Koleksi Sensasi

Keranda Misteri Berusia 3600 Tahun Ditemui


Menteri Antikuiti Mesir, Mohammed Ibrahim berkata, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui keranda mumia yang berusia 3,600 tahun di bandar Luxor, Kaherah.

Beliau yang membuat kenyataan itu kelmarin menyatakan, mumia tersebut mungkin dikebumikan ketika Dinasti Firaun ke-17 memerintah.

Keranda itu dipercayai milik seorang pegawai tinggi kerajaan.

Menurut Mohammed, kajian akan dilakukan ke atas keranda dan mumia itu. - AP