Koleksi Sensasi

Gagal Culik Gembala, Tentera Israel Culik Kambing


SIDON - LUBNAN. Gara-gara cubaan menculik dua gembala gagal, tentera Israel bertindak merampas ratusan kambing di ladang Shebaa di Lubnan..

Menurut DailyStrar kedua-dua gembala tersebut, Mohammad Hussein dan Ismail Zahra mendakwa tentera rejim Zionis telah menceroboh pagar dekat Garisan Biru yang menjadi sempadan Lubnan-Israel.  

"Kami terpaksa meninggalkan kesemua kambing itu untuk menyelamatkan diri," kata seorang daripada gembala tersebut.

Sementara itu, beberapa penduduk memberitahu ratusan haiwan ternakan terbabit dibawa masuk ke Tel Aviv menerusi sempadan utara Israel.
posted@malaysiasensasi.net