Koleksi Sensasi

Tentera, FSA Setuju Gencatan Senjata


SYIRIA. Kerajaan Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA), kelmarin bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di beberapa lokasi utama di sekitar Damsyik selepas rundingan damai pada minggu lalu gagal memeterai sebarang perjanjian.

Pelaksanaan gencatan senjata tersebut dibuat selepas pertempuran berlangsung di sekitar ibu negara selama 18 bulan.

Memetik laporan AFP, kedua-dua belah pihak terbabit juga bersetuju untuk membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke kawasan yang ditawan oleh FSA.

Difahamkan, puluhan ribu orang awam di kawasan diduduki FSA terpaksa hidup menderita akibat konflik yang berlarutan di negara itu.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kira-kira 100 penduduk dilaporkan maut akibat kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan di Moadamiyet al-Sham dan Yarmouk. - AFP