Koleksi Sensasi

Gadis Mati Dibelasah Kekasih


Seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah bank di ibu negara dekat sini menemui ajal dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibelasah kekasih hatinya yang panas baran dalam kejadian di sebuah Pangsapuri Lagoon Perdana.

Sebelum kejadian pada pukul 8 malam, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, dikatakan pergi ke rumah teman lelakinya, penganggur berusia 30 tahun dengan niat membincangkan masalah percintaan mereka.

Rumah lelaki itu terletak di Blok 4 dan semasa kejadian, dia berseorangan.

Bagaimanapun, sebaik Pakizah tiba di rumah tersebut, pasangan itu dikatakan bergaduh sehingga menyebabkan kekasihnya hilang sabar. Dia lalu membelasah Pakizah dipercayai menggunakan pelbagai objek tumpul sehingga mangsa tidak bermaya dan menemui ajal.

Amukan lelaki itu meninggalkan kesan-kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan lutut mangsa selain terdapat kesan berlubang pada dahi dan bibir. Terdapat juga kesan torehan di belakang kedua-dua belah paha Pakizah.