Koleksi Sensasi

Penyanyi Ini Asyik Terkentut Akibat Pembedahan Caesar

Amy Herbs ialah seorang penyanyi Opera Nashville dan suaminya, Sersan James Herbs sedang menuntut Pemerintah Federal AS kerana pembedahan caesar yang dilakukan di sebuah markas tentera yang memberi akibat yang mengancam kariernya sebagai penyanyi opera. Mereka mendakwa perawat di RS Tentara Blanchfield di Fort Campbell, Kentucky, membuat kesalahan ketika Amy melahirkan anak lelakinya pada Februari 2012. Kesalahan itu, menurut Amy dan suaminya, dilakukan pasukan perubatan ketika melakukan episiotomi untuk membesarkan “bukaan” menjelang kelahiran. 

Akibatnya Amy mengalami perut kembung yang diikuti buang angin terus-menerus. Demikian yang disampaikan Amy dalam surat dakwaanya. Dengan keadaan demikian, tidak mungkin bagi Amy untuk meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi opera. Laman Nashville Opera Company dalam laman rasminya menyebut, Amy Herbst adalah penyanyi dengan suara mezosopran dan dijadualkan tampil dalam pentas Madame Butterfly. Amy dan suaminya mengajukan tuntutan hukum pada 16 Januari lalu. Mereka menuntut uang ganti rugi sebanyakr 2.5 juta dollar AS.