Koleksi Sensasi

Burung Dedahkan Rahsia Suami Curang

Seorang wanita dari China mengajukan permohonan cerai setelah burung peliharaannya mengeluarkan kata-kata yang cukup pelik pada pendengarannya.


Burung itu dikatakan mengucapkan kata-kata seperti: “Cerai”, “Aku cinta kamu” dan “Sabar ye!”.

Menurut akhbar Xinmin Evening, dari 'kata-kata' burung tersebut, dia mula curiga ada sesuatu yang sedang berlaku.

Kemudian diketahui bahawa burung itu belajar perkataan baru dari perbualannya suaminya ketika berbual dengan pelacur.

Kemudian isterinya pun membawa kes ini ke muka pengadilan dengan menjadikan burung ini sebagai bukti bahawa suaminya memang curang dan dia ingin bercerai.