Koleksi Sensasi

4 Pengasuh Jaga 38 Kanak-Kanak, Taska Presint 11 Putrajaya Diberi Amaran

Putrajaya: Sebuah taska di Presint 11, di sini, menerima surat peringatan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan jabatan berkenaan.

Surat peringatan itu diberikan selepas lawatan mengejut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diketuai Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Selain tidak berdaftar, Rohani berkata, taska berkenaan hanya mempunyai empat pengasuh sedangkan 38 kanak-kanak termasuk bayi ditempatkan di situ. 

“Taska ini mempunyai 38 kanak-kanak dan sepatutnya, jumlah pengasuh yang diperlukan tujuh atau lapan orang.

ROHANI (kanan) mengadakan lawatan di beberapa taska sekitar Presint 11 untuk melihat sendiri pengurusan pusat jagaan kanak-kanak situ.

“Nisbah ini sangat ketara dan tidak mencukupi seperti yang ditetapkan JKM.

“Selain itu, pengasuh mengambil jumlah kanak-kanak melebihi had maksimum serta tidak mengikut keluasan tempat. Sepatutnya, taska ini mengambil maksimum 29 kanak-kanak, tetapi ia melebihi daripada yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut di tiga taska di Presint 11, di sini, semalam. 

Hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat. 

Rohani berkata, beliau mendapati rekod kanak-kanak dan pekerja di taska berkenaan juga tidak dikemas kini dengan baik selain tahap kebersihan di taska berkenaan juga tidak memuaskan. - Harian Metro

ps: cubalah kerajaan lebih tegas, setakat beri amaran macamalah pengusaha taska tu peduli