Koleksi Sensasi

Lelaki Ini Mampu Letupkan Botol Air Panas Diperbuat Dari Getah Melalui Hidung


Jemal Tkeshelashvili , dari Georgia , adalah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai kemampuan unik . Dia boleh meniup botol getah air panas dengan hidungnya hingga meletup . Kini , Jemal memegang rekod Guinness World Record untuk kejayaannya meniup beberapa botol getah air panas hingga meletup dengan hidungnya dalam masa satu minit . 


Sebahagian orang mungkin berfikir bahawa kemampuan Jemal kelihatan tidak masuk akal dan  biasa saja   . Namun , itu sebenarnya cukup luar biasa jika mengingat kebanyakan orang tidak boleh meletupkan belon getah ataupun botol getah air panas tebal dengan hidung mereka . 

Anda mungkin berfikir bahawa paru - paru Jemal yang melakukan semua hal itu , tetapi  ujian perubatan menunjukkan paru - parunya tidak jauh berbeza berbanding dengan orang sihat pada umumnya .

 Jemal memang mempunyai volume paru yang baik , tetapi kekuatan otot interkostal dan perutnya yang kuat membuatnya mampu mendorong keluar semua udara di paru - parunya dengan cepat , sehingga dapat mewujudkan sebuah tekanan yang besar . 

Jemal juga membuktikan bahawa dia telah berjaya menghembuskan tenaga lebih dari lelaki mana pun di bumi , dengan meletupkan sebuah botol air panas dengan seorang lelaki seberat 120 kg yang duduk di atasnya .

 Dalam sebuah episod program Showdown Duperhuman Discovery Channel , Jemal  berjaya menunjukkan perkara yang lebih ekstrem , dengan cuba meletupkan botol getah air panas ketika kereta seberat 650 kg berada di atasnya .



Saksikan Video berikut: