Koleksi Sensasi

Ainan Tasneem Cedera Kemalangan


Kangar: Penyanyi remaja Ainan Tasneem mengalami cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan, kereta dinaiki penyanyi Aku Suka Kamu yang juga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan beberapa rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang. 

Kesemua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan.