Koleksi Sensasi

Arnab Liar Kejar Pelancong Wanita Di Pulau Okunoshima


Pulau Okunoshima, Jepun - Sekumpulan arnab liar di sini bertindak mengejar seorang pelancong wanita untuk mendapatkan makanan. Aksi lucu itu dirakam oleh seorang pengunjung di pulau berkenaan. 

Okunoshima digelar Pulau Arnab oleh penduduk setempat kerana bilangan haiwan itu yang banyak di lokasi tersebut.

Klip video itu yang dimuat naik di laman web YouTube baru-baru ini menunjukkan sekumpulan arnab mengekori wanita tersebut selepas dia memberi haiwan itu makanan dalam bungkusan yang dibawanya . - Agensi