Koleksi Sensasi

Ibu Paksa Anak Gadisnya Mengandung

Seorang ibu yang kejam telah memaksa anak angkatnya yang berusia 14 tahun menyuntik dirinya sendiri dengan sperma yang dibeli melalui internet, hanya kerana wanita itu inginkan anak.
masih dara, ibu kejam, anak angkat, dipaksa mengandung, kuguguran, inginkan anak, tidak dapat beranak,

Remaja itu dilaporkan masih dara ketika dipaksa mengandung, namun dia mengalami keguguran pada usia 14 tahun.

Dia bagaimanapun melahirkan anak pada usia 16 tahun.

Wanita itu yang telah bercerai tidak dapat beranak kerana mempunyai masalah kesihatan.

Selepas gagal dalam cubaannya untuk mengambil anak angkat keempat, dia telah memaksa salah seorang daripada anak angkatnya itu mengandung.

Susulan perbuatan kejamnya itu, wanita tersebut yang telah mempunyai tiga anak angkat daripada beberapa negara, telah dihukum penjara selama lima tahun selepas mengaku berlaku kejam kepada anaknya itu.

Kes berkenaan sebelum ini dirahsiakan sehinggalah ia didedahkan oleh akhbar Guardian.

Ketika membuat keputusan, Hakim Justice Jackson terkejut dan tidak percaya dengan wanita itu yang kejam serta mementingkan diri sendiri.

Dalam pada itu, remaja tersebut ketika memberi keterangan berkata, dia dan adik beradiknya bersekolah di rumah dan tidak pernah bertemu dengan bapa angkat mereka sejak lebih 10 tahun.