Koleksi Sensasi

Tandas Yang Berbentuk Seperti Kamera

China - Sebuah bangunan tandas awam di sini memiliki reka bentuk seperti kamera digital, lapor portal berita metro.co uk.
Sejumlah besar penduduk berasa keliru ketika melihat bangunan tersebut kerana mereka tidak menyangka ia sebenarnya merupakan tandas awam.
Namun, selepas memasuki bangunan itu, mereka mula mempercayai ia merupakan tandas.
Beberapa penduduk tempatan menyatakan, bangunan tersebut terletak berdekatan sebuah pasar yang menjual barangan elektrik. - Agensi