Koleksi Sensasi

Ular sawa 3.04 Meter Telan Seekor Buaya


Seekor ular menelan seekor buaya selepas membelitnya dalam satu pertarungan di Tasik Moondarra, Queensland, Australia.

Detitk-detik pertarungan itu disaksikan oleh seorang lelaki, Travis Corlis dan isterinya, Tiffany Corlis.

Menurut Travis, ular sawa itu sepanjang 3.04 meter manakala buaya tersebut sepanjang 0.91 meter.

"Kedua-dua haiwan itu bertarung di dalam tasik. Kami berdiri sambil menyaksikan (pertarungan itu) dengan penuh kekaguman," kata Travis.

Menurutnya, beberapa jam kemudian, dia mendapati ular berkenaan membelit badan buaya tersebut dan menarik haiwan berkenaan ke tepi tebing.

Travis berkata, ular tersebut melepaskan belitan pada buaya berkenaan di tepi tasik tersebut.

Dia berkata, ketika belitan itu dilepaskan, buaya tersebut telah mati.

"Kira-kira 10 minit kemudian, buaya itu telah ditelan ular berkenaan," katanya.

Tiffany berkata, pertarungan tersebut dianggapnya seperti satu kejadian yang tidak dapat dipercayainya tetapi pernah berlaku di depan matanya.

"Namun, kejadian itu benar-benar berlaku. Ular tersebut telah menelan buaya itu," katanya.

Menurut Tiffany, ketika bertarung, buaya berkenaan bergelut untuk memastikan kepalanya berada di atas permukaan air.

Dia berkata, kedua-dua haiwan itu kelihatan letih semasa pertarungan tersebut berlaku.

Pada akhirnya, kata Tiffany, buaya tersebut memenangi pertarungan itu. - AFP