Koleksi Sensasi


Terbakar..Enam unit flat PKNS di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 4.30 petang Khamis. Kebakaran itu menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Persekutuan kerana pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat insiden itu

Polis kesan individu pertama sebar foto mangsa tembak

Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

“Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjatapi jenis ‘pump gun’ oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. – Bernama -suarainsani

Dr Ramli Pemilik Ferrari & GTR35 Yang di Pandu Azhar Idrus Maut Akibat Kemalangan | Al Fatihah terlebih dahulu diucapkan kepada Dr Ramli Pemilik Ferrari & GTR35 yang mana Ustaz Azhar Idrus pernah meminjam dan memandu kereta beliau satu ketika dahulu.

Di bawah beberapa gambar kenangan UAI bersama Dr Ramli, gambar kemalangan dan juga video UAI pernah memandu uji Ferarri.

Gambar terakhir arwah dr Ramli bersama UAI sebelum UAI berangkat menunaikan haji dan menerima suntikan meningitis dari beliau sendiri

Selebriti yang penuh kontroversi, Fida Ibrahim kini menambah satu lagi cabang di dalam kariernya apabila bakal menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.

Walaupun gagal dalam program realiti nyanyian AF 2013, kini Fida tidak berputus asa dan cuba menyertai program realiti komedi, Maharaja Lawak Mega pula. Sememangnya beliau ratu rancangan realiti.

Kisah Sertai MLM

Dikatakan pada mulanya Fida menghubungi Jep Sepahtu dan Mamat Sepah untuk bertanya jika Fida mampu bersama-sama memeriahkan MLM 2013 kali ini. Jep memberi pendapat lebih elok jika Fida memasuki kumpulan Mamat kerana pernah bekerjasaman dan rapat dengan Mamat. Walaubagaimanapun, Mamat telah menolak permintaan Fida dengan alasan sudah mempunyai kumpulan tersendiri.

Tidak lama kemudian, Fida telah dilamar oleh dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Dato Ali Mamak dan Aziz Kota untuk menubuhkan kumpulan Santan dan merebut kerusi panas di MLM 2013.

Kata Fida:

Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam sebuah sitkom Warna Raya 2013. Dalam sitkom tersebut saya pegang watak isteri, jururawat dan juga orang Indonesia. Datuk Ali Mamak ada menonton sitkom tersebut dan tertarik lalu menjemput saya menyertai kumpulannya. Saya pun tidak tahu boleh buat lawak atau tidak, tetapi apabila orang sudah beri kepercayaan dan juga melalui pengalaman saya bergaul dengan pelawak-pelawak, ia boleh beri saya inspirasi untuk melawak.


SEMENJAK kebelakangan ini, ramai muda-mudi melakukan penyimpangan dalam seks. Mereka berpendapat bahawa penyimpangan dalam seks adalah perkara biasa.

Bahkan di dalam filem-filem juga mereka digambarkan seperti orang yang baik dan terhormat walaupun mereka melakukan penyimpangan dalam seks.

Untuk memuaskan nafsu, mereka tidak segan silu membayar wang walaupun dengan harga yang mahal.

Penyimpangan seks adalah aktiviti yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan kenikmatan seks dengan cara yang tidak sewajarnya.

Biasanya, cara yang digunakan adalah menggunakan objek seks sehingga kenikmatan seks mereka tercapai.

Ini berlaku kerana disebabkan psikologi, tekanan perasaan seperti pengalaman sewaktu kecil, pergaulan bebas, genetik dan beberapa faktor lain.

Antara penyimpangan dalam seks yang sering berlaku adalah FETISHISME.

Fatishi bermaksud sesuatu yang dipuja.

Lihat Video dibawah:


 

Kematian orang yang dikasihi memang sukar diterima. Bagaimanapun seorang suami di Kajang mengharungi detik sedih dalam kehidupannya dengan cara yang tidak masuk akal.
Seolah-olah menolak realiti lelaki ini terus membiarkan mayat isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia di rumah tanpa memberitahu sesiapa tentang kematian tersebut apatah lagi melakukan upacara pengebumian.

Selama 36 hari sebelum kelakuannya ini terbongkar, Wong Tuck Wei, 40, mendudukkan mayat si isteri, Lim Ah Tee, 42, di kerusi menghadap tingkap di bilik mereka dan menyikat rambutnya serta berbual dengan mendiang setiap hari, seperti biasa.

Kematian ini langsung tidak disedari anak tunggal pasangan berkenaan kerana bapanya memberi alasan ibunya sakit dan perlu berehat di bilik tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana.

Segalanya hanya terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung ke kediaman tersebut dan terkejut dengan perkara ini lalu menasihatkan Tuck Wei melaporkannya kepada polis.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab,Tuck Wei membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk.

Apa yang menghairankan pihak polis ujarnya, tiada ulat langsung yang hinggap di badan mayat kecuali seekor kumbang.

Mayat dilaporkan sudah mereput dengan daging tertanggal daripada kulit hingga tinggal tengorak.

“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” kata Ab Rashid.


berita harian online


Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.(31/10/13)

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

Tak sangka betul ada juga wanita gersang yang sanggup menunjukkan gambar gersangnya untuk tatapan umum di laman sosial.
Semua disebabkan rasa gersang dan sangap yang terpendam di diri beliau yang sudah tidak mampu nak disembunyikan.
Beliau menjadikan laman sosial sebagai medium untuk melepaskan kegersangannya.
Tak percaya?
Jom tengok gambar kat bawah.
W
A
N
I
T
A
.
G
E
R
S
A
N
G
.
Y
U
C
K
S
!


Bayi perempuan comel berambut putih ini ditemui di pinggir jalan di Nanning, Daerah Guangxi. "Saya sedang berjalan dan terkejut mendengar tangisan bayi yang dibungkus dalam selimut. Ketika saya buka bungkusan itu, bayi tersebut terlihat kepenatan kerana menangis," katanya.

Polis menemui beg yang berisi baju bayi dan juga sampul surat dengan wang sebanyak 3.900 yuan. Di sampul surat itu tertulis," saya harap ada orang yang berhati baik dan mengirim bayi ini ke rumah yatim piatu. Semoga anda diberkati". Oh Anakku, saya ibu tak bertanggungjawab dan tak boleh berbuat apa-apa. Saya meminta maaf".

Polisi mensyaki ada kemungkinan dia membuang bayinya kerana berambut dan berkulit putih ataupun ada ibu tak berdaya membesarkan anaknya kerana peraturan di negara itu yang memberikan denda jika memiliki anak lebih dari seorang dalam sebuah keluarga.

Kebanyakan keluarga di China hanya dibolehkan memiliki seorang anak untuk mengurangi populasi penduduknya yang semakin ramai. Kebanyakan anak dan terutama anak perempuan dibuang akibat peraturan tersebut.

Peraturan ini juga kemudian membuat meningkatnya jumlah pengguguran anak yang diperkirakan 13 juta kes setiap tahun dan kebanyakan diminta oleh penguasa setempat. Bagi mereka yang melanggar peraturan memiliki lebih dari satu anak mereka akan denda hingga 263 ribu yuan .-Daily Mail

Seorang pesakit saraf sclerosis menjadi orang kurang upaya pertama (OKU) membuat terjunan udara di Gunung Everest.

Marc Kopp, 55, dari Perancis melakukan terjunan itu dengan selamat sebelum dibawa ke hospital.

“Walaupun letih tetapi saya bangga dengan pencapaian ini,” katanya.

Menurutnya, beliau mengidap penyakit itu sejak sedekad lalu, laporan dipetik dari AFP.


Seorang artis seni, Ed Jarrett mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana membina istana pasir paling tinggi di dunia. Istana itu setinggi 11.63 meter (m) di New Jersey.

Dia memecahkan rekod istana pasirnya sendiri yang dibuat pada tahun 2011 di Farmington, Connecticut, Amerika Syarikat yang mencatatkan ketinggian 11.30m. 


Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,

Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.

Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.

Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.

Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.

Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.

Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.

Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.

Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.

Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu. 


Sebentuk cincin milik bekas bintang sukan bola sepak Amerika, Lance Alworth yang hilang 25 tahun lalu akhirnya berjaya ditemui semula, kata Jabatan Syerif San Diego.

Cincin itu dicuri pada tahun 1998 dari sebuah bar di San Diego, Amerika Syarikat semasa pameran barang-barang cendermata sukan berlangsung.

Penemuan cincin itu bermula selepas satu pasangan dari Palm Springs menerima cincin tersebut pada tahun 2001.

Mereka memperoleh cincin itu yang dicagarkan oleh seorang lelaki yang meminjam wang daripada pasangan tersebut sebanyak AS$5,000 (RM15,734). Lelaki itu menyatakan dia memperoleh cincin itu menerusi satu permainan poker.

Pasangan itu kemudian memutuskan untuk menjual cincin tersebut menerusi satu lelongan.

Baru-baru ini, Alworth menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang tidak dikenali dengan niat untuk menjual cincin tersebut.

Namun, individu itu menetapkan syarat Alworth perlu membayarnya sebanyak AS$44,000 (RM138,465).

Jabatan syerif kemudian melancarkan siasatan selepas panggilan telefon itu dibuat.

Anggota-anggota syerif kemudian menemui cincin itu di sebuah firma lelongan di Laguna Niguel.

Lelongan cincin itu akan dibuat pada 20 November depan dengan harga permulaan sebanyak AS$44,000.

Cincin itu kini telah dipulang semula kepada Alworth.

Setakat ini tiada tangkapan telah dibuat berhubung kes itu.

Alworth dihadiahkan cincin itu pada tahun 1972 selepas pasukan yang diwakilinya, Dallas Cowboys mengalahkan Miami Dolphins dengan mata 24-3 di New Orleans. - Agensi


Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen, 30, memiliki ketinggian 244 sentimeter (sm) akhirnya menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Merve Dibo, 20, di Turki.

Dengan perbezaan ketinggian 61 sm, Sultan yang juga seorang petani tetap meraikan hari bahagianya dengan meriah bersama keluarga dan peminatnya.

Beliau berkata, selama ini keadaan fizikalnya menjadi penghalang untuk mencari teman wanita.

"Walaupun isteri tidak mempunyai saiz sama, tetapi saya gembira kerana akhirnya mempunyai keluarga sendiri," katanya.

Sultan memakai kasut saiz 28, mempunyai kaki dan tangan sepanjang 36.5 sm dan 27.5 sm.

Laporan dipetik dari Daily Mail, dia menghidap penyakit yang jarang berlaku dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tubuh badan terus menghasilkan hormon pertumbuhan.

Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama.

Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat. 

Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ.

Apabila pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa darah terlalu lama selepas dipotong.

“Mustahil kami boleh menyambungnya semula,” katanya. 

Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja.

Walaupun bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa kerana tidak mempunyai teman wanita. 

“Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana wanita ingin berkawan dengannya,” katanya. 

Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah “tidak berguna” lagi.

“Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi memikirkan mengenai teman wanita,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi

Penyanyi Anuar Zain tidak mempersoalkan lagu popularnya Lelaki Ini yang dinyanyikan semula oleh artis Indonesia, Cakra Khan menggunakan lirik berjudul Tak Bisa Pilih.

Anuar berkata, ia disebabkan lagu ciptaan komposer Indonesia, Numata itu yang diikat kontrak dengan syarikatnya iaitu Anuar Zain Network sudah pun tamat pada lima tahun lalu.

Tambah Anuar, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan lirik lagu tersebut kerana ia adalah hak komposer terbabit sama ada ingin membuat pembaharuan pada lagu tersebut ataupun tidak.

Sebaliknya kata Anuar dia berasa bangga kerana lagu itu dimaksimumkan penggunaannya dan sebagai penyanyi asal, Anuar berbesar hati apabila karya berkenaan dinyanyikan oleh bintang berbakat seperti Cakra Khan.

Penyanyi Shila Amzah sedia menerima pelakon Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.

Shila berkata, setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.

"Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.

"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti," katanya.

Shila ditemui pada majlis pengisytiharannya sebagai artis naungan Warner Music Malaysia di Hotel Royale Bintang, Damansara di sini pada Rabu.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga.

"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.

"Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.


"Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Shila yang kini menetap di China bersyukur dapat bernaung di bawah Warner Music kerana ia lebih memudahkannya dalam menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.

"Sekarang ini saya muncul dengan album baru berjudul Shila Amzah. Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya memerlukan sesebuah pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.

"Selepas pihak Warner menawarkan saya berada di bawah naungan mereka, saya rasa ini adalah peluangnya di mana kontrak diikat mengikut bilangan album yang dikeluarkan," tuturnya.

Turut hadir pada majlis itu, bapa Shila iaitu N.D Lala serta Ketua Pegawai Eksekutif Warner Music, Darren Choy.


Baru-baru ini Mila Jirin atau bekas pelajar Akademi Fantasia ini bertudung. Wah. Namun Mila bertudung bukanlah satu perkara yang di muktamadkan. Cuma bertudung untuk sesi pembukaan cawangan butik Ummiriaz Collection, JB di Shah Alam. Melihatkan Mila bertudung dan bergaun muslimah moden kelihatan ayu dan anggun, alangkah baiknya kalau dapat melihat dia bertudung penuh selepas ini.



BEIJING - China mempamerkan armada kapal selam nuklearnya, lapor media pemerintah negara berkenaan.

Media pemerintah melaporkan langkah tersebut penting untuk membuktikan bahawa China berupaya melancarkan serangan ketika ketegangan serantau semakin memuncak.

Menurut akhbar Global Times, kapal selam berkuasa nuklear China yang pertama dilancarkan pada tahun 1970-an.

"China memiliki keupayaan melancarkan serangan nuklear sekunder," menurut akhbar berkenaan di laman editorialnya semalam.

"Sebahagian negara tidak menimbang faktor ini dengan serius apabila menggubal dasar mereka mengenai China," tambahnya.

Laporan media itu memberi tumpuan pada kapal selam nuklear lama iaitu kelas Xia berbanding armada kelas Jin yang lebih baharu.

Kapal selam nuklear pertama China ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini selepas beroperasi lebih 40 tahun.

Pameran kuasa ketenteraan itu dibuat ketika hubungan negara itu dengan Jepun semakin dingin berhubung tuntutan bertindih Kepulauan Senkaku yang dituntut oleh China.

Beijing menggelarkan gugusan pulau itu sebagai Diaoyu. - AFP


KUALA LUMPUR – Jalan Melayu di sini akan dibangunkan semula supaya ia memiliki identiti Melayu sepenuhnya daripada segi perniagaan, seni budaya dan muzikal, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, usaha itu penting memandangkan tiada sebatang jalan di ibu negara yang benar-benar mencerminkan sosiobudaya kaum Melayu di Malaysia untuk ditonjolkan kepada pelancong asing.

Sehubungan itu, katanya, usaha kerajaan membangunkan semula Jalan Melayu yang terletak berhampiran Jalan Masjid India tidak harus dicemburui kaum lain.

Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga sudah terdengar khabar yang kurang menggembirakan mengenai Adam AF dan isterinya, Siti Zaidatul Fiza atau Fiza Elite.

Perkahwinan mereka didakwa goyah oleh sebuah akhbar selepas mereka terlibat dengan pertelingkahan di sebuah stesen minyak, baru-baru ini .

Perkara itu dikatakan berpunca daripada sikap Adam yang cemburu dengan Fiza, 32, yang ketika itu sedang berbual dengan bekas kekasihnya di situ.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Adam menafikan perkahwinannya sudah berantakan seperti yang dilaporkan oleh media tersebut.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya.

“Apa yang terjadi antara kami tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, juga dilaporkan berkata dia mahu pihak yang membuat cerita tersebut tampil ke depan untuk membuktikan kesahihan cerita yang diuar-uarkan.

Malah Adam juga tidak redha dengan penulisan wartawan yang menjaja cerita tersebut kerana ianya mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata


TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.

Tetap dengan pendirian

Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini.  

Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik.

"Saya lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku.

“Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya.

Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya.

“Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka. Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan.

“Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya.


Tok Gajah mengamuk. Begitulah gurauan penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin \

Sebagai anak kelahiran Pahang Darul Makmur, Siti Nurhaliza meluahkan kegembiraan apabila ditanya pasukan manakah yang bakal memenangi Piala Malaysia 2013, Ahad ini.

Kegembiraan melihat pasukan negeri kelahirannya berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia amat dinanti-nantikannya.

Jelas Siti Nurhaliza, beliau meminati sukan bola sepak kerana ia menggabungkan pelbagai elemen berbeza menjadi satu.

“Saya memang meminati sukan bola sepak sejak di bangku sekolah lagi kerana ia menggabungkan elemen fizikal, kemahiran koordinasi dan juga kerja berpasukan.

“Selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia 21 tahun lalu, kini Pahang masuk ke peringkat akhir sekali lagi," katanya selepas majlis pelancaran produk CocoBelle dan Fastarck Tasty Energy Chocolate Bar dekat Bora Ombak di sini, semalam.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau, suami dan anak-anak akan ke Stadium Shah Alam, bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

“Seronok tak terkata bila Pahang layak ke final. Jadual saya Ahad ini pun tak sibuk sebab Sabtu saya hanya mengajar peserta Akademi Fantasia (AF) dan Ahad saya bersama keluarga boleh pergi menonton perlawanan bola sepak.

“Biarpun ini kali pertama saya menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium saya jangka Pahang akan menang 3-1, insya-Allah," ujarnya.

Ketika ditanya siapakah pemain kegemaran beliau dalam skuad Tok Gajah, Siti Nurhaliza berkata, sudah tentu penyerang Pahang, Mohd. Azamuddin Akil yang turut berasal dari Kuala Lipis.

“Saya percaya prestasi cemerlang Pahang akan berterusan biarpun bertemu The Red Warriors. Insya-Allah skuad Tok Gajah akan meraih kemenangan.

“Selain itu, saya harap perlawanan ini diterapkan semangat kesukanan bukan permusuhan," jelasnya lagi.


Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.

Benarkah negara kita aman dan selamat ? Kebimbangan masyarakat terhadap penjenayah berlesen kian ketara, ia susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.


Untuk makluman, ketika meninjau latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.
Oleh demikian sebagai mengambil langkah berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti, namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Syarikat kawalan keselamatan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan oleh KDN bertujuan ‘kawalan keselamatan’ bukannya membekal penjenayah warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.

Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan senjata api kepada penjenayah.

Lihat gambar diatas menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan Klang.

Persoalannya apakah tidak ada langsung pemantauan dari pihak syarikat keatas tindak tanduk pengawal keselamatan yang ditugaskan ? Adakah senjata api boleh dipegang main sesuka hati ? Bukankah kecuaian seperti ini membuka peluang kepada warga asing melakukan jenayah ?

Selain beraksi dengan senjata, pengawal keselamatan warga Indon ini gemar melaram sebagai seorang pegawai dan bergaya elit, gambar berkenaan seterusnya dimuatnaik menerusi Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan sekampung mereka yang berada di Indonesia.

Mereka juga dilihat turut tidak suka memakai uniform seorang pengawal keselamatan, tidak pasti apa tujuannya, kemungkinan tujuan mereka untuk bermegah dengan rakan sekampung dan menyembunyikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Lihat saja gambar-gambar yang dimuatnaik oleh suspek pembunuhan di Facebook pembunuh pegwai Ambank , hampir kesemua gambar ‘pembunuh’ itu bergaya elit, penampilan pembunuh bagaikan seorang ‘eksekutif’.

Kesimpulannya, ‘senjata api’ dan ‘gaya elit’, perkaitan itu boleh mendorong kepada kelakuan jenayah, ia disebabkan rasa megah apabila disanjung dengan gayanya yang elit, sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah sebagai seorang pengawal keselamatan yang sudah pasti tidak mampu untuk bergaya sedemikian.

Status FB terakhir pembunuh dan seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Justeru bagaimana mereka ingin berdepan dengan rakan-rakan apabila mereka balik kekampung ? Sedangkan rakan-rakan mengetahui diri mereka yang elit, takkan nak balik kampung pakai barang pasar malam ? Mereka terpaksa mengekalkan penampilan ‘branded’ dan mewah itu .

Untuk mengekalkannya mereka tak mampu, mereka akan cari jalan pintas, dan peluang yang dibuka oleh syarikat keselamatan yaitu menerima mereka kerja dengan kad pengenalan palsu dan memberi senjata api akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Natijahnya, seorang pegawai bank mati ditembak kejam, pembunuh adalah seorang pengawal keselamatan, pembunuh berjaya membawa lari wang sebanyak RM450,000. Anak kecil menjadi yatim, mungkin sesekali bertanya dimana ibu ? Kenapa ibu tak pulang lagi ? Apa yang hendak dijawab kepada anak kecil yang belum mengerti ?

Lima hari selepas kejadian pembunuh masih lagi gagal ditahan, faktor itu menjadi motivasi kepada rakan pembunuh, risiko berulangnya tragedi rompakkan bunuh ini terlalu besar. Apa tindakkan pihak yang berkuasa ? Bagaimana dengan syarikat keselamatan ? Nak tunggu berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa ? Bertindak biar tegas !!!

China-Seorang lelaki yang digelar ‘Invisible Man’ kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap seni penyamaran. Liu Bolin yang berusia 36 tahun bersama krew nya seramai 2 orang akan merayau-rayau keseluruh pelusuk negeri untuk membuat aktiviti penyamarannya itu. Hasil seninya semakin menjadi tumpuan semenjak akhir-akhir ini sehingga dikatakan mendapat permintaan yang tinggi terhadap koleksi gambar penyamarannya itu.

Liu sebelum ini mengajar di Suojia Village Art Campus, yang mana telah ditutup oleh pihak kerajaan. Di situ lah titik mula dimana ‘seni jalanan’ nya bermula. Selalunya, Liu akan mengambil masa selama berjam-jam untuk menyiapkan seninya itu. Di antara hasil seninya yg begitu popular adalah dengan berlatarbelakangkan patung naga di Beihei Park, Beijing. Koleksi itu mengambil masa berbulan lamanya untuk disiapkan. Lihat video di bawah


Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya. Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan buah pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula.


Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin "Pokok nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT, "katanya kepada wartawan. kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya. "Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembinaan pusat keagamaan disini," katanya lagi.