Koleksi Sensasi

Budak Sekolah Rendah Bertatu

Astaghfirullah… apa nak jadi budak-budak ini?

Usia masih kecil tapi sudah pandai ‘mencacah’ tatu di lengan. Nak kata tak diajar agama tu songkok di kepala apa cerita?

Mungkin tatu ini sekadar lukisan menggunakan pen tapi boleh dilihat di sini, bagaimana kanak-kanak begitu mudah terpengaruh dengan anasir liar yang menyalahi budaya dan agama.

Apa pun, bila dah kantoi begini di sekolah, satu cabaran pula pada guru untuk bertindak.

Kalau zaman dahulu dah tentulah budak-budak ini diberikan nasihat selepas diberi ajaran menggunakan rotan atau pembaris panjang. Kesannya, nasihat yang disertai rasa sakit akan berpadu di kepala dan membuatkan mereka tak lupa sampai bila-bila.

Tapi zaman sekarang?

Nak dipukul nanti disaman ibu bapa pula. Terpaksalah beri nasihat dengan lemah lembut walaupun hati membara.

Lihat sajalah wajah salah seorang adik ini, masih mampu tersenyum simpul sedangkan kalau kita dahulu, mesti dah rasa nak terkencing bila berdepan dengan guru disiplin.

- REM RAMZI/mynewshub