Koleksi Sensasi

Ritual Membunuh Binatang Paling Kejam

Ini merupakan ritual keagamaan yang menurut sebahagian orang sangat kejam yang dilakukan. Ritual ini adalah merupakan ritual persembahan korban untuk Dewi Gadhimai. Ritual ini di selenggarakan selama dua hari di Desa Bariyapur.

Cara penyembelihan haiwan dalam ritual ini sangat ganas, iaitu dengan cara mengikat binatang ternak dengan mengikatnya di kayu dan memotong binatang tersebut pada bahagian tengkuk hingga putus lehernya. Binatang yang di sembelih jumlahnya mencapai ratusan ekor hingga tempat penyembelihan tersebut menyerupai sungai darah.

Pemangku adat setempat mengatakan bahawa pemotongan binatang dalam jumlah yang besar ini bertujuan untuk menebus dosa. Lelaki, wanita dan kanak-kanak berlumba-lumba untuk melakukan penyembelihan, hingga suasananya seperti sebuah pertandingan sukan.