Koleksi Sensasi

Inilah Datuk Terhebat


Seorang lelaki berusia 70 tahun, Vladimer Zangurashvili memenangi pertandingan datuk hebat di Georgia. Kategori nenek hebat dimenangi Lira Arabuli yang berusia 74 tahun.

Seramai 21 orang peserta menyertai pertandingan itu yang dianjurkan badan kebajikan Catharsis. Para peserta mesti berumur lebih 70 tahun jika mereka ingin menyertai pertandingan tersebut. Antara persembahan para peserta itu ialah menari di depan penonton.