Koleksi Sensasi

Ibu Nasihati Misha Kahwin Untuk Elak Fitnah

Penyanyi Misha Omar menjelaskan pada awalnya dia agak keberatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam masa terdekat selepas kematian bapanya Omar Ismail pada 30 November lalu.

Bagaimanapun, Misha atau nama sebenar Samihah Omar, 32, berkata, dia menghormati keputusan ibunya Zainab Mat Nor, 65, yang mahu perkahwinan tersebut tetap diteruskan pada tahun ini bagi mengelak timbulnya banyak fitnah.

Pada majlis tersebut, Misha membuat pengumuman majlis pernikahannya akan diadakan pada Mei depan di Kota Bahru, Kelantan.

Namun begitu, katanya, Majlis pernikahan dan persandingan tersebut akan diadakan dalam keadaan sederhana atas permintaan ibunya.

Dalam pada itu, kata Misha, Allahyarham bapanya telah lama merestui hubungan mereka.

Sementara itu, ditanya tentang tajaan, Misha berkata, dia tidak mengharapkan sumbangan mana-mana pihak untuk majlis perkahwinan tersebut. Apa yang lebih penting majlis sederhana tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Sementara itu, Firos pula berkata, sepanjang tempoh pertunangan mereka selama dua tahun dia kagum melihat bagaimana Misha berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidup.

Dia juga tidak pernah sesekali meragui tunangannya itu biarpun pelbagai khabar angin tersebar yang boleh menjejaskan hubungan mereka.

Misha dan Firos Ezzwan Rossly mengikat tali pertunangan pada 21 Februari 2012.