Koleksi Sensasi

Penjelasan Jep Sepahtu Dakwaan Shahrol Shiro Mereka ‘Bergaduh’?

Sebelum ini Sharol Shiro berkongsi rasa kecewa kerana “perang dingin” antara dirinya dengan Jep Sepahtu, hari ini Jep Sepahtu pula melahirkan rasa pelik atas dakwaan tersebut. Menurut Jep, konflik itu tidak berlaku sama sekali dan menganggap ia adalah dakwaan yang tidak berasas.
Memetik sumber Harian Metro, Jep menjelaskan:-
Secara juju, saya tak tahu dan pelik nak jawab apabila ditanya persoalan yang tak ada jawapan. Saya melihat perkara ini sebagai tuduhan umum dan bukan ditujukan kepada saya secara khusus.
Sepatutnya kena tanya pada lain-lain (pelawak) juga atas apa yang dia katakan sebab dia menjauhkan diri daripada kami semua.
Dia kata ada datang meminta maaf kepada saya sedangkan benda itu tidak berlaku langsung. Lagipun dia bukan buat salah apa-apa jadi nak maafkan buat apa?
Saya ini jenis yang tidak bermusuh dengan orang dan tidak suka cetus permusuhan seperti yang dia dakwa. Saya pun pelik dengan apa yang berlaku sebab memang tak ada apa-apa masalah antara kami.
Kita akan rapat dengan orang yang kita selesa untuk rapat. Kalau tak rapat, tak semestinya kita bergaduh bukan?
Saya rasa perkara ini timbul disebabkan persepsi peribadi dia saja sedangkan tak ada apa berlaku pun.