Koleksi Sensasi

Bapa Rantai Anak OKU Di Dalam Gua


Beijing. Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta 

 mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi  dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.

Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah  dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya.

"Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali  sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan.

"Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao  dipetik  dari laporan MailOnline.

Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang  melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu