Koleksi Sensasi

Gadis Minta Wang Hantaran RM160,000 Kesal Gambar Diperguna

Gadis yang gambar beliau telah digunakan Agensi cari jodoh dengan meletak hantaran RM 160,000 di facebook kesal dengan sikap Agensi itu yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran, yang mana artikel yang disiarkan oleh agensi itu medapat kritikan hebat oleh pembaca di laman sosial.


Gadis jelita itu di kenali dengan nama Dilla itu amat kesal dengan apa yang berlaku dia meminta orang ramai membuat laporan  atas apa yang page Agensi Pencari Jodoh (AAS ) itu lakukan ke atas gambarnya.

Tidak masuk akal dengan wang hantaran yang dikenakan, RM160,000 adalah suatu nilai diluar jangkaan manusia, kepada admin page tersebut, sila buat penelitian terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat kepada orang ramai.

Media sosial hari ini jika disalahgunakan akan membawa kepada perkara negatif seperti di atas, walaupun ia pada dasarnya untuk memberi maklumat pada orang ramai. Kepada pengguna laman sosial seperti facebook dan twitter, dinasihatkan berhati-hatilah, aktifkan ‘setting’ ‘privacy’ pada laman sosial anda agar tidak ada individu yang sewenang-wenangnya menggunakan gambar anda untuk tujuan tertentu.

Lebih banyak individu di luar sana yang menyamar di laman sosial, jadi berhati-berhatilah terutama kaum wanita dalam memilih kenalan anda di facebook mahupun media sosial yang lain.

Gambar terpaksa dikaburkan demi menjaga privasi individu tersebut.
harianblogger