Koleksi Sensasi

Pekerja Ayamas Diaibkan Kerana Mencuri

Bukan tujuan mau mempertahankan kelakuan mencuri tetapi mengapa perlu diaibkan sebegini rupa? ... Kalau benar dia melakukan kesalahan jenayah heret saja ke muka pengadilan dengan membuat laporan polis .. kalau mau didenda dendalah tapi perlukah diperlakukan sebegini dengan berdiri dikhalayak ramai depan pintu masuk utama dengan plakad tergantung didada tertulis ayat "MENCURI" untuk beberapa jam.

Tujuan apakah majikan ayamas hypermarket Mydin mall lakukan ini semua? .. Untuk pengajaran???

Inilah apabila undang-undang dilakukan sesuka hati ikut dengar gerak kata hati dan nafsu serakah yang tidak berakhlak.

Sipencuri mungkin tiada akhlak budi pekerti malahan tiada bezanya dengan simajikan yang haprak dan bangsat jiwa.