Koleksi Sensasi

Siti Nurhaliza Tergagap-Gagap Tidak Mampu 'Speaking' Di Konsert Shah Rukh Khan?

Menurut sumber dari laman forum Cari, rakan kepada pengguna Cari ini yang baru menonton konsert Shah Rukh Khan, Temptation Reloaded Live di Kuala Lumpur, katanya ada seorang bekas artis popular ini telah dijemput oleh MC Shah Rukh Khan naik ke atas pentas. 

Artis yang dimaksudkan mereka ialah Datuk Siti Nurhaliza. Dia pada masa itu dikatakan tergedik² cuba bercakap sepatah dua kata dalam bahasa Hindi.

MC SRK: What is ur name?
Siti Nurhaliza: Mere nam _____________

MC SRK kemudian dengan panjang lebarnya berborak dengan Siti dalam bahasa inggeris dan berakhir dengan satu soalan yang panjang. Ketika soalan yang panjang itu ditanya, penonton yang sedia maklum dengan Siti yang kemahiran komunikasi dalam bahasa inggerisnya ala-ala menahan debar dan saspen menanti sebuah jawapan.

Namun kerana speechless atau kesejukan angin malam, bekas artis popular ini tersipu-sipu kerana tak faham biji butir soalan. 

Penonton yang terdiri daripada makcik² kemaruk hindustan ketawa berdekah² ekoran adegan yang 'mencemaskan' itu. - CARI