Koleksi Sensasi

Video Sensasi Cinta Alang Untuk Fatien Afiqah

VIDEO ‘cinta’ wajib tonton yang terbaru dan semakin sensasi di laman sosial Facebook dan Youtube ini sememangnya mampu meremangkan bulu roma anda.
Ingatkan selepas kes Puteri Awani dulu sudah tiada lagi yang ingin merakam luahan cinta dan pujuk rayu untuk sang kekasih.
Ternyata tanggapan itu meleset kerana ada remaja lelaki yang bajet comel melakukan perkara yang sama dan kali ini dalam versi ‘Gwiyomi’.
Video oleh remaja bernama Alang ini ditujukan khas buat kekasihnya, Fatien Afiqah.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia dimuat naik sendiri oleh Alang atau orang lain, namun ia memang ‘menarik’ untuk ditonton.
Nampaknya memang cinta Alang ini hingga ke hujung nyawa!
Oleh: ELZA