Koleksi Sensasi

Imbas: Mayatnya Kanak-Kanak Ditemui Dalam Sebuah Tong Dram Di Ladang Kelapa Sawit


Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

HATI-HATI DENGAN SETIAP PERGERAKAN ANAK-ANAK KITA. DI PASARAYA, HALAMAN RUMAH ATAU TAMAN PERUMAHAN