Koleksi Sensasi

FILEM lakonan terbaharu Aamir Khan iaitu PK telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak ia ditayangkan 19 Disember lalu.


Terbaharu, salah satu kecaman yang diterima termasuklah daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) All India Muslim Personal Law Board (AIMPLB) yang menyifatkan filem tersebut terlalu sensitif apabila menyentuh isu beberapa agama di India.

"Filem tersebut terlalu sensitif sehingga boleh mencetuskan rasa tidak selesa kepada penganut beberapa agama di negara ini (India).

"Ia menunjukkan seolah-olah kebebasan beragama di negara ini telah merosakkan kepercayaan seseorang. Lebih baik babak tersebut dihapuskan," kata jurucakap AIMPLB, Maulana kepada portal Indian Express.

Selain itu, filem tersebut turut disifatkan telah menyakiti masyarakat majoriti yang beragama Hindu.
Bagaimanapun sehingga kini filem berkenaan masih lagi ditayangkan di negara tersebut.

PK turut dibintangi aktres Anushka Sharma dan Sanjay Dutt. 

Pendedahan yang dibuat pengarah drama, Jinggo kononnya ayah kepada Puteri Balqis Azizi bersikap sombong menerusi laman sosial Facebook bukan kerana ingin menjatuhkan reputasi pelakon kanak-kanak itu.

Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya berkata, dia berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap bapa Balqis yang dianggap tidak berbudi bahasa apabila mengeluarkan kata-kata kesat menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

"Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini.

"Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.


Status Facebook yang dimuat naik Jinggo bersama paparan skrin Whatsapp pada malam Isnin
Pada Isnin, Jinggo telah memuat naik status di Facebook mendakwa ayah kepada pelakon kanak-kanak itu bersikap sombong dengan menuduh produksi miliknya,  JS Pictures Sdn Bhd cuba mempermainkan Puteri Balqis apabila membatalkan tawaran untuk dia terlibat dalam drama Syurga Nur bawah syarikat produksi berkenaan.

Jinggo juga mendakwa ayah pelakon kanak-kanak itu turut meminta pelbagai syarat termasuk bayaran 50 peratus sebelum menerima skrip yang ditawarkan kepada anaknya.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online pada Selasa, ibu Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz berasa kecewa dengan fitnah yang dibuat Jinggo.


Jinggo


Sementara itu, Jinggo menjelaskan, pihak produksi terpaksa membatalkan pengambilan Balqis sebagai pelakon drama mereka selepas melihat jadual kanak-kanak itu begitu padat sehingga sukar untuk mereka membuat susunan jadual.

"Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat.

"Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat. Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan.

"Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia serik untuk menawarkan Balqis terlibat dengan drama terbitannya pada masa depan, kata Jinggo, pihaknya masih terbuka untuk bekerjasama dengan Balqis memandangkan pelakon kanak-kanak itu seorang yang amat berbakat.

"KALAU aku tahu, awal-awal lagi aku lukis gambar laut atau pantai," kata Osman Limat, seorang daripada pelukis Malaysia yang menyertai bazar seni di Milan baru-baru ini.
Osman yang gemar melukis pemandangan hutan dan alam semula jadi mengakui dia terkejut apabila lukisannya bertemakan laut dan pantai mendapat sambutan sangat menggalakkan sepanjang berada negara Eropah itu.
Manakan tidak. Satu daripada lukisan Osman yang memaparkan suasana tepi pantai dibeli orang walaupun belum siap sepenuhnya.
"Kira-kira 60 peratus saja siap. Sampan pun belum sempurna lagi, tapi ada orang Itali beli," katanya.
Lebih menarik apabila transaksi itu berlaku ketika Osman dan peminat lukisannya sama-sama tidak dapat berkomunikasi dengan bahasa yang saling memahami.
"Kami bercakap macam itik dengan ayam. Mereka tidak bercakap bahasa Inggeris, apa lagi bahasa Melayu," katanya.
Osman gigih menyiapkan lukisan berlatarbelakangkan laut dan pantai yang digemari peminat seni Eropah.
'Rahsia' selera peminat lukisan di Milan itu disedari Osman pada hari ke-10 L'artigiano In Fiera yang bermula 29 November lalu.
Kata Osman, dari gaya pertuturannya serta raut wajahnya tidak syak lagi lelaki itu sememangnya sungguh meminati lukisan yang masih belum siap itu.
Yang pasti, Osman tidak berniat mahu menipu pembeli lukisannya.
Justeru, dia berterus terang memberitahu bahawa lukisannya belum siap, tetapi pelawat terbabit tetap berkeras mahu membelinya.
"Memang seronoklah. Asalkan ada masa lapang, saya melukis atau membuat lakaran, termasuk di atas kertas terbuang. Itu pun orang beli," katanya.
Secara keseluruhan ada 10 wakil Malaysia dihantar Kementerian Pelancongan menyertai ekspo berkenaan.
Nazri dan Najihah memberi tumpuan terhadap hasil karya masing-masing sambil diperhatikan peminat seni Eropah.
Selain Osman, dua lagi pelukis bernaung di bawah kumpulan Rajawali Art Group yang menyertai acara itu ialah Najihah Lee Abdullah dan Mohd Nazri Mat Sood.
Bagi Najihah pula, dia sangat terkesan dengan kesungguhan dan minat komuniti Eropah kepada seni.
Katanya, rata-rata penduduk Eropah sangat menghargai seni, terutama lukisan dan arca, apatah lagi jika karya seni itu memaparkan ciri unik negara masing-masing.
"Kami membuat lukisan secara langsung dan ia sangat menarik minat pengunjung. Mereka sanggup berdiri lama-lama menanti lukisan kami siap," katanya.
Lebih menarik lagi, kata Najihah, kebanyakan pengunjung - termasuk golongan remaja - membawa kamera dan masing-masing merakamkan aksi peserta menyiapkan lukisan.
"Sebaik saja lukisan siap, mereka terus membelinya. Bagi kami, ia adalah penghargaan yang tinggi ditunjukkan oleh komuiti Eropah kepada seni lukis Malaysia," katanya.
Jika ada kesempatan, kata Najihah, pengunjung akan bertanya pelbagai soalan mengenai lukisan yang disiapkan dan sebahagian daripada maklumat itu dijadikan pendedahan awal kepada golongan muda atau kanak-kanak.
Peminat seni luar negara begitu gemar berkongsi pendapat mengenai hasil karya yang dipamerkan pelukis Malaysia.
"Mereka juga tak lokek berkongsi pandangan," katanya.
Bagi Mohd Nazri pula, minat mendalam kepada seni mungkin menyedapkan telinga dan membanggakan, tetapi pada masa sama, sedikit menyakitkan hati.
Puncanya, ada lukisan Mohd Nazri yang dicuri orang.
Gambar yang hilang itu ialah lukisan mengenai suasana kampung di Malaysia.
"Kalau di Malaysia rasanya lukisan tu diberi percuma pun orang tak berminat," katanya.
Di sebalik 'malang' itu nasib tetap menyebelahi Mohd Nazri.
Nazri yang mahir menghasilkan lukisan suasana kampung tradisional menarik perhatian peminat seni luar negara.
Antara lukisan yang dibawa ke Milan ialah karyanya yang terbiar di studio Rajawali di Taman Cenderawasih di Kuantan.
"Saya bawa untuk jadi sampel saja, tapi lukisan itulah yang pengunjung mahu," katanya.
Lukisan Mohd Nazri juga mencipta 'kontroversi' apabila menjadi rebutan antara dua pembeli.
Kata Mohd Nazri, pada hari kedua ada seseorang menempah lukisan sepasang budak kampung - sebenarnya anak Mohd Nazri sendiri - tetapi dia tidak meninggalkan wang pendahuluan.
Ditakdirkan pada hari keempat Mohd Nazri demam dan tidak dapat hadir ke gerai jualan mereka dan mewakilkan kepada Osman untuk sebarang urus niaga.
"Kebetulan ada orang lain berminat dan membelinya tanpa mengetahui ia sudah ditempah pengunjung lain. Osman pula tak tahu apa-apa dan menjualnya.
"Dua hari kemudian pembeli asal datang dan marah-marah sebaik saja tahu lukisan saya dijual kepada orang lain. Saya tak boleh cakap apa-apa, sedangkan Osman hilang entah ke mana," katanya.
Najihah, pendidik yang berkebolehan menghasilkan karya bermotifkan bunga yang menakjubkan.
Secara keseluruhan Osman, Najihah dan Mohd Nazri berpuas hati kerana berpeluang menimba pengalaman di negara luar.
Cuma, bagi Osman, kesulitan utamanya ialah ketiadaan nasi. Justeru sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, perkara pertama dilakukannya ialah mencari nasi.
Bagi Najihah pula, dia kagum dengan penduduk Milan yang sentiasa menjaga penampilan.
"Sentiasa kemas dan menjaga tingkah laku. Kalau mereka marah pun nampak romantik," katanya.
Bagi Mohd Nazri? "Wanita Itali tak ada yang lawa," katanya selamba.

Lokasi pelukis dan pengkarya Malaysia berkampung sepanjang berlangsungnya bazar seni di Milan.

 Pelawak Ilya Buang menjelaskan sebab utama dia menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 kerana tidak mahu menjadi beban kepada kumpulan itu.

Ilya menganggap dia tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. 

Selain Ilya, kumpulan Sepahtu sebelum ini turut disertai oleh Jep dan Shuib.

Ilya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penarikan dirinya daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak 2014 yang diumumkan secara rasmi pada 19 Disember lalu.


Dari kiri; Ilya, Jep dan Shuib.

Dalam pada itu, Ilya mengulas dakwaan kononnya mempunyai masalah dengan anggota kumpulan itu iaitu Jep.

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka," katanya.

Dalam pada itu, dia juga menafikan tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama.

Katanya, sebelum ini mereka sudah beberapa kali bergandingan iaitu sejak mula  memenangi pertandingan Raja Lawak 3 lagi.

Sementara itu, bercerita tentang kesihatannya, Ilya berkata, dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak.

Katanya, penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," katanya.

Ilya berkata, dia kini menetap di Ipoh, Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika ada persembahan sahaja.

Kumpulan Sepahtu dianggotai oleh Jep dan Shuib.


Beruang ini nampaknya sangat letih kerana menunggu ikan salmon tak muncul-muncul, sampai ia tertidur di tengah-tengah sungai. Ia mengalaskan tangannya sebagai bantal. Gambar-gambar ini dirakam oleh jurugambar hidupan liar yang terkenal iaitu Marsel van Oosten di Katmai National Park, Alaska selatan.

"Beruang ini berdiri di tempat yang sama berjam-jam berturut-turut dan tidak menangkap satu apa pun." kata Marsel. "Akhirnya dia menjadi bosan dan memutuskan untuk tidur sebentar." Ia kemudian berlalu dari situ tanpa hasil.

Daily Mail


Sebutir telur burung paling besar di dunia dijangka dijual pada harga £50,000 (RM262,174) pada satu acara lelongan yang berlangsung di Billingshurst di West Sussex dekat sini.

Telur berkenaan berasal daripada spesies burung gajah yang hidup di Madagascar sebelum ia pupus 200 tahun dahulu.

Telur sepanjang 30.48 sentimeter itu sangat besar sehingga boleh memuatkan sebanyak tujuh biji telur burung unta dan 100 biji telur ayam.

Rumah lelongan Summers Place Auctions percaya telur berkenaan boleh dijual antara £30,000 (RM157,318) hingga £50,000 (RM262,174) sebiji.

Kurator di Summers Place Auctions, Errol Fuller berkata, pakar telah mengesahkan telur berkenaan adalah yang paling besar di dunia dan tiada haiwan lain yang dapat menandinginya. - AGENSI


Pada bulan Oktober, Jim Zets, ayah kepada Josie Zets, telah disahkan menghidap kanser pankreas peringkat ke-4 dan doktor meramalkan beliau akan hidup hanya untuk beberapa bulan. Isteri beliau, Grace Zets, mengupah Lindsey Villatoro, seorang photographer, merakamkan masa-masa terakhir sebelum Jim meninggalkan mereka.

Selepas menerima diagnosis beliau, Jim dan isterinya Grace Zetz mendekati Lindsey Villatoro, yang pakar dalam mengambil gambar orang-orang yang sakit teruk, untuk mendokumentasikan beberapa kenangan berharga dalam bulan yang terakhir.

Sesi pertama bergambar, Villatoro menawarkan khidmat percuma untuk merakamkan hari lahir anak perempuan Jim. Tetapi disebalik bergambar di taman biasa, Villatoro mencadangkan untuk melakukan perkahwinan palsu.

“Ayah anda mungkin tidak dapat melihat anda berkahwin, tetapi dia berada di sini untuk berjalan bersama anda,” Galbraith, Si Paderi, memberitahu Josie. “Hubungan ayah dan anak perempuan adalah hubungan yang istimewa.” Kemudian Galbraith mengumumkan mereka “ayah dan anak perempuan.”

Di Poland, seorang pendaki berjaya merakamkan gambar satu lembaga menyeramkan yang muncul dari dalam kabus di lereng gunung Tatra. Lembaga tersebut kelihatan seperti hantu dan dipercayai berpunca daripada ilusi optik yang dikenali sebagai Hantu Brocken. Fenomena itu sering berlaku apabila matahari menyinar di belakang seseorang yang melihat ke dalam kabus di lereng gunung dengan bayangnya berada di hadapan.
Pada tahun 1780, bayagan seumpana ini pernah ditemui oleh seorang saintis, Johann Silberschlag di Brocken yang merupakan puncak tertinggi pergunungan Harz, di Jerman. Pendaki-pendaki gunung sebelum ini memiliki kepercayaan karut bahawa sesiapa yang melihat Hantu Brocken akan mati pada keesokan harinya. - Malaysiasensasi.net



Pada ogos 2010, doktor telah berjaya mengeluarkan satu tumor seberat 24 kilo atau 56 paun, daripada seorang wanita di Argentina. Tumor tersebut telah membesar di dalam badan wanita itu selama 18 bulan. Wanita berusia 54 tahun dan namanya dirahsiakan itu menjalani pembedahan selama 4 jam di hospital dekat Buenos Aires - malaysiasensasi

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menampung caj pengurusan satu peratus ke atas pinjaman yang dibuat pelajar negeri itu mulai tahun 2015.
   Ahmad Razif Abdul Rahman
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia bagi meringankan beban pelajar dan menggalakkan pembayaran balik pinjaman PTPTN.
   
"Dalam banyak perjumpaan saya dengan pelajar Terengganu di universiti-universiti tempatan, isu kos sara hidup termasuk pinjaman PTPTN sering dibangkitkan.
   
"Namun, caj pengurusan satu peratus ini ditanggung kerajaan negeri, khas untuk pinjaman yang dibuat pelajar Terengganu bermula tahun 2015," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2015 di persidangan DUN Terengganu di sini hari ini.
   
Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri turut menanggung caj pengurusan satu peratus bagi pinjaman PTPTN yang dibuat pelajar Terengganu pada tahun 2014 dan tahun sebelumnya, Ahmad Razif berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian dan ia bergantung kepada kemampuan kewangan negeri.

Terdahulu, ketika membentangkan Bajet 2015, Ahmad Razif turut mengumumkan pemberian hadiah sebanyak RM500 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada semua murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. - Bernama

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan bersama dua anak mereka.

   Sumber: Internet

Persetujuan secara prinsip itu direkodkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh di dalam kamarnya di sini hari ini.
   
Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli dan suaminya, diwakili peguam Azmi Mohd Rais, menghadiri prosiding itu.
   
Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata bagaimanapun persetujuan itu masih belum dijadikan perintah secara rasmi berikutan Hakim Amran Mat Zain sedang bercuti.
   
Azmi berkata terma-terma lain seperti tempat tinggal dan hak lawatan ke atas dua anak mereka itu akan diputuskan semula apabila kes itu disebut pada 15 Januari depan.
   
Pada 29 Oktober lepas, pasangan itu masih cuba mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
   
Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
   
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
   
Sementara itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga menetapkan tarikh sama (15 Januari depan) untuk sebutan semula kes cerai pasangan itu berikutan Raja Ahmad Shahir Iskandar memohon untuk memfailkan semakan terhadap Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diperolehi sebelum ini.
   
Azmi berkata, anak guamnya itu tidak mengemukakan cadangan nama 'Hakam' seperti diperintahkan sebelum ini kerana ingin memfailkan semakan laporan itu mengikut Seksyen 51 Akta Pentadbiran Undang-Undag Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
   
'Hakam' adalah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan, maka 'Hakam' akan melafazkan talak bagi pihak suami. - Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat menggubal undang-undang baharu bagi mengekang perbuatan menghina institusi Raja, persidangan Dewan Negara diberitahu, hari ini.   
   Nancy Shukri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, ini kerana undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk melindungi kemuliaan institusi berkenaan.
   
"Pada masa ini undang-undang sedia ada bagi melindungi kemuliaan institusi Raja, Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah mencukupi.
   
"Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa institusi Raja, Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya dalam Perkara 32, Perkara 38 dan Perkara 71," katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah.
   
Raja Roopiah ingin tahu apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin dan institusi Raja dan apakah undang-undang yang ada kini harus diperketat atau perlu digubal satu akta baharu.
   
Nancy berkata terdapat beberapa undang-undang yang diperuntukkan kepada sesiapa yang menghina atau mengeluarkan kenyataan menghina institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
   
Selain itu Seksyen 425 Kanun Keseksaan (Akta 547) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) juga terpakai bagi perbuatan menghina pemimpin negara, katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Alvin hina institusi beraja dikesali‎]

Sementara itu, menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Nancy berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166) bagi membolehkan penubuhan suatu badan kawal selia lain, selain Majlis Peguam, bagi profesion undang-undang.
   
"Pada masa sama juga, sehingga kini masih tiada perancangan untuk meneruskan cadangan penubuhan Akademi Undang-undang," katanya. 

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka 'Inter Johor Firms' (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos seumur hidup.


PBNJ, dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya pada Isnin, menyebut kumpulan IJF itu diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.

"PBNJ dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia telah mendapat perkenan daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor," kata persatuan itu.

Keputusan itu kata PBNJ, bukan disebabkan oleh kejadian kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam, tetapi kerana Tunku Ismail mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'hooligan' (samseng).

Kumpulan IJF itu didakwa terlibat dalam kekecohan di Stadium Shah Alam pada Ahad ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki melibatkan Malaysia dan Vietnam sehingga mengakibatkan seorang penyokong lawan cedera.

TMJ menurut kenyataan itu turut bertitah pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera.

Ini kerana kata baginda yang juga Presiden PBNJ, kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor.

"Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor," menurut baginda sebagaimana titah dalam kenyataan oleh PBNJ itu.

Sementara itu IJF, dalam komen balasnya menerusi akaun Facebook organisasi itu berkata, ia akur dengan titah TMJ dan membubarkan kumpulan penyokong bola sepak itu serta merta.

Ia bagaimanapun mempersoalkan sama ada benar anggota IJF terlibat di dalam insiden memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad.

"Bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya, berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA (Stadium Shah Alam) semalam? Adakah semuanya datang dari IJF? Fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia."

"Isu memukul penyokong Vietnam, adakah betul IJF yang buat," kata IJF.

PENYANYI Roy Kim sekali lagi dituduh telah memplagiat lagu komposer Kim Hyung Yong iaitu From the Landscape of the Lord dengan menghasilkan lagu Spring Spring Spring.


Menurut laporan Allkpop, Hyung Yong berkata melodi Spring Spring Spring begitu mirip dengan lagu ciptaannya dan rasa curiga itu muncul saat pertama kali mendengar lagu tersebut.

"Saya boleh membuktikan bahawa lagu tersebut mempunyai melodi yang sama dengan lagu saya yang dihasilkan pada tahun 2012.

"Cuma ia tidak dikeluarkan lagi dan saya pernah menghantar lagu tersebut kepada seorang penerbit. Tidak tahulah jika ada pihak yang sengaja membocorkan lagu tersebut

"Setakat ini saya telah membuat laporan kepada badan yang menguruskan hak cipta lagu," katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Roy iaitu CJ E&M menyifatkan kenyataan Hyung Yong agak mengelirukan kerana lagu yang belum dikeluarkan di pasaran tidak mungkin boleh diciplak.

"Pelik kerana lagu itu tidak didaftarkan atau dikeluarkan kepada umum. Macam mana Spring Spring Spring dikatakan sebagai lagu yang telah diplagiat?," soal jurucakap CJ E&M.

Tags / Kata Kunci:

Tidak diketahui di mana lokasi gambar ini diambil. Melihat kehalusian ukirannya mengambarkan betapa kreatif pengukir haiwan-haiwan ini. Walaupun di batang pokok, tetapi hasil seninya boleh dipuji

posted@malaysiasensasi.net


India – Sepasang bayi kembar Siam perempuan di sini berjaya dipisahkan oleh 40 orang doktor selepas menjalani pembedahan selama enam jam, lapor MailOnline.

Bayi yang berusia dua bulan itu, Saboora dan Safoora berkongsi perut dan hati sejak mereka dilahirkan.

Pembedahan rumit itu dilakukan di Hospital Medicity di sini, dalam negeri Haryana, utara India pada 15 November lalu.

Pengarah Jabatan Pediatrik Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemindahan Hati Hospital Medicity, Dr. Neelam Mohan berkata, cabaran terbesar dalam pembedahan itu adalah untuk memisahkan hati dua bayi itu.

“Ia amat sukar memandangkan saluran darah mereka bercantum sekali gus meningkatkan risiko pendarahan. Kami berjaya memisahkan mereka walaupun dalam kebanyakan kes, pembedahan memisahkan kembar siam berakhir dengan kegagalan.

“Malah, mereka tiada komplikasi dan dijangka dapat menjalani kehidupan normal seperti bayi lain,” katanya.

Kembar siam milik Mohammed dan isterinya, Zabeeda itu dibenarkan pulang pada 26 November lalu.

Kes bayi kembar siam berlaku dalam satu bagi setiap 100,000 kelahiran dengan tiga daripada empat kes adalah bayi perempuan. – Agensi


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.

Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.


Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.

Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP

Terlampau sesat dan menyimpang dari ajaran Islam.. Seorang Pensyarah Agama mengaku ‘kiyai’ dari Indonesia yang membuat pengakuan tergempar iaitu pernah menikahkan pasangan sejenis kepada portal berita Malaysiakini.


Memetik daripada laman portal Malaysiakini, Abdul Muiz Ghazali, Pensyarah Agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif) yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat tampil mengakui dia pernah menikahkan seorang lelaki dengan mak nyah atau pasangan transgendernya.

Beliau mendakwa pasangan itu yang masing-masing berumur 40 dan 43 tahun dinikahkan olehnya selepas mereka berjumpa dengannya dan mengakui saling mencintai.

Apa yang lebih mengejutkan adalah dia kiyai sesat itu turut mengeluarkan sijil nikahnya sendiri kepada pasangan transgender itu kerana di Indonesia pernikahan golongan sejenis tidak diiktiraf. 

“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula. Saya yang akan menceraikan nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan), disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat.”

Entah mana kitab yang dirujuknya Muiz menambah, “Islam tidak pernah melarang pernikahan berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak.”

Bagi menyokong dakwaannya, Muiz memetik ayat Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat ke-14, yang menyebut bahawa Allah mewujudkan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.

“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.

Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.

Kiyai Sesat itu juga menyatakan permintaan untuk menikah sesama jenistidak banyak di negara itu kerana komuniti transgender tidaklah terlalu ramai. Beliau juga menjelaskan terdapat ustaz atau kiyai lain yang turut melakukan perkara sama seperti yang dilakukan olehnya.

Selain itu ‘kiyai’ Sesat itu juga menceritakan bahawa sebelum ini dia tidak menerima golongan tersebut, namun berubah fikiran setelah dia melakukan kajian sendiri.

Malah dia sanggup menyamar sebagai individu gelandangan semata-mata untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.

“Apa yang dipakai oleh mereka akan turut saya pakai. Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” katanya.

Lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa golongan itu ke pesantren (sekolah agama) bagi mendekati ilmu agama.

“LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.”

Usaha murni yang dibuat oleh Kiyai sesat adalah merupakan satu jalan kebaikkan iaitu dengan membawa golongan LGBT ke sekolah agama untuk mendekatkan diri mereka kepada Islam. Namun apa yang salah tetap salah mengikut ajaran Islam. Tindakkan dia mempergunakan ayat Al-Quran untuk menghalalkan caranya adalah satu tindakan yang terkutuk bagi seorang Guru Agama atau 'Kiyai'. Dalam rukun nikah sendiri terdapat pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukannya mana-mana pasangan tidak mengira jantina. Wallahualam..


Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?

Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah.

Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.

Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain.

Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16.

Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik.

Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran.



Namun, Pameran Dunia Parsi pada tahun 1889 yang dipanggil Kampung Negro berjaya menarik sehingga 28 juta pengunjung.

Ia mempamerkan kira-kira 400 orang asli Afrika untuk tontonan ramai.

Bagaimanapun, kewujudan zoo manusia ini mengundang pelbagai kontroversi dan kritikan kerana ia dianggap merendah-rendahkan martabat manusia itu sendiri.

Ini kerana, pada masa itu, ramai pengunjung bertindak kasar dengan menjerit, memaki-hamun dan juga mengajuk bunyi binatang yang ditujukan kepada ‘penghuni’ zoo tersebut.

Kini, biarpun tiada lagi kewujudan zoo yang mengurung dan mempamerkan manusia ‘pelik’, namun konsepnya masih lagi diguna-pakai.

Sebagai contoh, sebuah perkampungan Afrika diwujudkan di Zoo Augsburg, Jerman pada tahun 2005 dan African Safari di Puebla, Mexico.

Bezanya, ia berfungsi untuk memberi pengetahuan mengenai budaya sesebuah negara kepada orang ramai berbanding zaman dahulu yang berbentuk penghinaan dan hiburan.
















sumber dairishare