Koleksi Sensasi

Dazrin Akan Perjelaskan Isu Tidak Berdisiplin Dibangkitkan Fasha


Pelakon Dazrin Kamarudin, 26, berasa kecewa dengan tuduhan tidak berdisiplin seperti yang dibangkitkan oleh seorang aktres dan akan menjelaskan mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.

Dazrin berkata, dia melihat isu tersebut sengaja diperbesar-besarkan dan adalah menjadi kewajaran baginya untuk membersihkan nama atas tuduhan berkenaan.

Dazrin diminta mengulas selepas dituduh tidak berdisiplin sehingga pelakon Fasha Sandha menegur sikapnya yang lewat ke lokasi penggambaran drama bersiri Miranda arahan Along Kamaludin.

Menurut laporan sebuah akhbar pada Selasa, Fasha mendakwa Dazrin bukan lewat ke lokasi berkenaan lima atau sepuluh minit tetapi melibatkan tempoh satu hingga dua jam mengakibatkan kelancaran penggambaran drama berkenaan terganggu.

Dalam pada itu Dazrin yang menempa nama menerusi watak Johan menerusi drama bersiri Adam dan Hawa berkata, dia akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan tuduhan tersebut.