akan berubah menjadi anak dan bapa yang baik apabila keluar penjara kelak,” katanya.

Wan yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, kehidupannya mula berubah setelah berkawan dengan kumpulan gengster.

“Sejak zaman sekolah saya bercampur gaul dengan budak jahat sebelum terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Saya nak ingatkan orang di luar sana agar berhati-hati dalam memilih kawan. Hidup saya musnah kerana pengaruh rakan,” katanya.

Menurutnya, dia kini belajar kursus membaiki kereta dan bercadang membuka bengkel kereta apabila bebas kelak.

Sementara itu, Pengarah Penjara Seremban, Hafidz Othman berkata, seramai 10 banduan daripada 640 terpilih berdasarkan prestasi baik mereka.

“Penghuni yang berkelakuan baik, berdisiplin dan tidak melakukan kesalahan sepanjang menjalani hukuman layak mengikuti program ini," katanya.

MELBOURNE - Hampir 1,000 orang berhimpun di sebuah gereja di sini semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia yang dibunuh dua remaja kulit hitam dalam kes serangan rambang di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Chris Lane, 22, ditembak mati di bandar Duncan oleh dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ketika dia keluar berjoging pada 16 Ogos lalu.

Dia yang berada di AS kerana mendapat biasiswa besbol akan menyambut hari lahirnya yang ke-23 minggu depan.

"Apabila seorang yang muda belia seperti Lane hilang nyawa, ini satu tragedi tetapi apabila nyawa seseorang hilang tanpa sebab dan tujuan, ia amat sukar untuk diterima," kata bapanya, Peter Lane.

Satu inisiatif mengutip dana dalam talian bagi membayar kos pengebumian Chris sebanyak AS$15,000 kini mengumpulkan lebih AS$170,000 melibatkan sumbangan di Australia dan AS.

Baki wang terkumpul itu akan dimasukkan ke dalam sebuah yayasan di bawah nama Chris.

Dalam pada itu, James Edwards, 15, dan Chancey Luna, 16, didakwa kerana membunuh pemuda itu dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Pihak pendakwa raya memberitahu, tiada bukti menunjukkan pembunuhan itu bermotifkan perkauman walaupun Edwards pernah memuat naik komen-komen berunsur kebencian di laman sosial awal tahun ini.

Menurut polis, kedua-dua remaja itu "bosan dan mahu melihat seseorang mati," untuk mencari keseronokan.

Seorang lagi remaja, Michael Dewayne Jones, 17, yang berkulit putih turut didakwa kerana membantu mereka dalam jenayah itu.

Kes itu membangkitkan kembali debat perkauman di AS yang tercetus susulan insiden seorang remaja kulit hitam Trayvon Martin yang ditembak oleh George Zimmerman dalam satu komuniti berpagar di Florida. - AFP

Isbal ertinya melabuhkan pakaian hingga menutupi buku lali, dan hal ini terlarang secara tegas baik kerana sombong atau pun tidak. Larangan isbal bagi lelaki telah dijelaskan dalam beberapa hadis Rasulullah SAW. Maka selayaknya bagi seorang muslim yang redha Islam sebagai agamanya, menjauhi larangan ini. Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu menolak isbal dengan alasan yang rapuh seperti kalau tidak sombong maka dibolehkan. 
Sebagai penjelasan, dipaparkan definisi Isbal, beberapa hadis Rasulullah SAW serta ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenainya. Wallahua'lam..

DEFINISI ISBAL

Isbal secara bahasa (bahasa Arab) adalah masdar dari asbala, yusbilu, isbalan, yang bermakna irqaa’an ertinya menurunkan, melabuhkan atau memanjangkan. Sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnul A’robi RA dan selainnya adalah; memanjangkan, melabuhkan dan menyentuh tanah, baik kerana sombong ataupun tidak.
(Rujukan:  Lisanul ’Arob Ibnul Manzhur II/321, Nihayah Fi Ghoribil Hadist Ibnul
Atsir 2/339).

BATAS PAKAIAN MUSLIM

Salah satu kewajipan seorang muslim adalah meneladani Rasuullah SAW dalam segala perkara, termasuk dalam permasalahan pakaian. Rasulullah SAW telah memberikan batas-batas syar’ie terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadis-hadis berikut:
  • Rasulullah SAW bersabda: "Keadaan kain sarung seorang muslim hingga setengan betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga diatas buku lali, dan apa yang turun dibawah buku lali maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya." (HR. Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12, disahihkan oleh Al-Albany dalam Al-Misykah 4331).
  • Berkata Syaroful Haq Azhim Abadi R.A.: "Hadis ini menunjukkan bahwa yang Sunnah hendaklah kain sarung seorang muslim hingga setengan betis, dan dibolehkan turun dari itu hingga di atas buku lali, apa saja yang di bawah buku lali maka hal itu terlarang dan haram". (’Aunul Ma’bud 11/103).
  • Dari Hudzaifah R. A. beliau berkata: Rasulullah memegang otot betisku lalu bersabda: "Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga maka tidak ada hak bagi kain sarung pada buku lali. (HR. Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Dishohihkan oleh Al-Albany dalam As-Shohihah 1765).


PETALING JAYA: Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.


Noorshila, 49, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.

"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.

"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).

Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.

"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.

"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya.

Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.

"Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.

"Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.

"Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi," ujarnya.

Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa

Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.


Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
amekaw

Di dalam ajaran Syiah, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.

kitab

Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.

Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.”

Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.

Syiah

Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.

Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya ‘surah al-Wilayah’. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.

Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) ‘Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)’ pada muka surat 180.

Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.
fikrahhalaqah

Kisah dari Abdullah bin Dinar, di mana beliau pernah berkata; aku telah keluar bersama Umar Al Khattab ke Mekah. Tatkala itu turun seorang budak pengembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami.
Gambar Hiasan
Umar pun berkata mahu menguji budak gembala itu, "Wahai budak gembala, engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku."

Balas budak gembala itu; "Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya."

Kata Umar pula; "Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala."

Jawab budak gembala itu lagi; "Kalau begitu dimanakah Allah? Tidakkah Dia Maha Melihat?"

Mendengar jawapan budak gembala itu Saiyidina Umar MENANGIS tersedu-sedan kerana berasa amat terharu mengingatkan rakyat di bawah pimpinannya dipimpin oleh Allah walaupun seorang anak kecil.

Keesokkannya, Umar menemui budak gembala itu dan tuannya lantas memerdekakannya. Umar berkata kepada hamba itu; "Aku memerdekakan engkau di dunia ini dari tuanmu, moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti." 

Allahu a'lam. 

Begitulah tarbiah iman yang mantap di dalam hati orang mukmin. Sentiasa merasakan bahawa setiap apa yang mereka kerjakan Allah Taala sentiasa ada memerhati. 



Adik AZFAR FITRI QUZAIMY bin MOHD RAMDAN SHAHAZUWAN , 2 tahun (240811) di K.Kangsar, PERAK menghidap penyakit kulit yang kritikal & memerlukan perbelanjaan yang besar untuk perawatan & perubatan.

Marilah bersama kita membantu untuk meringankan beban kesakitan adik AZFAR.
Bapaknya (Mohd Ramdan Shahazuwan bin Mat Salleh) hanya bekerja sebagai mekanik & ibunya ( NoorsawalShimah Binti Dahari ) hanya seorang pekerja kedai perabot.

Kirimkan sumbangan sumbangan ikhlas ke akaun ini :-

Nama : NoorsawalShimah Binti Dahari. ( Hp : 011 2414 9976 )
Bank : Maybank.
No Akaun : 158097829723


Video ini dirakam CCTV pada tahun 2011 di Ampang Puteri.. Kemalangan motosikal yang dipandu sangat laju sehingga terbabas dari "flyover" dan penunggang motosikal terbabit terbang ala superman dan mati ditempat kejadian.

Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

Tonton video dibawah:

Ajaran Syiah yang memang menyesatkan tetapi ada juga yang mengatakan ianya adalah ajaran yang benar.
Mungkin Video Ahli Syiah Mencium Mulut Khatib Selesai Khutbah ini boleh membuka luas mata kita untuk menilai apakah ajaran sebegini yang mencium mulut Khatib sebaik sahaja selesai berkhutbah.
Video ini telah berlaku dan dirakam di salah sebuah Masjid di Pendang, Kedah dan Pendang merupakan pusat Syiah terbesar di Kedah dan tempat untuk mendedahkan ajaran Syiah kepada ahli-ahli baru.
Video yang berdurasi 2 minit 3 saat ini juga memaparkan jemaah iaitu ahli-ahli Syiah menerpa kepada Khatib yang membaca Khutbah, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium mulut khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah.
Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan atas kelakuan yang biadap ini. Sebarkan supaya mata yang bertanggungjawab terbuka luas.

Dalam adat mereka , perkahwinan hantu sering dijalankan. Kita juga biasa melihat mereka menjalankan upacara hantu setiap tahun. Di China , orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka berkahwin dengan wanita tersebut. Akhirnya, dua orang perompak tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga, mereka  mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama mayat.
Artikel yang berkaitan tercapai hasrat berkhawin dengan hantu:
Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.
Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.
Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. – Agensi


Seorang penduduk Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara itu.

Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

“Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.

“Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.

“Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya,” kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.

Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.

Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.

Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.

Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput.


Ciri-ciri
  • Fungi Utama: Pen Video Camera
  • Lens Info:
    Visual Angle: 90
  • Memory Info:
    TF microSD kad slot: Max 16GB
  • Transfer method: Mini-USB slot (kabel disertakan)
  • Camcorder (Videocamera) Info:
    Resolusi Video: VGA quality (1281 x 960)
    Audio Recording: Yes
    Video Frame Rate: 30 FPS
    Format Rakaman: AVI
    Video Encoding Format: MJPEG (Motion JPEG)
    Image Ratio: 4:3
    Loopback: NO (bila memori penuh,ia akan padam)
    Audio Format: PCM Audio (24000Hz 192 kb/s 1 channel)
    Recording Size: 32.2 MB per minit
  • Camera Info:
    Photo format: JPEG
    Photo resolution (pixels): 3840 X 2880
    Megapixels: 11 MP (interpolated)
  • Info Bateri:
    Jenis bateri: Built-in Li-ION Polymer
    Kapasiti bateri: 240mAh
    Voltan bateri: 3.7V
    Masa caj: ~ 3 jam
    Masa rakaman ~ 2 jam
  • Computer OS Compatibility for file transfer: Windows ME/2000/XP/Vista/Windows7
  • Certification: CE, FCC, RoHS
  • Dimensions: 143 mm x 13 mm (length x diameter)

Package Content:
  • 1 x PEN DV ( without memory card )
  • 1 x User Manual
  • 1 x USB Cable

    RM70
    harga biasa RM150 ++
    sila hubungi:


Pagi jumaat, 17/5/2013 Rabiatul Adawiyah Bt Ahmad Khairul Adam dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah... 



Didalam kegembiraan menyambut kelahiran permata sulong ini, keluarga dikejutkan oleh doktor bahawa Rabiatul mengalami TGA (Transposition Great Arteries) dimana jantung Rabiatul mempunyai 2 lubang serta injap jantung yg terbalik. 

Oleh itu Rabiatul tidak mendapat oksigen yg cukup seperti kanak2 normal yg lain. Lebih membimbangkan lagi, jantung Rabiatul membengkak dan membentuk seperti kasut.. Doktor mengesahkan Rabiatul perlu dipindahkan ke IJN pada 10/7/2013 seterusnya menjalani pembedahan dengan kadar segera di IJN. Pembedahan tersebut akan menelan belanja diantara RM 50,000.00 hingga RM 60,000.00. 

Hal ini menjadi masalah kepada keluarga Rabiatul kerana tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan tersebut memandangkan jumlah tersebut terlalu besar. 

Walaubagaimanapun keluarga Rabiatul tetap akan usahakan setakat yg termampu.. Disebabkan masalah ini, maka keluarga Rabiatul mengharapkan bantuan drp insan2 yg prihatin utk sama2 menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga Rabiatul utk menampung belanja pembedahan.. 

Kami keluarga Rabiatul mengharapkan bantuan drp kalian. Semoga kalian sudi menghulurkan sedikit sumbangan supaya pembedahan tersebut dapat dilaksanakan. Rabiatul Adawiyah juga mengharapkan doa drp kalian supaya pembedahan tersebut berjaya serta Allah memberikan kesembuhan dan memberi umur yang panjang kpd Rabiatul Adawiyah Bt Ahmad Khairul Adam.. 

Semoga Allah membalas perbuatan kalian yg ikhlas menderma dan mendoakan Rabiatul.

InsyaAllah Rabiatul Adawiyah akn berbakti kpd agama, bangsa, dan negara dewasa nanti..KALIAN YG PRIHATIN DAN IKHLAS BOLEHLAH MENYALURKAN SUMBANGAN TERUS KE AKAUN BAPA RABIATUL ADAWIYAH..
Bank : Maybank
Nama : Ahmad Khairul Adam
No Akaun : 162674097746
Contact Num: 0109240140

" Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya," ujar penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac ketika dihubungi Zass berhubung sambutan dingin penonton terhadap filem terbarunya, Lemak Kampung Santan.

Jelas Hans, ketika memaklumkan kepada wartawan dan peminat bahawa LKS akan disiarkan bersama filem Adnan Sempit pada hari raya pertama, dia tidak pernah sekali pun memberi sebarang komen terhadap filem terbitan MIG itu.

"Bagi saya kenyataan David seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Apatah lagi sejak awal lagi, saya menghormati filem terbitannya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apabila ditanya mengenai saingan filem terbitan kami.

"Ia seolah-olah mahu menarik lebih ramai penonton menonton filemnya dan mengetepikan sahaja filem terbitan saya," katanya.

Hans berkata, dia tidak kecewa apabila penonton tidak memilih LKS kerana hak menonton terletak di tangan penonton.

"Saya akui agak sedih kerana usaha saya selama dua tahun, tidak mendapat sambutan dan pelaburan saya sebanyak RM1.8 juta, hasil simpanan saya tidak mendapat pulangan.

"Tapi ini adalah perniagaan dan saya sebagai penerbit dan pengarah tidak ada hak untuk memaksa apatah lagi memarahi penonton andai mereka enggan menonton filem saya," ujarnya.

Filem terakhir?

Menurut Hans, menyedari mesej dan hakikat bahawa filemnya itu tidak mendapat sambutan, dia tekad mengambil keputusan untuk berhenti menerbitkan sebarang filem selepas ini.

Ujar Hans, kini kecintaan dan pelaburannya dalam industri akan beralih kepada dunia pementasan teater.

"Terus terang saya kata, saya bukan merajuk. Tetapi rakan-rakan perniagaan saya menyedarkan saya bahawa tidak ada gunanya saya melabur dalam industri perfileman. Apatah lagi industri kita tidak kukuh.

"Jadi saya mahu mengikut jejak langkah Datin Seri Tiara Jacquelina, Erma Fatima, yang sudah beralih ke dunia pementasan teater. Saya juga akan mengikut jejak langkah Aziz M Osman, Afdlin Shauki yang juga sudah membuat keputusan untuk tidak lagi menerbitkan filem," katanya yang akan mementaskan teater Lawak Ke Der pada bulan Oktober ini, diikuti pementasan SuperMokh The Musical.

Hans berkata, sebagai penggiat industri seni, dia berharap kementerian membuka mata mengenai slot tayangan yang disiarkan pada waktu Maghrib.

"Antara punca lain kegagalan filem ini adalah waktu siaran yang saya dapat seperti waktu pagi, tengah hari dan juga ketika jam 7 malam, di mana ketika itu kita faham, umat Islam perlu bersolat Maghrib.

"Berbanding filem lain yang mendapat waktu tayangan puncak seperti waktu petang, malam dan juga tengah malam. Jadi saya minta kerajaan atau ketua pengarah membuat sesuatu agar permasalahan ini dapat diatasi," ujarnya.


Adam Iman Hamka, bayi yang berusia 8 bulan dan disahkan doktor mengidap kanser buah pinggang tahap 3. Bayi ini berasal dari Kelantan dan mendapat rawatan di Hospital Universiti Kubang Kerian. Untuk maklumat lanjut dan untuk berhubung terus dengan keluarga bayi ini sila ke

Doakanlah bayi ini boleh sembuh seperti bayi lain.


Al- Fatihah....

Buat Adik Muhammad Syakir Amsyar, anak kecil yang menghidapi penyakit BENGKAK HATI telah kembali kepada Yang Maha Pencipta pagi ini....

Ya Allah...terkejutnya bila mendengar perkhabaran ini....Adik syakir mula mengalami sesak nafas malam td dan telah dibawa ke hospital malam td...

Allah lebih menyayanginya....Berakhir sudah penderitaan Adik Syakir...

Slm takziah buat keluarga Adik Syakir...smoga tabah menghadapi ujian ini...

rujuk link ini

Jom Sebar!!! Khidmat Masyarakat-Anak Kawan Kita EN Hadi Tengkorak Pecah, Kos yang Ditanggung Susu Ensure Sehari Kos RM70, dan kos2 yang lain..

Difahamkan Kawan Kita ini dah sampai jual rumah dan kereta , sekarang tinggal di pondok usang ini..

*En Hadi- Kampung Parit Dato Onn Pontian Johor
No Tel-011-12702984

https://www.facebook.com/pages/KELAB-PENYOKONG-POLIS-DIRAJA-MALAYSIA/114607018573243

Pelakon Neelofa akan meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya apabila membuat keputusan untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat pada tahun depan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia akan menjalani kursus tersebut selama dua bulan yang bertujuan menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.

Sementara itu, Neelofa yang kini sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkongsi pengalamannya bahawa bukan mudah untuk menjadi pelajar dan pada masa sama sibuk di lokasi penggambaran.

Malah pelakon filem Lemak Kampung Santan ini tidak terkecuali melalui saat sukar sehingga pernah berputus asa dalam kedua-dua bidang disebabkan gagal menangani tugas berkenaan.

Penyanyi Ameng (Spring) mengakui merindui suasana menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sahabat handai di luar setelah hampir dua tahun menjalani hukuman penjara.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 45 berkata, suasana beraya di sebalik tirai besi berbeza dan hanya diselubungi dengan perasaan sedih kerana beraya bersendirian.
"Segalanya berbeza, di luar sana saya pernah hidup sebebas-bebasnya, namun di sebalik tirai besi ini perjalanan hidup seratus peratus berubah, namun saya memperoleh banyak pengajaran dan hidayah,"
"Alhamdulillahlah pada hari perayaan kami diberi ruang untuk menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan selain dihidangkan dengan makanan yang agak istimewa berbanding hari-hari lain.
"Anak dan isteri juga ada datang melawat, sokongan moral sebegini menguatkan lagi iltizam saya untuk terus berubah dan menghadapi pelbagai cabaran di sini", katanya ketika menerima kunjungan daripada Persatuan Karyawan Malaysia di Penjara Kluang pada Isnin lalu.
Turut hadir Pengarah Penjara Kluang, Timbalan Komisioner Penjara (TKPj) Mat Rashid Jahlil dan Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah.
Dalam pada itu, Ameng turut mengingatkan golongan artis agar tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
"Kedua-duanya adalah entiti berbeza, ramai beranggapan dengan dadah kita akan mendapat tenaga yang lebih ketika berkarya walhal majoriti golongan seni yang berjaya dan hebat adalah kerana personaliti yang tiada kena mengena dengan najis dadah.
"Lihat saja (Datuk) Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah, mereka tetap hebat dan mantap tanpa dadah," katanya.
Ameng ditahan di Penjara Kluang, Johor bagi menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 bulan, serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.


Kumpulan Search menyifatkan tuduhan pemain dram kumpulan berkenaan iaitu Yazid Ahmad, 51, yang kecewa kerana tidak dipedulikan oleh ahli-ahlinya selepas terlantar sakit hanyalah kata-kata bersifat emosi.

Pemain besnya, Nasir Daud berkata, ahli-ahli Search tidak pernah mengabaikan Yazid tetapi keadaan yang menyebabkan mereka terlewat melawatnya di hospital.

"Sebenarnya dia sudah memberitahu saya yang dia dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Johor pada minggu lalu. Tetapi masa itu kami tak sempat nak melawat, maklumlah masing-masing tengah sibuk dengan urusan keluarga dan Hari Raya. Saya pula berada di Mersing (Johor).

"Kemudian semalam (Rabu), saya hubunginya untuk melawat, dia pula kata sudah berada di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Dan kami ada berborak bercerita tentang hal-hal kerja. Dia tak ada pula bercakap tentang rasa kecewanya itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Nasir diminta mengulas luahan Yazid dalam sebuah akhbar pada Khamis yang kecewa apabila ahli-ahli Search tidak melawatnya yang sedang dirawat di HKL akibat menderita sakit buah pinggang.



Yazid dilaporkan berkata, ketika sakit, beliau seperti dibuang ke tepi longkang.

Pada Sabtu lalu Yazid dikatakan rebah ketika umat Islam menyambut Syawal ketiga di rumah keluarganya di Kluang, Johor dan terpaksa dipindahkan dari Hospital Johor Bahru ke HKL pada hari yang sama.

Dalam pada itu Nasir berkata, kenyataan yang dibuat Yazid itu mungkin ketika dia sedang beremosi akibat tekanan daripada sakit berkenaan.

Bagaimanapun Nasir tidak berasa hati dengan luahan rakannya itu kerana sudah memahami sifat Yazid sejak sekian lama.

"Mungkin ketika wartawan bertanya, fikirannya terganggu. Maka terkeluarlah kata-kata yang kononnya kami ini tidak prihatin dengannya. Biasalah, orang sakit senang beremosi," ujarnya.

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit berkenaan.

Sementara itu, vokalisnya, Amy dalam satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) berkata, dia dan keluarga akan melawat Yazid selepas agenda lawatan cuti Hari raya mereka pada minggu ini selesai.

Amy berkata, ketika Yazid dimasukkan ke hospital, dia sedang sibuk berhari raya dan sudah tentu tidak berkesempatan melawat rakannya itu.

"Semasa dia menghubungi saya yang dia dimasukkan ke wad, saya dan keluarga baru balik dari Kulim, Kedah dan sekarang ini saya berada di Pulau Pinang membawa anak-anak bercuti sehingga hujung minggu ini.

"Insya-Allah kami akan melawatnya dan kami tidak pernah membuang Yazid yang sudah pun menjadi ahli keluarga sendiri," ujarnya.


Pemain drum kumpulan Search, Yazid yang kini menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 11 Ogos lalu dan sedang menantikan penderma buah pinggang yang sesuai.

“Dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Sekarang ni saya kena menjalani rawatan dan sedang menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. Kalau ada, saya mungkin akan segera jalani pembedahan”

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Yazid luahkan perasaan kecewa beliau kerana tiada seorang pun ahli kumpulan Search yang datang melawatnya sejak di’masukkan ke hospital.

“Ketika saya bertenaga, khidmat saya diperlukan tetapi apabila sakit, saya seperti dibuang ke tepi longkang,” luah hati Yazid yang turut berkata keadaan’nya ketika ini semakin kronik.

“Ketika masuk ke hospital, saya ada menghubungi mereka memaklumkan keadaan saya, tetapi masing-masing menyatakan mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti. Masalah peribadi mereka tiada kesudahan”

Yazid juga menyatakan yang beliau tidak berkesempatan bertemu dengan anggota Search sejak Ramadan lalu kerana tahap kesihatannya yang memerlukan beliau untuk banyak berehat di rumah.rotikaya