Koleksi Sensasi

Suami Tikam Isteri Sehingga Mati


Seorang lelaki India, Bunty Sharma menikam mati isterinya yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS), Erin W. Willinger di Agra,

Selepas membunuh Willinger, Sharma yang merupakan pemandu teksi motosikal beroda tiga kemudian membunuh diri apabila sebuah tong gas meletup di rumahnya.

Ketua Polis Agra, Shalabh Mathur berkata, mayat Willinger ditemui di sebuah lokasi di bandar Agra pada Khamis lalu.

Willinger, 35, dan Sharma, 32, berkenalan pada tahun lalu apabila warga AS itu melawat Taj Mahal dengan rakan-rakannya di Agra.

Menurut polis, kedua-dua mereka kemudian jatuh cinta sebelum melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun lalu.

Willinger menggunakan nama India, Kiran Sharma selepas berkahwin. Willinger bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk mempromosikan industri pelancongan di Agra.

Polis menyatakan, pasangan itu kemudian berpisah selepas mereka kerap bergaduh.

Menurut laporan berita Indian Express, Sharma menuduh Willinger terlalu banyak menghisap rokok, bercakap dengan beberapa lelaki lain dan tidak tinggal di rumah.

"Kedua-dua mereka cuba untuk menyelesaikan perbalahan dan telah menemui seorang kaunselor perkahwinan," kata Mathur.

Pada malam Khamis lalu, Sharma membawa isterinya itu keluar ke Agra dengan menaiki teksinya sebelum menikam dan membuang mayatnya di tepi sebatang jalan raya. - Agensi