Koleksi Sensasi

Zizan Razak Tidak Nikahi Emma Maembong Waktu Terdekat


Pelakon Zizan Razak tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya pelakon Emma Maembong, 20, dalam masa terdekat.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Zizan yang baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan wanita itu menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti.

Dia juga reda dan bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang.

Dalam pada itu, Zizan yang melakonkan watak adiwira Cicakman dalam filem Cicakman 3 menganggap cabaran utama adalah untuk memberi yang lebih baik daripada filem terdahulu.

Bagaimanapun, Zizan tidak menganggap lakonannya akan dibandingkan dengan pelakon yang membawa watak Cicakman sebelum ini iaitu Saiful Apek.