Koleksi Sensasi

Itu Bukan Mat Kilau, Tok Gajah dan Mat Lela

Selama berpuluh-puluh tahun gambar Raja-Raja Melayu yang bermesyuarat buat kali pertama di Astana Negara, Kuala Kangsar, Perak telah disalahtafsir, tanpa teguran oleh pihak yang bertanggunjawab. Seperti Arkib Negara dan Muzium Negara. Kesalahan besar yang paling mengarut dan tidak boleh diterima dalam gambar ini ialah keberadaan pahlawan-pahlawan Pahang yang menentang penjajahan British. Tokoh-tokoh Pahang yang dimaksudkan ialah Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman).

Sesiapa yang mengetahui sejarah harus tahu bahawa Perang menentang British di Pahang telah tamat lebih kurang pada pada tahun 1895 dengan berundurnya para pemimpin ulung perjuangan tersebut iaitu Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah ke Terengganu, Kelantan dan Siam.

Apakah logik Pahlawan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang sudah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895 tiba-tiba kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan boleh pula bergambar dengan Sultan Ahmad yang ketika itu juga tidak menyenangi pahlawan-pahlawan tersebut akibat hasutan British yang Jahat. Sudah diketahui bahawa Britsih dengan angakatan sebenar mana sekalipun tidak mampu untuk menyentuh pahlawan-pahlawan Pahang tersebut sehinggakan sanggup menawarkan ganjaran yang banyak kepada sesiapa yang boleh menangkap mereka.

Cuba lihat tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan di samping tokoh yang berserban dan memikul keris panjang kerajaan yang dikatakan sebagai Tok Bahaman (A dan B, lihat gambar). Gambar yang dikatakan sebagai Mat Kilau dan Mat Lela pula (C dan D, lihat gambar) sebenarnya adalah dua daripada “Tiga Kundang” iaitu penjawat Sultan Idris Perak.

Tokoh yang duduk bersila di hadapan Sultan Ahmad Pahang, memakai songkok hitam pula dikatakan sebagai almarhum Orang Kaya Haji Lipis (Wan Daud bin Wan Pahang), sedangkan beliau telah kembali ke rahmatullah lapan tahun terdahulu apabila terbunuh ditembak dengan peluru emas pada penghujung tahun 1889.





Minutes of the Session of The Council of Chiefs of the Federated Malay States Held at The Astana Negara, Kuala Kangsar
on the 14th, 15th, 16th and 17th Days of July 1897
Sumber - MISC, Koleksi Terbitan Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, hlmn 2


Yang hadir seperti rekod adalah (perwakilan Pahang) :

1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat



Inilah sahaja jumlah nama Orang Besar-Besar Pahang yang hadir pada mesyuarat tersebut yang mengiringi Marhum Sultan Ahmad. Yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.Tidak ada disebut nama Tok Gajah, Mat Kilau, dan Mat Lela.

Oleh itu, pendapat yang menyenaraikan “kehadiran” Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya di dalam gambar beramai-ramai ketika mesyuarat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.







TUANKU MUHAMMAD SYAH dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897
Sumber gambar dari, Arkib Negara.


Inilah gambar Tuanku Muhammad Syah dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897. Duduk atas kerusi dari kiri: Datuk Klana Ma’amor (Undang Sungai Ujong), Tuanku Muhammad Syah dan Dato’ Bidin (Undang Rembau).

Perhatikan pembesar/hulubalang yang duduk bersila no.2 dari kiri (inilah tokoh yang selalu disangka sebagai Dato’ Bahaman). Perhatikan pula hulubalang yang berdiri di belakang, no.2 dari kanan (ini pula tokoh yang disangka sebagai Tok Gajah). Mereka masih menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama seperti di DURBAR Kuala Kangsar 14-17 Julai 1897.

Kesimpulanya, selepas berundur ke Kelantan, dan Siam. Pahlawan-pahlawan Pahang diketahui ceritanya, kecuali dari mulut ke mulut. Britsih pula, ingin menunjukkan kekuasaanya dengan mengatakan bahawa Mat Kilau telah mati, pada tahun 1985. Sebenarnya beliau masih hidup dan muncul semula di Pahang pada tahun 1969. Tok Gajah telah disahkah meninggal dunia oleh Mat Kilau. Datuk Bahaman pula, tetap menjadi misteri apabila orang tua yang muncul di Kuantan yang dikatakan sebagai Tok Guru Peramu itu adalah sebenarnya Datuk Bahaman.


http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/12/siapa-tok-guru-peramu.html
http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/01/siapa-tok-guru-peramu-2.html