Koleksi Sensasi

KUALA LUMPUR - JT International Bhd (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran dan edarannya di Malaysia, berkuat kuasa esok (1/10/13).
   
Syarikat berkata, harga runcit baharu untuk rokok Mevius dan Salem, masing-masing RM12 sebungkus, sementara Winston pula RM10.50 setiap bungkus.
   
"Semakan harga ini adalah susulan daripada kenaikan cukai eksais sebanyak 14 peratus oleh kerajaan pada 27 September, 2013," kata JTI dalam satu kenyataan hari ini.
   
JTI ialah pengeluar rokok Mevius, Winston, Salem dan Camel di Malaysia.  - Bernama


SELEPAS digemparkan dengan berita Aaron Aziz  tidak sihat dan mengalami sakit sendi tengkuk minggu lepas, hari ini timbul pula berita mengejutkan yang mengatakan pelakon itu maut akibat kemalangan selepas bermain ski di Switzerland.

Berita itu telah tersebar di laman blog luar negara dan Facebook sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya dan terkejut di kalangan peminat-peminatnya.

Terkejut dengan berita tersebut, Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 akhirnya telah memuat naik satu video status dirinya yang terkini bagi memastikan peminat beliau tidak panik dengan berita yang tersebar meluas itu.

"Kepada semua peminat saya OK, jangan risau. Walaupun masih lagi ada denyutan di tengkuk, tapi semuanya semakin baik InsyaAllah.

"Jadi jangan risau, semuanya OK. Jaga diri semua," katanya.

Beliau berkata demikian setelah ramai yang bertanyakan tentang kematian dirinya itu.

Sementara itu, isteri Aaron sendiri, Diyana Halik turut menafikan berita itu menerusi laman Twitternya dan memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab ke atas berita palsu ini.

Penafian Diyana dikukuhkan lagi dengan gambar-gambar terbaru Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 dan bukannya ke Switzerland seperti dilaporkan.

"Aaron Aziz sekarang di Capetown untuk penggambaran. Walaupun leher masih sakit tapi alhamdulillah akan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

"Kepada pihak yang menyebarkan dakwaan palsu ini, jangan main-main dengan isu hidup dan mati. Insya-Allah, Aaron akan diberikan usia yang panjang," katanya.

Hairie Othman
KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.
Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenaraihitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.
"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, yang diadakan di Hotel De Palma, di sini, Ahad.
Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) dan Ahmad Yakob (tengah) memberi cenderamata kepada Hairie Othman
Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Majlis berkenaan adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairie, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.
"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.
Wardina
Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kedudukannya sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah.
"Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya. Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah," katanya.
Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.
Dalam pada itu, Ahmad Yaakob berkata pihaknya merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.
"Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni," katanya.
Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hyy, Waheeda, Rabbani dan Ainan Tasneen.


Dalam kesibukan pasaran majalah di Malaysia dengan isu k-pop dan artis separuh bogel, bolehlah lagi kita mengembalikan zaman kegemilangan kartun tanah air di era 90an?. Gila-Gila, Ujang, Gelagat, Gelihati, Boom, Rileks, Din Beramboi dan banyak lagi majalah kartun telah mewarnai kehidupan zaman itu, ia menjadi satu zaman yang indah apabila disebut tentang kartun.

Dari hari ke hari majalah kartun tempatan dibelasah oleh komik-komik jepun yang ala-ala comel kononya. Hingga satu persatu majalah kartun tempatan berkubur begitu sahaja. Masa silih berganti, datang dan pergi..

Kini, kepada peminat kartun sekalian, anda boleh lupakan komik-komik jepun yang tidak best tu :). Telah lahir sebuah majalah kartun terbaru di Malaysia..Fuyyoo! telah memulakan edisi pertama dengan cemerlangnya. Bagaikan membaca kartun di majalah Gila-Gila pada tahun-tahun 90an. Barisan kartunis ada yang baru dan yang lama, nama-nama lagenda seperti Zainal Buang Hussein, Duku turut menyumbang karya mereka di dalam majalah ini. Cakap banyak tak guna, dapatkan sekarang di pasaran.


Seekor katak kelihatan sedang membantu temanya dengan menjulurkan kaki belakangnya untuk mencapai sebuah ranting. Katak berwarna hijau itu cuba untuk memanjat rnting dengan di bantu temannya, katak bermata merah itu memberikan kaki belakangnya sebagai pijakan untuk membantu temanya menuju ranting.

Pada zaman teknologi ini, komputer merupakan gajet yang sangat penting malah boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh dunia..Malah, iklan pemasaran komputer pada hari ini juga semakin canggih dan menepati citarasa bakal pembeli..Namun, tahukah anda terdapat beberapa iklan komputer yang sangat popular sewaktu zaman awal penciptaannya? drysheet

1. System Industries: "80 MB for under $12,000" (1977) 

2. HoneyWell: "What the Heck is Electronic Mail?" (1981) 

3. Cromemco: "The New 16K RAM card..." (circa 1977) 

4. Technico Inc TMS9900: "Two bytes are better than one" (1978) 

5. Penril: "We call it a Penril Modem" (1971) 

6. RadioShack: Issac Asimov memperkenalkan komputer berwarna (1982) 

7. Digi-Log: "Briefcase Portability" (1976) 

8. LBMS: "Cut through paper-based Case Methods" (1991) 

9. Microsoft: "Introducing Microsoft Excel" (1987) 

10. RadioShack: "Designing a revolutionary concept..." (1985) 

Sekumpulan penduduk yang berang memijak bangkai seekor harimau bintang yang mati ditembak polis.Mereka memijak bangkai tersebut kerana haiwan tersebut sebelum ini berkeliaran di pinggir bandar Kathmandu sehingga menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan.

Menurut laporan, seramai 15 orang cedera termasuk tiga anggota polis dan dua pegawai dari Jabatan Perhutanan selepas diserang haiwan itu.Bangkai haiwan itu juga diarak penduduk yang gembira dengan kematian harimau tersebut.

mona
AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.
Relatives bury Mona Fandey
Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?
Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).
Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.
Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.
Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.
Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.
Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.
Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?
Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.
Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.
Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.

Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”
Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.
Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri.
Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.
Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.
Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.
“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.
Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.
Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.
Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.
Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.
Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.
Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.
Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.
Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.
takmungkinbenar

KUALA LUMPUR – Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.
“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. – Sinar Harian


MARANG - Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah ini walaupun ada yang menganggap gangguan itu sudah berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 42 tahun, Isnin lalu.

Mangsa terbaru, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, Rabu lalu iaitu dua hari selepas lelaki 42 tahun itu ditangkap pasukan rondaan Rakan Muda.

Ibu tiga anak yang tinggal di Jalan Kampung Machang Lada itu berkata, kelibat manusia dipercayai seorang lelaki yang hanya memakai baju dan berseluar dalam tiba-tiba sahaja muncul dan berada berdekatan katil apabila dia tersedar daripada tidur.

“Saya yang terkejut terus menjerit sekuat hati menyebabkan ‘orang’ itu lari menuju ke arah tingkap bilik tidurdan terjun keluar sebelum. menghilangkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Akmaliza berkata, walaupun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun bersyukur kerana tiada barang dalam rumahnya hilang.

Namun dia kini mengalami trauma dan takut untuk tidur dalam bilik seorang diri.

“Saya bimbang perkara seperti ini berulang kerana suami sering pulang kerja lewat dan dia (suami) biasanya tidur di ruang tamu.

"Kami syak orang yang menceroboh rumah kami masuk melalui tingkap ruang tamu.

"Kami sudah pun buat laporan di Balai Polis Bukit Payung untuk tindakan lanjut dan turut mendapat perhatian Unit Kawalan Kampung (UKK) Padang Midin,” katanya.

Gempar orang minyak kembali

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mangsa.

Suspek guna 'ilmu'

Suami mangsa, Abdul Hadi Endut, 40, pula tidak menolak kemungkinan lelaki yang menceroboh rumahnya mempunyai 'ilmu' kerana dia berjaya melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak dalam tempoh singkat.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas sekumpulan ahli Rakan Muda (Pasukan Kesedaran Jenayah) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di Kampung Machang Lada.

Lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan mengalami masalah mental.

Ketua UKK Padang Midin, Mohd Alimin Sharom, 30, berkata, pencerobohan terbaru itu menunjukkan lelaki yang diberkas sebelum ini tiada kaitan dengan kes orang minyak.

“Ini bermakna suspek sebenar masih bebas. Kami akan menggandakan usaha rondaan dan berjaga pada waktu malam agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,”katanya.

Turut mengulas perkara sama, Naib Ketua UKK Padang Midin, Mohd Faizul Abdul Rahman, 32, pula menyifatkan perkara itu agak mistik dan langkah berjaga-jaga sentiasa diambil walaupun belum ada penduduk yang dilaporkan cedera akibat kejadian itu.

"Kami berjaga malam untuk memastikan keselamatan kawasan terjamin dan akan sentiasa merujuk kepada pihak polis sebelum ambil apa-apa tindakan jika berjaya mengesan kehadiran 'orang minyak’ itu,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada anggota rondaan UKK diketuai Mohd Alimin.

Beliau berharap, usaha unit rondaan itu dapat membantu pihak berkuasa mengesan suspek yang terlibat dengan segera.

Selain UKK Padang Midin, turut menjalankan rondaan ialah Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin Kuala Terengganu dan Rakan Muda Terengganu.

AWAS! Bahaya Penyegar Udara Di Dalam Kereta | Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.

AWAS! Bahaya Penyegar Udara Di Dalam Kereta

Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.

Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.

Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.

"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya.


Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.

Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.

Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.

Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.

"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya.

Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.

Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.

Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.

Gambar pencuri yang dikehendaki berlaku di Kuala Terengganu. 
TOLONG SEBAR / Share dan Tag rakan2 !! Pencuri Telefon Bimbit yang dikendaki !! Suspek orang melayu didapati berada di sekitar Kuala Terengganu dan licik melakukan kegiatan mencuri telefon bimbit di Pasaraya sekitar Kuala Terengganu. Kejadian terakhir berlaku di pasaraya Giant pada 12 September 2013 dan gelagatnya berjaya dirakam di CCTV premis tersebut. Dia juga didapati menjual telefon bimbit curi pada harga yang sangat rendah. Sesiapa yang mengenali orang tersebut sila hubungi IPD balai polis berdekatan atau hubungi 014-8019918 (Khairun).

Berikut adalah perbualan antara pencuri tersebut yang berjaya direkodkan oleh mangsa.

Pencuri: Ei, Lama tak nmpak.
Mangsa: Kenal ke?
Pencuri: Duduk kat mana sekarang?
Mangsa: .......
Pencuri: Oh, saya dekat Kg. ...... je..dekat la tu. Dah ni, belajar dekat mana sekarang?
Mangsa: .......
Pencuri: Ambil bahagian apa?
Mangsa: .......
Pencuri: Datang dengan siapa ni?
Mangsa: Kawan2..
Pencuri: Mana dia?
Mangsa: Ada tengah shopping2 kat dalam.
Pencuri: Saya kerja dekat hujung tu je..kedai jual telefon bimbit.
Mangsa: .......
Pencuri: Kalau nak telefon murah2 bagi taulah. Samsung Galaxy S4, Galaxy Note 2 kita bagi RM400 je, Minggu depan sampai stok baru kita ambiklah sebijik dua buat jual dekat member2. Ala, orang2 kampung kita bagi murah tu apalah sangat.
Mangsa: ....... (x berminat)
Pencuri: Memori kad pon ada. Nak berapa GB kita bagi RM15 je
Mangsa: ....... (berminat)
Pencuri: Jom la kita pergi dekat kedai sana.
* berjalan menuju kedai telefon bimbit tetapi dibawa ke bahagian belakang kedai tersebut
Pencuri: Erm..Bagi telefon dulu kita nak programkan memori kad baru dekat telefon ni.
Mangsa: Kena program jugak ke?
Pencuri: Susah sikit la sebab takut telefon tu tak boleh nak baca. Kalau pandai buat takpa.
Mangsa: ....... (Sambil menghulurkan telefon)
Pencuri: Memori kad lama pegang dulu. Erm..lambat sikit ni. Boleh tunggu tak 10 minit? Duit Stand by dulu. Tunggu dekat sini jangan pergi mana2 takut nanti bos saya nampak.
Mangsa: ....... (Setuju)
Pencuri: * Berjalan ke dalam dan berlagak seolah2 pelanggan di hadapan pekerja. (Sebenarnya dia bukanlah pekerja di kedai tersebut) Dan kemudian datang kembali untuk meminta duit baki.
Pencuri: Erm..mana duit tu? Kalau boleh bagi tepatlah sebab tidak ada duit baki nak bagi balik.
Mangsa: ....... (Menghulurkan duit)
* Setelah menerima duit, secara tiba2 ada orang menelefonnya dan berbual2 dahulu sehingga tamat.
Pencuri: Tunggu kejap ok? Err..kalau ada member2 nak telefon murah2 call la terus nak pergi ambil telefon kejap.
Mangsa: .......
* Selepas itu dia terus menghilangkan diri sambil melarikan telefon mangsa.

Kelihatan empat lelaki dari sebuah pasukan anti pemburu haram dilihat sedang melindungi badak putih di Ol Pejeta Conservancy, Kenya. Ol Pejeta Conservancy merupakan pemuliharaan haiwan liar di Daerah Laikipia, Kenya dan juga merupakan rumah terbesar bagi badak hitam di Afrika Timur. Tempat ini juga merupakan rumah dari 4 badak putih daripada 8 ekor yang masih ada di dunia, salah satu haiwan yang diancam kepupusan di dunia.

Telah terjadi peningkatan insiden pemburuan di Pejeta Ol belum lama ini, selaras dengan peningkatan memburu badak dan peningkatan ekonomi di Asia. Pasukan anti pemburu haram memberikan perlindungan 24 jam terhadap badak di Ol Pejeta dan 24 jam penjagaan pasukan bersenjata terhadap 4 badak putih di hidupan liar di kawasan Boma. 4 ekor badak yang dilepas di hidupan liar ini merupakan badak yang diharapkan mampu membiak.

Pasukan ini telah menjalinkan hubungan erat dengan badak ini. Bersandar dengan mereka dan memaparkan hubungan kasih sayang terhadap haiwan yang paling terancam ini. Setiap orang dalam pasukan merasa pekara ini adalah panggilan terhadap haiwan-haiwan ini.

Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.

Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.

Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.

Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.

Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.

Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.

Allah itu maha adil, maha kaya.

Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti.

66835_10201332776175838_623020051_n
1256535_10201332775975833_1401574373_n
1234572_10201332776375843_1021369143_n
GAMBAR: Wah Pak Man Makin 'Glamour' Sekarang...

geng mat yo
mynewshub

Cuba lihat laporan yang dibuat isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam dan kemudian tengok klip yang memperlihatkan dengan jelas bahawa dia yang sebenarnya memaki hamun pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang.
Ini apa yang dilaporkan isteri Mat Yo.
Jom Lihat Laporan Polis Isteri Mat Yo...
PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.
Ini pula video kejadian;
Bukankah laporan isteri Mat Yo sama sekali berlainan dengan kejadian sebenar yang dirakam Aisya sendiri? Siapa maki siapa? Kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?
Andai kata video itu tidak ada, mungkin Azman Mohd. Nayan yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan?
Agak nyata isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
Dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mungkin ada antara kita yang perlu membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat melihat kembali kandungan laporan dengan kejadian sebenar.
Ia perlu dilakukan untuk keadilan semua pihak termasuk seorang lelaki tua 5 anak yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan.

Pelakon Sidek Hussain akhir mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada muka walaupun sudah beberapa kali melakukan pemeriksaan.

Sidek, 62, berkata, selepas sesi pemeriksaan dengan doktor pakar mereka memaklumkan pembedahan itu tidak dapat dilakukan kerana ia berisiko tinggi.

"Sepatutnya April lalu saya sudah dibedah namun selepas beberapa kali doktor membuat pemeriksaan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya berisiko berhadapan dengan maut.

"Doktor kata pembedahan itu tidak boleh diteruskan disebabkan saya ada masalah jantung dan paru-paru. Jika ia diteruskan juga risikonya mungkin saya boleh meninggal dunia ketika pembedahan," katanya ketika ditemui pada pratonton treler filem Paku, di sini, Jumaat.

Sidek yang pernah membintangi filem Toyol ini menghidapi ketumbuhan sejak 30 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pertama pada 1982 namun ia tidak berjaya.

Katanya, sebelum Ramadan lalu dia baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung namun disebabkan perkara, jantungnya tidak mampu menahan pembedahan lebih 10 jam.

"Jantung saya lemah untuk pembedahan dalam tempoh yang lama dan keadaan itu boleh mengakibatkan maut," katanya.

Bagaimanapun, kata Sidek, dia pasrah dengan keputusan tersebut dan meneruskan perjalanan kehidupannya seperti biasa.


Penjaring tiga gol Pahang Matias Ruben Conti meraikan bersama penyokong selepas mengalahkan Selangor PKNS FC dengan 3-2 pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan pada malam Jumaat -Foto BERNAMA



Airmataku Menitis Lagi: Jenazah TS Ustaz Azizan Disembahyangkan Ribuan Manusia Dengan Diimamkan Anak Sendiri... Jom Saksikan!!!

Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.





"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.



Sementara menurut ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Azizan.

"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.



Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub turut  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang.

"Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu.

"Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," katanya.







Pemimpin Pas yang kami ditemui di Parlimen turut mengungkapkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham.

"Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami dikalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," kata ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, berita pemergian Azizan merupakan suatu khabar yang amat menyedihkan.

"Berita ini amat menyedihkan bagi kami.

"Dalam konteks peribadi ibu saya kenal beliau sejak di England lagi, dalam hal ini, saya berharap keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.


Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah turut merakamkan ucapan takziah keluarga Azizan.

"Bagi saya kita sudah kehilangan seorang yang komited kepada perjuangan selama ini.

"Kedah kehilangan seorang tokoh politik walaupun berbeza dari segi parti namun saya kira beliau seorang rakan yang boleh dibawa berunding, untuk pembangunan negeri kedah, katanya.




Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, petang ini.

Innalillah...

sedakasejahtera