Koleksi Sensasi

dd
Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini. Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.

Dalam statusnya menyebut;

”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.
Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.
Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob. -MalaysiaGazette



Kuala Lumpur - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) percaya ramai penjawat awam memilih untuk terus berkhidmat walaupun telah mencapai umur persaraan kerana komitmen kewangan.

Presiden CUEPACS, Azih Muda berkata, terdapat pekerja dalam sektor awam yang terpaksa terus bekerja bagi menampung kos sara hidup yang terus meningkat.

Kakitangan awam di negara ini mempunyai pilihan sama ada mahu bersara pada usia 55, 58 atau 60 tahun. 

gambar hiasan

Amat menyelerakan sekali gambar-gambar di bawah ini. Tetapi jangan salah sangka kerana itu bukanlah kek seperti yang dilihat. Ia adalah sabun-sabun yang direka dengan pelbagai bentuk makanan seperti kek - posted@malaysiasensasi.net

Iklan yang kreatif mengundang minat pengguna untuk memandang iklan itu lebih lama, atau mengulanginya sekali lagi. Tetapi ada juga iklan yang salah tempat dan tidak kena pada masa - posted@malaysiasensasi.net


Inilah penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terungkap ketika pekerjaan membina jalan di China bagian Timur baru baru ini.

Yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia masih utuh. Dianggarkan, perempuan ini adalah berpangkat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di bandar Taizhou, Provinsi Jiangsu. Ahli arkeologi China terkejut bagaimana keadaan kulit, rambut, kening, dan wajah mumia perempuan ini. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemui di dalam keranda batu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah.

Apa yang ia kenakan dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh dikatakan keadaan mumia ini sangat lengkap dan baik.

Peminta sedekah ada di mana-mana, entah berapa percen sahaja yang benar-benar pengemis. Sebahagian besar yang lain mungkin adalah penipu. Berlakon sebagai pengemis memberikan pulangan wang lumayan untuk mereka. Bagaimanapun jika nasib tak baik mungkin ditangkap polis seperti gambar-gambar di bawah.


Ahmet Muhsin Tuzer, imam sebuah masjid di Turki harus berhadapan dengan pihak berkuasa agama di negerinya lantaran dia menjalani kehidupan sebagai pemuzik rock.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Rabu (4/11), Tuzer mengaku dia telah disiasat oleh Diyanet, dewan masjid nasional, kerana aktiviti bermusiknya.
“Saya sedang menunggu hasil dari penyelidikan mereka. Tapi apa pun hasilnya saya tetap akan bermuzik,” kata Tuzer dalam sebuah wawancara via telefon di tempat dia tinggal di kawasan Pinarkoy, Kota Kas.

Diyanet sedang mempertimbangkan apakah aktiviti bermuzik Tuzer sesuai dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan peranannya sebagai imam masjid, profesian yang digaji pemerintah.
“Saya ingin memperlihatkan bahawa anda boleh menjadi seorang muslim, mendengar muzik rock dan menjadi orang moden sekaligus,” kata lelaki kacak berusia 42 tahun itu.
Tuzer telah menjadi tontonan awam ketika Ogos lalu dia tampil di sebuah festival muzik di Kas bersama bandnya.


Sebelum itu Tuzer juga telah membuatkan para ulama di Turki berang ketika pada 1997 lalu. sewaktu masih menjadi imam masjid di Bandar Istanbul, dia menikahi seorang pelancong perempuan beragama Kristian yang kemudian masuk Islam. Dia kini sudah dikaruniakan seorang putra berusia sebelas tahun.

“Jika mereka akan memecat saya maka saya akan melawan di mahkamah. Saya akan terus menjalankan tugas seperti yang Allah percayakan kepada saya,” kata dia.


AFHANISTAN -  Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.

Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya.

"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.

Ibu Setara, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.

Kebangkitan dan kemarahan rakyat Mesir tidak dapat dibendung selepas keganasan meningkat sejak kerajaan sementara mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pengganas.

Usaha kerajaan sementara untuk melenyapkan pergerakan IM itu dibuat tanpa jemu sungguhpun mendapat protes dari rakyat.

Kelmarin, satu lagi kejadian letupan berhampiran sebuah bas menggegarkan Kaherah dan turut menyebabkan lima cedera.

Beberapa pihak dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menuduh IM sebagai dalang insiden itu walaupun tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, seramai 23 penyokong IM diberkas sehari selepas kerajaan sementara menyenaraihitamkan pergerakan Islam tersebut.

Kesemua mereka didakwa mengedarkan risalah yang kononnya menghasut keganasan dan mengandungi ideologi IM.

Difahamkan, mana-mana individu yang disabit bersalah kerana menjadi anggota kanan IM atau membiayai atau memberikan maklumat kepada pergerakan itu bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup.   

Rabu lalu, kerajaan sementara mencari helah untuk menahan Naglaa Ali Mahmoud isteri Mursi dengan menabur fitnah bagi membolehkan wanita berjiwa cekal itu ditahan. - Al-Jazeera


Lana Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari.

Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.

“Memang tak pernah.

“…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.

“Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita,” katanya.

Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.

“…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pebimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.

“…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia,” katanya.


Pelakon dan pengacara Neelofa ditangkap khalwat - Apa pula kes membabitkan pelakon dan pengacara Neelofa yang didakwa ditangkap khalwat malam kelmarin? Pelik pula cerita macam ni timbul, tuduhan sama pernah dilemparkan kepada Tasha Shilla beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, pengurus Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Katanya, pada malam bekas pengacara MeletOp itu dikatakan ditangkanp khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.


Seorang lelaki yang didakwa berusia 132 tahun (ada yg mengatakan 137 tahun) di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat, lapor sebuah akhbar tempatan.

Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.

Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube. 

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.

Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab 'azan' dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis. 

"Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua," kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut.


Laporan Reuters menggambarkan bagaimana syarikat keselamatan swasta yang bekerja untuk elit negara. Chen Yongqing sebagai ketua dalam menjalan akademi latihan untuk di jadikan pengawal. Perniagaan bodyguard ini mempunyai pendapatan tahunan mencapai ($16,500,000).

Foto-foto berikut merupakan foto latihan bodyguard di China.