Koleksi Sensasi

Gadis 11 Tahun Didera Dan Dipaksa Makan Cili


Polis India telah menangkap Sarjil Ansari, 38 dan isterinya, Farhat, hujung minggu lalu lantaran menyiksa pembantu rumah mereka iaitu seorang budak perempuan sebelas tahun. Mereka memasukkan cili hijau ke dalam faraj atau alat kelamin gadis itu.

Pasangan kejam itu dilaporkan telah memukul dan membiarkan budak itu kelaparan. Mangsa menjadi pembantu di rumah itu untuk menjaga anak majikannya dan membersihkan rumah seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail.

Menurut pengakuan kanak-kanak itu, dia juga juga kerap dipaksa makan cili jika dia terkencing-kencing kerana ketakutan ketika disiksa.

Sewaktu disiksa, pasangan itu suka mendengar muzik keras-keras di rumah mereka supaya jeritan ketakutan dan kesakitan si mangsa tidak kedengaran di luar rumah.

"Mereka suka menyiksa budak perempuan itu. Kanak-kanak itu juga mengaku dipaksa makan cili dan cili itu juga dimasukkan ke alat kelaminnya," ujar polis tempatan.

Ansar dikatakan membeli kanak-kanak itu dengan harga 12 ribu Rupee dari orang tuanya di Wilayah Utta Pradesh tahun lalu. Mereka menjanjikan akan menyekolahkan gadis itu ke Mumbai dan memberinya pendidikan yang baik.

Tapi sebaliknya mereka menjadikan budak itu pembantu rumah.

Menurut akhbar the Times of India, jika gadis itu berkelakuan buruk dia kerap dipukul dan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari. Ketika dia ditemui polis gadis itu mengalami luka di sekujur tubuhnya, termasuk di perut, punggung dan lehernya.