Koleksi Sensasi

Wanita Syria Dihukum Rejam Sampai Mati Kerana Buka Akaun Facebook


Seorang gadis Syria dikhabarkan direjam hingga mati hanya kerana Dia telah membuka sebuah akaun di Facebook.

Insiden itu berlaku di Kota Rakka. Gadis itu, Fatoum al-Jassem, dijatuhi hukuman mati dengan cara direjam oleh mahkamah agama Al-Reqqa, selepas militan Negara Islam Iraq dan Mediterranean (Isil) membawa dia ke mahkamah, seperti yang dilaporkan oleh majalah India Today, Ahad (16/2).

Mahkamah memutuskan bahawa mempunyai sebuah akaun Facebook sama seperti berbuat zina dan kerana itu Fatoum dihukum mati.

Mahkamah juga menjelaskan membuka akaun Facebook milik Fatoum adalah sebuah kejahatan sehingga layak menerima hukuman keras.

Isil, sebuah kumpulan militan berpusat di Iraq, Ketika ini berjuang melawan pemerintahan Basyar al-Assad di Syria, seperti dipetik akhbar the Daily Star.



PALSU
Ini adalah satu propaganda untuk melaga-lagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara. Malah, gambar yang disebarkan itu juga adalah sedutan dari filem Stoning of Soraya  dihasilkan pada tahun 80-an