Koleksi Sensasi

Remaja Perempuan Ditanam Hidup-Hidup Kerana Ada Teman Lelaki

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditanam hidup-hidup oleh keluarganya di tenggara Turki kerana beliau didakwa memiliki rakan lelaki.

Hasil maklumat, polis berjaya menemui mayat Medine Memi ditanam dalam keadaan duduk dengan tangan terikat dalam sebuah lubang sedalam dua meter di reban ayam berhampiran rumahnya di Kahta, Adiyaman, 40 hari selepas beliau dilapor hilang.

Bedah siasat menemui tanah di dalam perut dan paru-paru, mengesahkan Medine ditanam hidup-hidup.

“Tiada tanda menunjukkan beliau pengsan atau diracun. Dalam erti kata lain beliau sedar sepenuhnya ketika ditanam,” kata pakar.

Bapa dan datuk Medine kini ditahan pihak berkuasa. Dalam soal siasat, bapanya menyatakan, keluarganya tidak suka beliau memiliki kawan lelaki.

Kes pembunuhan menebus maruah berlaku di wilayah didiami puak Kurdish di tenggara Turki.