Koleksi Sensasi

Raja Azmi Enggan Buat Filem Kerana Lambakan Karya Tidak Berkualiti


Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui tidak akan menerbitkan sebarang filem kerana tidak mahu mengambil risiko terhadap industri filem tempatan yang semakin tenat.

Bagaimnapaun, Raja Azmi, 55, berkata, dia akan kembali semula menerbitkan filem setelah keadaan pasaran filem benar-benar pulih.

Tambahnya, perkara ini dilihat semakin serius apabila tiada sebarang kawalan terhadap kualiti sesebuah filem yang akan dikeluarkan.

Jelasnya, kini terlalu banyak filem yang tidak mencapai kualiti yang sepatutnya untuk layak berada di panggung.

Sementara itu, bercerita tentang filem kontroversi Anak Ikan yang ingin diterbitkannya, Raja Azmi berkata, Anak Ikan akan dijadikan sebuah telefilem untuk sebuah stesen televisyen.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Raja Azmi berkata, dia kini sedang sibuk dengan perancangan membawa konsert Gelombang Salamiah ke Singapura.